33 & 34

8.4K 229 2
                                    


Seminggu kemudian..

Eliya membuka Facebook miliknya kerana sudah hampir sebulan dia tidak menyentuh laptop miliknya.Sejurus Eliya membuka Facebook miliknya dia terkejut apabila membaca status milik Zafril.

Sudah tiba masanya untuk aku pergi membawa hati yang lara..Selamat tinggal Malaysia!..jika ada jodoh kita akan berjumpa lagi..

Eliya pantas mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Zafril namun hasilnya menghampakan kerana telefon tersebut telah dimatikan.Akhir sekali Eliya berkira-kira untuk menelefon seseorang tanpa membuang masa dia pantas menekan butang hijau pada skrin Samsung S5nya.Beberapa minit kemudian kedengaran suara seseorang yang amat dikenalinya dihujung talian.

"hello..assalamualaikum.."

"walaikumsalam..kak Maria..ni Liya.."

"Liya..apa khabar?..sorry la tak sempat nak call Eddie dan Eliya untuk ucapkan tahniah atas perkahwinan korang berdua..kak Maria pun bakal melansungkan perkahwinan akak hujung tahun ni.."beritahu Maria dalam nada gembira.Akhirnya dia sudah dapat melupakan Eddie dan bertemu dengan jejaka yang dicintainya.

"ye ke?..tahniah!..macam mana akak tahu saya dan Eddie dah nikah?.."soal Eliya.

"erm..minggu lepas Zack balik dalam keadaan tidak terurus..dia mabuk..akak betul-betul tak sangka Zack sanggup sentuh benda haram tu..bila akak tanya dia cakap hati dia hancur sebab kekasih dia dah jadi milik orang..jadi akak tahulah bahawa kekasih yang dimaksudkannya tu adalah Liya.."ujar Maria dalam nada sedih.Suaranya kedengaran seperti dia sedang menangis.Eliya juga menekup mulutnya kerana sedih mendengar mengenai Zafril.

"habis tu sekarang Zafril dimana,kak?.."soal Eliya.

"dia masih dirumah kami..tapi lagi beberapa hari dia akan sambung belajar di Tasmania..tapi jujur akak katakan Zafril memang sedang menyeksa dirinya sendiri,Liya..dia bagai tidak berada disini..dia berada dalam dunianya sendiri..selalu termenung dan menangis sendirian sambil memandang gambar kamu berdua..badannya juga sudah susut kerana tidak makan..hanya arak menjadi temannya sekarang..akak pun dah tak boleh buat apa..ibubapa kami memang tak menetap di Malaysia..jadi akak memang tak khabarkan pada mereka kerana takut mereka risau.."ujar Maria Hanna.

"akak..tolong jagakan Zafril,ya..Liya masih sayangkan dia sebagai abang Liya..tak sanggup tengok dia terseksa..nanti kalau apa-apa akak call Liya ,ya?..assalamualaikum.."ujar Eliya sebelum mematikan talian.Eliya terduduk dibirai katil sambil menangis semahu-mahunya.Mujur ketika itu Eddie tiada dirumah dan hanya Puan Marina sahaja yang berada dirumah menemani Eliya namun ibunya itu sibuk dibilik bacaan memandangkan Puan Marina juga mempunyai kerjayanya sendiri.

Eliya mendail nombor Rabiatul dan tidak sampai beberapa saat panggilannya sudah berjawab.

"hello,Abby..kau kat mana ni?.."soal Eliya.

"aku kat tempat kerja ni..buat masa sekarang aku kerja disyarikat milik keluarga Farouq..kenapa?.."soal Rabiatul.Tanpa dapat ditahan-tahan Eliya menghamburkan tangisnya.

"Eli..kenapa ni?..kau okay tak ni?.."soal Rabiatul cemas.

"aku..aku perlukan kau sekarang..boleh tak kita jumpa?.."soal Eliya dengan tangisnya yang mula reda.

"okay..aku datang jemput kau sekarang..tunggu sekejap,ya?.."ujar Rabiatul lalu mematikan talian.Eliya masuk ke dalam bilik mandinya lalu membasuh mukanya sebelum bersiap dengan gaya sederhana.

Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi hon dari luar pagar rumah mereka menandakan Rabiatul sudah tiba.Eliya mengetuk pintu bilik bacaan rumah mereka.

"masuk.."kedengaran suara Puan Marina dari dalam.

"mommy..Liya keluar sekejap dengan Abby,ya?..nanti kalau Eddie balik suruh dia jangan tunggu Liya..makan je dulu.."ujar Eliya.

Jangan !!! Dia SuamikuWhere stories live. Discover now