Eddie berdiri dihadapan cermin didalam bilik mandi sambil menyembur sedikit wangian.Hatinya berasa amat teruja bagaikan ingin mendapat projek besar.Dia tersenyum lebar dan sesekali memegang pipinya kerana terlalu teruja.Bagi sesiapa yang mengenali perwatakkan Eddie pasti mereka akan menganggap Eddie sudah gila kerana Eddie adalah seorang yang berkarisma dan matang namun kini Eddie bagai sudah menjadi orang lain.Moodnya ceria semacam. 'wah..happy and excited aku nak jumpa bini aku..'hati Eddie berkata-kata sendirian.Perlahan dia memusingkan tombol pintu.Eliya sedang berdiri di hadapan meja solek sambil menyikat rambutnya yang panjang melepasi bahu.Perlahan dia merangkul pinggang isterinya.Eliya tersenyum lalu ingin meneruskan kerjanya yang tergendala.Dia cuba melepaskan rangkulan di pinggangnya namun Eddie tidak mengendahkan Eliya yang cuba melepaskan rangkulan tersebut.Akhirnya Eliya terpaksa menghadap wajah Eddie.Eddie mula tersenyum nakal.
"macam biasa..Liya tau macam mana cara untuk bagi abang lepaskan Liy..."belum sempat Eddie meneruskan ayatnya sepantas kilat bibirnya bersatu dengan bibir Eliya namun hanya sekejap.Eliya tertunduk malu.Eddie tersenyum lalu melepaskan rangkulannya.Dia mencium lembut pipi Eliya lalu berbisik di telinga Eliya.
"macam tu la isteri abang..baru abang bertambah-tambah sayang.."bisik Eddie lalu berjalan menuju ke balkoni chalet mereka.Eddie memandang kearah laut.Tenang sungguh hatinya.Hidupnya terasa begitu sempurna dengan ditemani isteri tersayang di sisinya.Eddie menutup matanya sambil tersenyum lalu menghirup udara segar.Tiba-tiba kedengaran satu suara di depannya.
"wah..cerianya..rindu I nak tengok muka you seceria tu.."ujar Maria Hanna yang kebetulan sedang bersiar-siar sendirian sekitar chalet.Chalet mereka berbentuk rumah papan serta menghadap laut.Terdapat taman mini yang memisahkan chalet Eddie dan chalet yang diduduki Maria Hanna.Eddie membuka matanya namun senyuman dibibirnya masih mekar.
"hehe..tenang sangat kat sini..rindu juga kat tanah air sendiri setelah bertahun-tahun belajar di tempat orang.."balas Eddie.Kedudukan Eddie dan Maria bagai Romeo yang sedang memerhati Juliette dari bawah menaranya Cuma bezanya adalah Maria di bawah manakala Eddie di balkoni biliknya.
"mari la sini..susah nak borak dengan you dalam keadaan mendongak macam ni.."ujar Maria sambil memberi senyuman yang amat manis kepada Eddie.Eddie bagai terpukau lalu menuruni anak tangga yang terdapat di balkoni tersebut.Maria dan Eddie berjalan beriringan menuju ke sebuah bangku yang terletak di taman mini tersebut.Taman itu dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan sehingga kelihatan seperti sebuah gerbang ke dunia lain kerana gerbangnya sudah ditutupi tumbuhan menjalar.Eddie mengambil tempat dihadapan Maria.
"lama tak duduk sama macam ni..rindu pula I pada zaman kita bercinta dulu.."ujar Maria sambil memandang kearah pokok bunga Ros yang tersusun indah.Keadaan tersebut bagai dalam kisah dongeng Alice in the wonderland.Eddie hanya tersenyum.Tiba-tiba Maria memegang tangan Eddie.Eddie tersentak namun dia tidak terus menarik tangannya kerana takut Maria terasa hati.
"boleh tak kita mulakan semula hubungan kita?..I janji tak akan tinggalkan you lagi macam dulu..please Eddie.."rayu Maria yang tiba-tiba menitiskan air mata.Eddie sudah tidak keruan.Dia ingin menolak namun tidak sampai hati setelah melihat esakkan Maria.Perlahan Maria melentukkan kepalanya ke bahu Eddie dan Eddie hanya membiar.Perlahan dia mengusap bahu gadis itu.Eliya sudah selesai meletakkan barangnya dan Eddie di dalam almari.Seingatnya sebentar tadi Eddie sedang pergi menghirup udara di balkoni.Dengan sedikit terhincut-hincut dia berjalan menuju ke balkoni.Perutnya sudah berkeroncong jadi dia mahu mengajak Eddie untuk bersiar-siar sambil mencari tempat untuk menjamu selera.Dia pelik apabila melihat balkoni di bilik mereka kosong.Eliya ternampak tangga di balkoni tersebut. 'erm..mungkin dia pergi taman mini tu kot..'hati Eliya berkata-kata.Dia menuruni anak tangga satu persatu lalu berjalan masuk ke pintu gerbang taman mini dihadapan chaletnya.Sedang dia teruja melihat pelbagai jenis tumbuhan.Tiba-tiba dia terlihat dua orang sedang duduk dibangku.Kedudukannya agak terhalang oleh pokok jadi dia mengecilkan matanya untuk melihat dua orang tersebut.Namun dia tersentak apabila ternampak aksi pasangan tersebut.Si lelaki memegang bahu si gadis dan si gadis teresak-esak di bahu si lelaki.Dan lelaki itu adalah Eddie manakala gadis itu adalah Maria Hanna!.Wajah Eliya berubah.Hatinya bagai ditusuk pisau yang amat tajam.Perlahan dia mengundur sedikit namun tanpa dia perasan dia terlanggar pasu di belakangnya sehingga pecah.Pasangan tadi memandang kearahnya.Jelas kelihatan wajah Eddie sudah pucat akibat terkejut dan tidak menyangka bahawa aksi mereka akan disaksikan oleh isterinya yang amat dicintai itu.Eliya memandang mereka berdua.
"erk..sorry..s..s..sorry sebab menganggu..E..Eliya pergi dulu ya..kak Maria..Eddie.."ujar Eliya yang gagap menahan sebak di dada.Eddie sudah berdiri manakala Maria memandang dengan wajah yang binggung.Tanpa menghiraukan kaki yang sakit Eliya lari sekuat hati.Eliya lari tanpa memandang ke belakang.Dia hanya ingin lari dari semua ini.Dia terlanggar bahu Zafril saat dia berlari menuju kearah pintu yang menghala ke pantai.Zafril terkejut apabila perasan ada air mata yang mengalir dari mata kekasihnya itu.Zafril terus mengejar Eliya.Apabila Eliya merasa dia sudah jauh dari semua orang,dia terduduk di batu besar yang terletak di tepi pantai.Dia merapatkan wajahnya ke lutut lalu menangis sepuas hati.Tiba-tiba dia terasa ada tangan yang memeluk bahunya.Eliya mengangkat muka lalu terlihat wajah Zafril sedang memandangnya sayu.Eliya memeluk Zafril lalu menangis di dalam dakapan Zafril.Zafril mengusap belakang Eliya perlahan.
"sabarlah Anna..sabarlah..Ril akan sentiasa ada untuk Anna..menangis la sepuasnya sayang.."pujuk Zafril lembut.Eddie yang turut mengejar Eliya di belakang Zafril kecewa melihat aksi Eliya dan Zafril namun salah siapa semua itu.Salah dirinya juga.Eddie menitiskan air mata lelakinya apabila melihat Eliya menangis di bahu lelaki lain dan tempat itu sepatutnya miliknya.Maria melihat segalanya.Kini baru dia faham.Di dalam hati bekas kekasihnya itu sudah ada orang lain yang mengantikan tempatnya.Hati Maria kecewa melihat air mata cinta Eddie menitis namun dia juga simpati kepada lelaki itu.Perlahan dia menarik tangan Eddie untuk ke tempat lain agar lelaki itu tidak melihat aksi Eliya dan adiknya lagi.
YOU ARE READING
Jangan !!! Dia Suamiku
RomanceTareti buat sinopsis  ̄︿ ̄ Baca jela kalau nak tau kisah hahaha ≧▽≦ Selamat Membaca. ♡