Eddie Ryqarl masuk ke rumahnya tepat jam 9 malam.Sejak dari pertemuannya dengan Intan Nurhuda petang tadi,dia tidak dapat berfikir tentang perkara lain selain dari isterinya sahaja.Dia runsing untuk mencari jalan agar dia dapat berjumpa dengan Eliya.Sudah la isterinya itu pergi ke luar negara tanpa pengetahuannya tambahan lagi dia langsung tidak tahu dimana gadis itu berada.Yang dia tahu hanyalah gadis itu kini berada di Australia bersama Rabiatul.Eddie meraup mukanya sambil merenung anak ikan yang berenang dikolam kecil yang terletak dilaman rumah mereka.Tiba-tiba dia terasa ada orang duduk disampingnya.
"Eddie.."kedengaran suara garau disebelahnya membuatkan Eddie pantas memandang gerangan yang memanggilnya itu.
"papa..papa..maafkan Eddie..Eddie betul-betul tak salah dalam hal ni..Eddie dianiaya,papa.."ujar Eddie bersungguh-sungguh.Encik Farid tersenyum lalu mengusap belakang anaknya itu.
"papa tahu..ayah dah ceritakan kat papa tadi..maafkan papa ,ya nak..papa bertindak meluru tadi.."ujar Encik Farid dalam nada perlahan.
"tak apa,papa..Eddie faham..Eddie pun salah dalam hal ni sebab terlalu ikutkan perasaan sampai isteri yang Eddie amat cintai pun sanggup Eddie pinggirkan dan akhirnya Eddie yang rasa kehilangan sekarang..dimana dia pun Eddie tak tahu.."ujar Eddie sayu.
"papa tahu Liya dimana,nak.."beritahu Encik Farid tenang.
"ya ke papa?!..tolonglah beritahu Eddie,papa..Eddie dah tak sanggup jauh dari dia lagi..enam bulan berjauhan dengan Eliya buat Eddie sesak untuk bernafas papa..Eddie nak selalu berada disamping dia papa.."ujar Eddie jujur.
"Eddie..seperti mana yang Eddie rasa tu..itu jugalah yang dirasai Eliya,Eddie..setiap hari sepanjang dia berpantang,hanya nama Eddie saja yang selalu disebut-sebutnya..berkali-kali kami suruh dia call Eddie tapi dia hanya menangis..dia tahu Eddie masih marahkan dia..kami tak tahu apa yang berlaku antara korang berdua Cuma satu aje papa nak pesan..sebagai seorang suami,kita harus bersifat rasional..jangan cepat melenting dan cemburu dengan apa yang kita nampak..papa dapat agak Eddie cemburukan si abang angkat Eliya,kan?..Eddie..jangan risau..papa tahu,Eliya tu hanya cintakan Eddie seorang sahaja..kalau dia tak cintakan Eddie..dia tak sudi nak mengandungkan anak Eddie walaupun buat sementara..dan ingatlah mungkin bukan rezeki kamu berdua untuk dapat cahaya mata dalam masa terdekat ni..jangan putus asa,ya nak?.."nasihat Encik Farid tenang.
"lagi satu..Eliya suruh papa serahkan ini pada kamu.."ujar Encik Farid lalu menghulurkan cincin perkahwinan milik Eliya kepada Eddie.Eddie mengambil cincin itu lemah dengan rasa sebak dan rasa serba salah mula mencengkam jiwanya.Dia tahu kali ini dia telah tersilap andaian lagi tapi dia harus juga selidik hal sebenar dari mulut Zafril sendiri. 'ya allah..bantulah hambamu ini menyelesaikan kemelut yang melanda rumah tanggaku ini..Liya..maafkan abang..maafkan abang,sayang..'.
Keesokkan harinya,Eddie masuk ke pejabat seperti biasa.Kelibat Intan Nurhuda sudah tidak kelihatan membuatkan Eddie dapat bernafas dengan lega.Sejurus masuk ke ruangannya Eddie pantas mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang.Dia harus mengetahui perkara sebenar hari itu juga walau apa pun terjadi.Beberapa minit kemudian panggilannya berjawab.
"assalamualaikum,Maria.."
"walaikumsalam,Eddie..apa khabar?..lama tak dengar khabar you.."ujar Maria Hanna dihujung talian.
"erm..I sihat cuma hati I yang tak sihat.."balas Eddie.Kedengaran gelak dihujung talian.
"ni mesti pasal isteri kesayangan you tu pergi luar negara kan?.."tekaan Maria Hanna mengena.
"ye..I call ni nak minta nombor Zafril..I tahu dia pun di Australia juga kan?.."soal Eddie yang berbaur cemburu namun dia segera beristighfar.
"Eddie..relax la..adik I dan isteri you tu jauh tau..adik I belajar di Tasmania..dan isteri you pula di Perth..kan jauh tu..takkan la diorang tu nak bermadu asmara kot..agak-agak la Eddie kalau nak cemburu..you tahu tak you dah buat isteri you tu cukup terseksa sepanjang enam bulan ni.."ujar Maria Hanna yang selalu mendengar cerita mengenai Eliya dari Zafril.Eddie mengeluh perlahan.Walaupun ayat Maria Hanna agak pedas namun memang benar apa yang dikatakan oleh wanita itu.Dia memang cemburu buta dan cemburunya itu telah merosakkan hubungannya dengan Eliya.
YOU ARE READING
Jangan !!! Dia Suamiku
Storie d'amoreTareti buat sinopsis  ̄︿ ̄ Baca jela kalau nak tau kisah hahaha ≧▽≦ Selamat Membaca. ♡