Eliya duduk lemah di birai katil sejurus mereka tiba di bilik hotel mereka.Dia membuka selendang yang terletak elok di kepalanya.Sekali lagi air matanya mengalir.Eddie meletakkan kunci keretanya ke atas meja solek sebelum mengambil tempat di sebelah Eliya.Perlahan tangannya memeluk bahu Eliya yang sedang menangis.Eliya memandang Eddie lalu kembali menangis.Kali ini tangisannya makin kuat.Hatinya sungguh sebak kerana kehilangan atuk Samad yang merupakan antara orang yang paling disayanginya.Eddie melentokkan kepala Eliya ke dada bidangnya sambil tangannya mengusap lembut rambut Eliya yang panjang paras pinggang.
"sabar la Liya sayang..tak elok kita menangisi pemergian seseorang tau..biarlah roh atuk dapat pergi dengan tenang..kalau kita tak reda dengan pemergiannya nanti dia yang terseksa di sana..sayang jangan nangis lagi ya..abangkan ada kat sini.."pujuk Eddie perlahan.Sedikit sebanyak Eliya merasa tenang dengan pujukkan Eddie.Tangisan Eliya sudah mula reda.
"Liya tak sangka atuk Samad akan pergi sejurus selepas kita bersanding...Liya tak pernah sangka.."balas Eliya lemah.
"sayang..kematian seseorang tu tak pernah dapat kita jangka..abang pun sedih tapi abang kena kawal sebab abang tau..Allah lebih sayangkan atuk..DIA tak nak atuk terseksa,dicucuk dengan pelbagai wayar..lebih baik atuk pergi dari terseksa macam tu..Liya cuba bayangkan..atuk dah tak larat lagi nak tanggung tu semua..terlalu menyeksakan.."
"erm..betul juga..Liya Cuma doakan atuk akan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.."
"amin..abang pun harap macam tu.."balas Eddie.Eliya bangun lalu mencapai pakaian sebelum masuk ke dalam bilik mandi.Eddie bangun menuju ke laci meja solek.Perlahan laci di tarik,dia mengeluarkan dua keping kertas dan meletakkannya di atas meja solek.Dia keluar dari bilik hotel tersebut untuk membeli sedikit makanan kerana sejak petang tadi Eliya tidak menjamu apa-apa makanan.Eliya keluar dari bilik mandi dan meninjau ke dalam bilik. 'aik..mana Eddie ni?..'hati Eliya bermonolog.Dia berjalan menuju ke meja solek untuk menyikat rambutnya yang sedikit basah. 'eh..apa ni?'Eliya mengangkat dua keping kertas tadi ternyata itu adalah tiket kapal terbang.Eliya membaca maklumat tiket tersebut. 'hah..Pulau Langkawi..what?!..tarikh dia esok ni..'hati Eliya berkata-kata sendirian.Tiba-tiba terasa seseorang memeluknya dari belakang.Eliya terkejut namun segera dia terpandang pantulan wajah Eddie dari cermin meja solek.Eddie tersenyum lalu mencium pipi Eliya.
"abang..nak pergi Langkawi esok ke?"tanya Eliya perlahan.Eddie hanya mengangguk sambil tersenyum.
"tapi..atuk baru.."Eliya tidak menyambung ayatnya kerana dia masih belum boleh menerima sepenuhnya pemergian atuk Samad.Eddie perasan akan berubahan wajah Eliya segera dia mengeletek Eliya.Akhirnya Eliya ketawa kegelian.
"abang..geli la.."
"tau pun..siapa suruh menangis..ini adalah hadiah perkahwinan kita dari abang untuk Eliya tapi...tak sangka ,tak kena dengan waktu pula..tapi tak apa..itu bukan penghalang..tadi abang dah bincang dengan ibubapa kita..diorang setuju kita pergi esok.."
"Tapi.."Belum sempat Eliya menyambung ayatnya Eddie sudah memusingkan badannya.Dia mendekatkan wajahnya.
"tapi apa?"tanya Eddie dengan senyuman nakal.Eliya sudah gelabah terus menggelengkan kepala.
"t..ta..tak ada apalah..L..Li..Liya ikut je.."balas Eliya gagap.
Eddie melepaskan rangkulan di pinggang Eliya.Tiba-tiba perut Eliya kembali berbunyi kuat minta diisi.Eddie tergelak kerana terdengar bunyi tersebut.Eliya menutup mukanya menggunakan telapak tangan.Beberapa saat kemudian dia mengalihkan tangannya dan membuat senyuman ala Garfield sambil tangannya membuat simbol 'peace'.Eddie kembali ketawa.Comel sungguh wajah Eliya apabila buat begitu.
"Garfield abang dah lapar ya..kesian..jom makan..abang ada beli nasi goreng kesukaan Eliya..jom.."ujar Eddie lalu menarik tangan Eliya menuju ke meja makan yang tersedia di bilik mereka yang agak besar itu.Eliya terhidu bau nasi goreng USA ,nasi goreng kesukaannya sejak kecil.Segera dia duduk lalu mencapai sudu.Sudu sudah menghampiri mulutnya namun segera dia terpandang Eddie yang duduk bertentangan dengannya.Eddie menongkat dagu sambil memandangnya dengan senyuman.Eliya meletak kembali sudu di pinggan.
"kenapa abang pandang Liya macam tu?"
"makan tak baca doa pun.."balas Eddie selamba.Eliya mengaru kepalanya yang tak gatal. 'ops..lupa..hehe..sorry cik abang sayang..eh?..sayang ke?..mesti la sayang..tu kan cik abang aku yang sorang...'Eliya berangan lalu tersenyum sendirian.Eddie berdehem menyedarkan Eliya dari lamunannya.
"hey..sempat berangan..Liya..Liya.."
"hehe..abang baca la doa..Liya amin kan.."balas Eliya.Eddie segera menadah tangan lalu membaca doa.Usai membaca doa Eliya kembali mencapai sudu lalu menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.Eddie memerhati Eliya. 'Kesian Liya..banyak perkara yang dah Liya tempuhi hari ni..semua amat memedihkan tapi Liya tetap kuat menghadapi semua dugaan ini..abang bangga dapat isteri macam Liya'hati Eddie berkata-kata sendiri.Mereka makan dengan tenang dan penuh nikmat setelah melalui hari yang meletihkan.

YOU ARE READING
Jangan !!! Dia Suamiku
RomansaTareti buat sinopsis  ̄︿ ̄ Baca jela kalau nak tau kisah hahaha ≧▽≦ Selamat Membaca. ♡