39 & 40

9K 270 3
                                    

Empat bulan kemudian..

Eliya duduk katilnya sambil memerhati gambar perkahwinannya yang cantik tergantung didinding biliknya bersama Eddie suatu ketika dulu.Tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar membuatkan Eliya tersedar dari lamunannya.Pantas tangannya mengesat air mata yang masih bersisa ditubir mata.

"masuk.."ujar Eliya.Perlahan pintu ditolak dari luar.Kelihatan wajah Puan Naimah yang tersenyum dimuka pintu namun senyuman itu jelas terpancar kesedihan yang terbuku dihati tuanya.

"eh..umi..masuk la..kenapa berdiri kat situ aje?.."soal Eliya dengan senyuman yang kelihatan hambar menghiasi bibirnya.Perlahan Puan Naimah duduk disamping Eliya dibirai katil.

"Liya,sayang..Liya pasti ke nak sambung belajar kat Australia tu?..Liya kan baru lepas pantang.."soal Puan Naimah sayu.Dia tahu masalah antara anaknya dan Eliya masih belum selesai bahkan keadaan seakan-akan semakin rumit apabila Eddie terus menjauhkan diri dari Eliya.Anak lelakinya itu sudah bertugas di Sabah untuk jangka masa beberapa bulan dan khabar anginnya anak lelakinya itu akan menetap disana kerana ingin mengambil alih syarikat disana.Dia juga tidak pasti akan status hubungan mereka berdua yang semakin dingin.Eliya tergelak kecil.

"umi..Australia tu bukan jauh sangat berbanding Amerika..Liya nak berdikari kat sana lagipun kawan Liya ramai yang sambung belajar disana..Rabiatul ada untuk temankan Liya..umi jangan risaulah ye..Liya dah kuat dah..insyallah dalam masa beberapa tahun ini aje Liya tak ada disini..nanti Liya baliklah..lagipun Liya nak tenangkan hati Liya ni.."ujar Eliya menahan sebak namun dia berpura-pura mengemas barang-barang yang akan dibawa ke sana.

"Liya..pujuklah Eddie tu..umi tahu ni semua mesti sebab salah faham aje kan?..Eddie tu sebenarnya lembut hati Cuma kadang-kadang dia selalu dikawal emosi.."ujar Puan Naimah.

"umi..bukan Liya tak cuba pujuk..bahkan Liya dah merayu pada dia umi tapi keputusan dia muktamad umi..dan..ni cuba umi tengok ni.."ujar Eliya lalu menunjukkan pesanan ringkas dari Eddie.

Aku akan menikah dalam masa terdekat..jangan ganggu kehidupan baru aku..

Eliya mengeluh berat.Puan Naimah pula sudah mengucap panjang.Anaknya itu sudah gila atau apa,mengapa anaknya itu sanggup melukakan hati Eliya sedangkan dia tahu anaknya itu amat mencintai Eliya sejak dari remaja lagi namun kenapa hati anaknya itu mudah berubah.

"abang memang dah bencikan Liya,umi..mungkin sebab Liya dah tak dapat mengandungkan anak dia lagi menyebabkan dia bertindak untuk mencari ganti.."ujar Eliya.

"sshh..Liya..jangan cakap macam tu..bukan Liya tak boleh mengandung lagi..Cuma Liya keguguran aje tak bermakna Liya tak ada peluang untuk mengandung lagi,kan?..jangan risau..apa pun yang berlaku..umi akan pastikan dia tak akan menikah lagi..umi tak akan restu pernikahan dia tu.. "ujar Puan Naimah sambil mengusap-usap bahu menantu kesayangannya itu.Geram juga dia dengan anak lelaki tunggalnya itu.Isterinya baru keguguran empat bulan lepas,bulan ini sudah mahu mencari isteri baru.Sudah hilang akal atau apa anaknya itu.

"umi..biarlah dia dengan kehidupan dia..itu hak dia..Liya sebagai isteri tak boleh nak halang bila suami Liya nak nikah lagi..itu hak dia sebab lelaki memang tak salah untuk berpoligami tanpa persetujuan isterinya terlebih dahulu.."jawab Eliya.

"dah la,Liya..umi Cuma nak pesan..tak kira apa pun terjadi..Liya jangan terganggu dengan hal ni..berusaha bersungguh-sungguh supaya Eliya dapat tunjukkan kat Eddie yang Liya tak perlukan dia untuk berjaya..ingat pesan umi ni..walaupun umi ni ibu kandung Eddie tapi umi ni perempuan sama dengan Liya..ada perasaan marah den sakit hati..dan dalam hal ni,umi memang tak setuju dengan keputusan Eddie yang terburu-buru.."ujar Puan Naimah lalu memeluk menantunya itu.

Di Sabah..

Eddie baru sahaja habis mesyuarat bersama kliennya.Tali lehernya dilonggarkan sedikit.Selama empat ini dia agak sibuk menguruskan projek pembangunan di Sabah menyebabkan dia agak keletihan akibat kerja namun niat sebenarnya adalah untuk menghilangkan sedikit kerinduan buat isterinya di Semenanjung. Pintu biliknya ditolak dari luar namun dia terkejut melihat gerangan seseorang sedang duduk dikerusinya dengan selamba.

Jangan !!! Dia SuamikuWhere stories live. Discover now