Eliya masuk ke dalam wad yang menempatkan atuk Samad lalu menangis apabila melihat atuk Samad dicucuk dengan pelbagai wayar..Eddie memegang bahu Eliya untuk memberi kekuatan buat gadis itu untuk berdepan dengan atuk mereka yang sedang terbaring lemah..Di dalam wad tersebut hanya kedengaran bunyi mesin jatung yang dipasang ke dada atuk Samad.Eliya duduk di kerusi yang disediakan lalu memegang tangan atuknya dengan perasaan hiba.
"cucu atuk dah sampai.."ujar atuk Samad lemah ketika melihat kearah Eddie dengan senyuman dibibirnya yang pucat itu.
"ya atuk.."
"maaflah..atuk tak dapat nak jemput kamu di lapangan terbang tadi..atuk hari ni tiba-tiba rasa lemah kemudian..beginilah keadaan atuk sekarang.."
"tak apa atuk..Eddie tak kesah..Eliya kan ada jemput Eddie..itu pun dah cukup.."ujar Eddie sambil menepuk lembut
bahu Eliya yang sedang tersenyum lalu mengesat air matanya yang mengalir perlahan dipipinya."Liya cantik kan Eddie?.."tanya atuk Samad tiba-tiba sambil memegang tangan cucu perempuannya itu.
Eddie hanya tersenyum lalu menangguk..pipi Eliya kelihatan merah apabila atuk Samad memandangnya lalu mengusap lembut pipi cucu kesayangannya itu."atuk ada benda nak minta tolong kamu sebelum atuk menghembuskan nafas terakhir atuk ni.."
"tak baik atuk cakap macam tu..atuk kena kuatkan semangat supaya sihat..apa benda tu tuk?..insyallah kalau kami
mampu..kami akan tolong.."ujar Eliya.Eddie hanya menangguk."atuk rasa kamu tentu ingat lagi tentang kisah seorang tentera yang atuk ceritakan dulu..betul tak?.."
"mestilah ingat..atukkan selalu ulang cerita tu.."ujar Eliya berseloroh.Atuk Samad tersenyum.
"sebenarnya..kisah itu adalah kisah benar antara atuk dan atuk Eddie..dan kami telah berjanji untuk mengahwinkan
cucu kami..""nanti...nanti dulu atuk..maksud atuk Liya kena kahwin dengan Eddie?"
atuk Samad mengangguk lemah..Eliya memandang Eddie dengan riak yang amat terkejut manakala Eddie tenang walau
dalam hatinya hanya tuhan yang tahu betapa hebatnya debaran yang dirasainya ketika ini.Eliya sudah berdiri dari duduknya dengan air mata yang berjuraian.Atuk Samad memegang tangan cucunya."Liya..atuk tahu yang Liya tidak setuju dengan rancangan atuk ni..tapi atuk mohon dengan Liya..tolonglah..tolonglah atuk untuk kali ini sahaja..atuk tak nak pergi sebelum menepati janji atuk yang satu tu..atuk Eddie adalah orang yang atuk amat terhutang budi dengannya jadi atuk mohon dengan Liya dan Eddie..tolong atuk ni ya,cu?.."ujar atuk Samad sehingga menitis air mata tuanya itu.Eliya berasa serba salah lalu mengesat lembut air mata atuknya itu.Dengan penuh berat hati akhirnya Eliya mengagguk perlahan tanda dia setuju dengan keinginan atuknya itu.Eddie terkejut dengan keputusan Eliya.
"atuk..adakah tak ada cara lain lagi untuk atuk balas budi atuk Eddie?.."tanya Eddie kepada atuk Samad.Eliya memegang tangan Eddie supaya dia menghentikan ayatnya yang seterusnya.Atuk Samad hanya mendiamkan diri namun air matanya terus mengalir.Akhirnya Eddie akur dengan keinginan atuknya itu.
"bila atuk nak kami tunaikan hajat atuk yang satu tu?.."tanya Eddie lemah.
"sebelum masa atuk tiba..yang pasti secepat mungkin sebab atuk dapat merasakan masa itu akan tiba tak lama lagi.."
"syyyhhh..jangan cakap macam tu atuk..atuk tak nak ke tengok Liya dengan Eddie bahagia?...kalau atuk nak..atuk kena kuatkan semangat..ya tuk?.."ujar Eliya sambil menitiskan air matanya.Atuk Samad hanya mengangguk lemah lalu menutup matanya.
Eliya mengajak Eddie keluar dari ruangan tersebut bagi memberi ruang kepada atuk mereka berehat.Di luar ibubapa mereka sudah menunggu..sebentar tadi Encik Harun dan Encik Farid telah memberitahu perihal perkahwinan Eliya dan Eddie kepada isteri mereka.Puan Marina kelihatan agak ragu-ragu apabila mendengar hajat atuk Samad mengahwinkan anak mereka namun sebaliknya untuk Puan Naimah.Dia memang sudah lama berkenan dengan Eliya kerana baginya dia lebih mengenali Eliya berbanding dengan perempuan lain untuk dijadikan menantunya namun mengenangkan usia gadis itu masih terlalu muda ,dia melupakan niat hatinya itu.
"abang..saya nak abang bincang dengan abah..saya sangat tidak setuju dengan rancangan yang luar biasa ni..mereka dah membesar sama-sama..duduk serumah dari kecil..takkan nak kahwinkan mereka..Liya tu baru tingkatan 4 dan tahun depan nak menduduki SPM..masih jauh lagi perjalanan dia tu bang..saya merayu pada abang..tolonglah fikirkan balik keputusan abang tu.."ujar Puan Marina kepada Encik Harun.Encik Harun hanya membatukan diri kerana dia juga amat runsing memikirkan masalah ini.
"Mar..bukan abang tak nak bincang dengan abah..tapi abang tak sanggup tengok abah menitiskan air matanya semata-mata sebab hal ni..abang harap Mar terima keputusan abang ni ya..kita tengok dulu apa keputusan budak dua orang tu..kalau mereka setuju,kita kena terima..okay?.."
Puan Marina hanya mengangguk lemah.
Eliya dan Eddie berdiri disebelah dinding berdekatan dengan tempat ibubapa mereka berbincang.Akhirnya Eddie menarik tangan Eliya menuju ke kawasan taman hospital tersebut.Mereka duduk disebuah bangku yang agak jauh dari orang ramai.Malam itu sungguh nyaman dan tenang.Angin meniup menandakan hari akan hujan sebentar lagi.
"Liya..duduk sini..Eddie nak bincang dengan Liya.."Eliya akur dengan perintah Eddie.
"Eddie nak tanya Liya..Liya pasti ke dengan keputusan Liya ni..sudi ke Liya nak sehidup semati dengan Eddie?..ini bukan perkara main-main tau..ini berkaitan dengan rumah tangga dan jangka masa yang panjang tau.."
"Eddie..Liya pasti dengan keputusan Liya..dah tak ada cara lain lagi..memang nak.. tak nak kita mesti juga teruskan perkara ni..kenapa,Eddie tak setuju ke Liya jadi isteri Eddie?"Eddie meraup wajahnya lalu berpusing ke belakang manakala Eliya hanya menundukkan wajahnya.Beberapa detik kemudian Eddie berpusing kembali memandang kearah Eliya dengan raut wajah yang sayu.Dia kasihan melihat gadis itu terpaksa menjadi isteri seseorang pada usia yang amat muda begitu.
"tengok sini Liya..Eddie bukan tak sudi atau setuju nak jadi suami Liya tapi..Eddie kasihan kat Liya..terpaksa libatkan diri dalam perkara gila ni..maafkan Eddie tapi Eddie tak mampu nak bantah keinginan atuk dan Eddie rasa Liya pun macam tu juga kan?.."ujar Eddie sambil menatap wajah Eliya yang sedang duduk di bangku berhadapan dengannya.Eliya hanya mengangguk.
Mereka masuk ke dalam kawasan hospital beriringan menuju kearah ibubapa mereka di ruang menunggu.Puan Marina dan Puan Naimah meluru kearah Eliya selepas melihat kelibat gadis itu.Mereka ingin mengetahui keputusan gadis itu.
"Liya..mommy rasa Liya dah tahu kan rancangan atuk kamu tu nak nikahkan kamu berdua..Liya setuju ke?..mommy tak kesah apa pun keputusan Liya mommy sokong..kalau Liya nak mommy hantar Liya ke luar negara sebab tak setuju pun mommy sanggup,sayang.."ujar Puan Marina kepada anak perempuan tunggalnya itu.
"Mommy..itu adalah permintaan atuk yang terakhir..takkan Liya nak ambil benda tu sebagai perkara yang remeh..Liya tak sanggup nak abaikan permintaan atuk tu..jadi Liya setuju nak jadi isteri Eddie..Eddie pun sama..kami dah berbincang dan kami sama-sama setuju dengan rancangan atuk Samad tu.."ujar Eliya panjang lebar.
Puan Marina terduduk mendengar jawapan anaknya itu manakala Puan Naimah memeluk bakal menantunya itu lalu membisikkan sesuatu ditelinga Eliya.
"terima kasih sayang..ummie dah lama anggap Liya macam anak ummie dan ummie sentiasa berdoa agar Eddie dapat jodoh yang sebaik Liya yang sentiasa memahami dia ni.."ujar Puan Naimah lalu mencium pipi Eliya.Eddie hanya memandang kearah Eliya dengan perasaan serba salah. 'Maafkan abang Liya..maafkan abang sebab tak dapat nak halang rancangan ni..abang akan cuba menyayangi Liya sehingga akhir hayat abang..dan abang akan lindungi Liya selama-lamanya..'Eddie bermonolog sendirian.
Sepanjang perjalanan ke rumah Eliya hanya mendiamkan diri.Setibanya di rumah Eliya melangkah lemah menuju ke biliknya lalu menutup pintu bilik.Eliya berbaring di katilnya lalu menangis semahunya.Eddie di bilik sebelah terdengar sayup-sayup bunyi esakkan Eliya.Satu perasaan halus muncul dihatinya.Dia amat berasa berat dengan keadaan Eliya.Andai dia mampu pasti dia akan menjadi orang yang memujuk Eliya namun apakan daya dia juga antara penyebab mengapa Eliya jadi begitu. 'Liya...Liya adik abang..janganlah menangis macam ni..Liya buat abang jadi tak keruan dengan keadaan Liya tu..abang sungguh tak berdaya nak bertindak..abang tak mampu Liya..maafkan abang..'..Akhirnya mereka berdua terlena dalam runsing dan serba salah itu.
YOU ARE READING
Jangan !!! Dia Suamiku
RomanceTareti buat sinopsis  ̄︿ ̄ Baca jela kalau nak tau kisah hahaha ≧▽≦ Selamat Membaca. ♡