Pejam celik..pejam celik akhirnya Eddie telah habis mengikuti kem PLKN..Namun kegembiraan Eliya hanya sekejap kerana Eddie telah mendapat surat tawaran untuk belajar di luar negara namun sebelum pergi ke luar negara dia harus mengikuti program persediaan sebelum bertolak ke luar negara."ala..Eddie nak kena pergi lagi ke?..hisy..tak syok la macam ni..baru sekejap Eddie balik rumah dah kena pergi luar negara pulak..kesian kat Liya.."ujar Eliya ketika membantu Eddie melipat baju yang akan dibawa ke sana nanti.Eddie tersenyum.
"ala..nanti Eddie kirim la surat..macam tak biasa pula..cuti semester nanti Eddie balik la kampung tapi kalau cukup budget la.."
"erm..ye la Eddie..tapi Eddie pergi belajar..amik bidang apa?.."tanya Eliya penuh minat.
"Eddie nak amik architecture and technology course.."balas Eddie lagi.
"maksudnya Eddie nak jadi arkitek ke?..nanti kerja apa?"
"Eddie boleh jadi guru lukisan kejuruteraan.atau maybe kerja dalam bidang oil and gas ke..macam-macam boleh.."ujar Eddie dengan penuh rasa kagum.
"habis tu Eddie belajar kat negara apa?.."tanya Eliya lagi.
"Eddie dapat belajar kat US..nasib baik la dapat belajar luar negara..Eddie ingat tak akan mungkin dapat..tapi
Alhamdulillah akhirnya dapat juga Eddie merasa duduk di negara orang..""erm..tapi duduk negara orang jangan lupa pula Liya kat sini ye..lagi satu jangan tinggal solat..untung la Eddie dapat keputusan 'tiptop' kalau Liya ni yang tak berapa pandai tak tahu la dapat merasa ke tak naik kapal terbang.."
"ala..insyallah dapat la..Liya bukanlah bengong sangat pun..kalau bengong pun sedikit je.."ujar Eddie sambil tergelak.Eliya menepuk bahu Eddie perlahan.
"Eddie nanti bila agak-agak Eddie habis belajar dan boleh duk kat Malaysia?.."tanya Eliya.
"erm..mungkin dalam 3 tahun lagi ke..sebab bidang Eddie ni kejap je..belajar pun tak lama sangat sebab tu Eddie cadang nak belajar bidang ni..Liya pula nak belajar bidang apa?"tanya Eddie.
"erm..entah la..nak belajar bidang fesyen atau bidang Aero engineering.."
"wow..nak jadi apa tu?"
"kalau bidang fesyen Liya nak jadi fesyen designer pastu buat jenama sendiri tapi kalau Aero engineering
pula..Liya nak jadi pilot..sebab pilot dapat mengelilingi dunia tanpa kena beli tiket sebab pilot yang bawak kapal terbang dan juga bila Liya tengok pilot jalan kat dalam TV tu gaya diorang tu smart la.."ujar Eliya sambil membayangkan dia memakai baju uniform juruterbang.Eddie tersenyum lagi.
"hoi..berangan je lebih..belajar tak nak macam mana nak capai kejayaan?.."ujar Eddie lagi.
"ala..Eddie kan sumber inspirasi Liya..kalau Eddie dah bijaksana mestilah Liya kena ikut jejak langkah Eddie juga
kan?""tau tak pe..tak tahu tanya.."ujar Eddie.Itulah perbualan mereka yang terakhir sebelum Eddie bertolak keesokkan
harinya.Sudah hampir enam bulan Eddie meninggalkan rumah itu.Eliya kini sudah dapat membiasakan diri dengan ketiadaan Eddie namun dia tetap rindu apabila duduk bersendirian oleh itu Eliya mangambil keputusan untuk duduk di asrama.Memang agak sunyi rumah atuk Samad tanpa kedua-dua cucu kesayangannya itu.Atuk Samad selalu juga pergi melawat Eliya namun kerinduan terhadap cucunya tidak dapat dibendung dengan hanya melawat beberapa kali dalam seminggu akhirnya atuk Samad tekad untuk memujuk cucunya itu untuk kembali tinggal di rumah.Eliya menolak kerana dia perlu menumpukan perhatian terhadap pelajarannya untuk persediaan peperiksaan PMR yang bakal didudukinya setahun lagi.
YOU ARE READING
Jangan !!! Dia Suamiku
RomanceTareti buat sinopsis  ̄︿ ̄ Baca jela kalau nak tau kisah hahaha ≧▽≦ Selamat Membaca. ♡