Eddie keluar dari bilik mandi dan terlihat Eliya sudah tertidur di katil namun gaun yang di pakai tadi telah ditukar kepada t-shirt lengan pendek dan seluar paras betis serta menampakkan betis putih milik Liya.Eddie menelan liurnya.Dia segera beristighfar.Usai memakai baju dan menunaikan solat asar dan maghrib,Eddie mengejut Eliya.Eliya merengek perlahan.Eddie tersenyum 'tak pernah berubah dari kecil..Liya..Liya..buat abang makin sayang je dengan comel abang sorang ni..'hati Eddie bermonolog sendirian.Eddie mengoncang bahu Eliya lagi.Akhirnya Eliya membuka mata perlahan.
"Liya..bangun la..solat ya?.."ujar Eddie perlahan.Eliya terkebil-kebil memandang wajah Eddie. 'macam mana aku nak bagitau yang aku...aku..erm..tu..' Eliya memandang Eddie dengan wajah yang berkerut.Eddie memandang Eliya yang berkerut namun segera dia faham.Ya..itu adalah tabiat Eliya sejak kecil..apabila ada sesuatu perkara yang susah untuk diberitahu kepada Eddie pasti dia akan mengerutkan dahinya.Memang agak buruk apabila Eliya mengerutkan mukanya begitu tetapi Eddie sudah masak dengan perangai Eliya.Eddie tergelak kecil lalu menarik hidung Eliya.Eliya mengaduh sakit.
"argh..sakit la.."
"tau pun..lain kali bagitau abang je terus terang tak payah nak buat muka buruk yang comel tu..memang la kena macam ni.."
"alaa..abangkan dah faham Liya sangat dah..jadi buat muka pun ofcourse abang akan faham kan?.."
"ye la..ye la..dah la sambung balik tidur..nanti abang kejut untuk makan nanti ya..Liy..."belum sempat Eddie menyambung ayatnya Liya sudah rebah bagai terkena tembak.Eddie menggeleng kepala. 'Ya allah..Liya..Liya..bertuah punya isteri..ada ke suami belum habis cakap dia terus macam kena tembak..Liya ni comel tau...geram abang..'Eddie bermonolog sendirian sambil tersenyum.Tiba-tiba dia mendapat idea nakal.Eddie merapatkan wajahnya ke wajah Eliya.Niatnya hanya untuk mengusik Eliya kerana dia tahu Eliya masih belum terlena sepenuhnya.Sedikit demi sedikit mukanya semakin menghampiri wajah Eliya.Tiba-tiba Eliya membuka matanya..dengan segera dia duduk tegak namun...
"arghhh..."kedua-dua mereka menjerit kerana dengan tindakan drastik Eliya menyebabkan bibir Eddie terhantuk dengan dahi Eliya.Darah merah sudah kelihatan di bibir Eddie.Eliya tergamam melihat luka tersebut.Eliya segera bangun dan mengambil tisu basah sebelum menekap ke bibir Eddie.Walaupun bibirnya agak kurang sakit namun Eddie senang dengan perhatian yang diberikan oleh Eliya kepadanya.Demi mendapat perhatian Eliya,dia meneruskan lakonan.
"ahh..Liya slow sikit..sakit bibir abang..""hah..ohh..okay..sorry..sekejap ye Liya ambilkan ais.."Eddie hanya mengangguk lemah.Eddie tersenyum gembira apabila lakonannya menjadi namun senyumnya mati kerana bibirnya terasa pedih akibat kesan terhantuk tadi.Eliya kembali dan meletakkan ais di bibir Eddie.Eddie merenung wajah Eliya dengan hati yang sarat dengan perasaan cinta yang semakin hari semakin mekar buat si isteri.Apabila di tenung begitu Eliya juga turut memandang wajah Eddie.Eddie mengambil ais yang berada di tangan Eliya dan meletakkannya ke tepi.Perlahan Eddie semakin rapat dengan Eliya.Dia mencium dahi Eliya.
"terima kasih sayang..sebab risaukan abang.." Tiba-tiba air mata Eliya mengalir perlahan.Eddie menyeka air mata Eliya.
"kenapa ni?"
"maafkan Liya sebab dah buat abang luka..Liya minta maaf sangat..Liya tak sengaja.." Eliya ucap dalam tangisnya namun perlahan Eddie melekapkan bibirnya di pipi kanan diikuti pipi kiri Eliya.Akhir sekali bibir Eddie melekap dibibir mungil gadis itu.Eliya terkejut namun akibat serba salah, dia hanya memakukan diri.Eliya tergamam dengan tindakkan Eddie.Seketika kemudian Eddie memeluknya sambil berbisik.
"abang sanggup luka setiap hari asalkan Liya tetap bersama abang dan tidak bersama Zafril..luka abang di bibir ni tak sesakit hati abang bila tengok Liya menangis dan teringatkan lelaki lain selain abang..sebab abang terlalu sayangkan Liya..abang sayang Liya melebihi kasih seorang abang terhadap adik..abang cintakan Liya..abang nak Liya jadi milik abang seorang...hati abang bagai dihiris dengan pisau apabila melihat Liya berjalan beriringan dengan lelaki lain seperti pada hari kita pergi ke butik pengantin bulan lepas..abang tak sanggup lepaskan Liya lagi pergi dengan lelaki lain.."
"tapi..."belum sempat Eliya menyambung ayatnya Eddie sudah memotong.
"syyhhh..abang bagi Liya masa untuk membuat keputusan dalam hubungan Liya dan Zafril..tapi Liya juga harus cuba menempatkan abang dalam hati Liya..Liya harus janji untuk tidak pernah tinggalkan abang seorang walaupun hati Liya belum jadi milik abang sepenuhnya..janji?"
"janji..abang pun janji akan sabar dengan Liya dan sentiasa jadi pelindung dan tempat bergantung untuk Liya..okay?"balas Liya.
"abang janji akan jaga Liya dan anak kita yang bakal lahir dengan baik..abang akan sedaya upaya menjadi seorang suami dan ayah yang memahami untuk Liya dan anak kita nanti.."ujar Eddie ikhlas.Muka Eliya sudah memerah selepas mendengar perkataan 'anak kita' yang meluncur dari mulut Eddie.Eddie kelakar melihat muka Eliya yang berona merah.
"hey..jangan la salah faham..abang tak akan apa-apakan Liya sampai lepas SPM nanti..buat masa sekarang ni Liya jangan risau tentang tu..abang akan kawal diri abang..Liya pun sama..jangan la selalu goda abang macam tadi..tergoda tau.."Eliya menjeling tajam kearah Eddie.Eddie tergelak kecil sebelum kembali mendakap Eliya lalu berbaring.Tanpa mereka sedari mereka berdua sudah terlena dalam dakapan masing-masing.Dan sedikit demi sedikit Eddie telah mencuri ruang dalam hati Eliya buat dirinya tanpa Eliya sedari.
YOU ARE READING
Jangan !!! Dia Suamiku
RomanceTareti buat sinopsis  ̄︿ ̄ Baca jela kalau nak tau kisah hahaha ≧▽≦ Selamat Membaca. ♡