19

8.5K 276 2
                                    

Pagi-pagi lagi Eliya sudah keluar bersama Zafril.Sekeping kertas diletakkan di atas meja makan yang terletak di chalet tersebut.

Liya keluar..mungkin balik lambat..jangan tunggu Liya..Liya izinkan abang keluar dengan sesiapa yang abang nak..izinkan Liya juga..Liya perlu ruang untuk diri sendiri setelah apa yang dah jadi malam tadi..

Sebaris ayat yang cukup menyentap tangkai jantung Eddie.Dia meraup wajahnya.
"kenapa Liya seksa abang macam ni Liya?..hanya Liya yang abang cinta..kenapa Liya masih tak Nampak lagi?.."Eddie berkata-kata sendirian.Dia melangkah longlai menuju ke biliknya lalu mencapai telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas kepada seseorang.

Maria..I need your help..I really need someone to advise me..meet me at lobby at 10 a.m..

Beberapa saat kemudian telefon Eddie bergetar tanda ada pesanan masuk.

anything for you..

Setengah jam kemudian Eddie berjalan menuju ke lobby dan terlihat Maria sedang menunggunya di sofa yang terletak di lobby tersebut.Eddie berjalan menghampiri Maria dengan wajah bagai menanggung beban yang besar.
"hi..kenapa ni?..pagi-pagi muka dah ketat semacam ni.."soal Maria kepada Eddie.
"nanti la I cerita..sekarang ni..jom ikut I..kita breakfast dulu.."ujar Eddie.
Mereka berdua menaiki teksi menuju ke sebuah restoran berdekatan.

Eliya termenung menghadap laut.Entah kenapa hatinya begitu kecewa dengan apa yang dilakukan Eddie semalam..padahal setahu dia,dia tidak mencintai Eddie.Namun perasaan cemburu dan kecewa hadir dalam hatinya.Dia juga binggung.Adakah dia sudah jatuh cinta pada suaminya itu?.Perasaannya pada Zafril juga tidak semekar selalu.
"Anna..sudah..sudah la termenung tu..tak elok tau anak dara termenung..kan Anna ada Ril kat sini buat apa nak tenung laut..tenung la Ril ni..sedap juga hati Ril ni.."ujar Zafril sambil tersenyum.Eliya memandang senyuman Zafril.Sedikit sebanyak senyuman diwajah si kacak itu boleh menenangkan sedikit hatinya yang bergelora.Zafril memegang perutnya sambil mengerutkan dahi.
"eh..Ril..kenapa ni?.."tanya Eliya.
"lapar la..kita ni kan belum sarapan..Anna nak Ril bungkus kea tau makan di kedai?"tanya Zafril.
"bungkus je la..Anna tak ada mood la nak pergi makan kat restoran.."balas Eliya.Zafril meninggalkan Eliya sejurus selepas mengambil pesanan dari gadis itu.Eliya memejam mata sambil menghirup udara segar dengan harapan agar udara dipersekitarannya yang tenang dapat sedikit sebanyak meredakan perasaannya yang sedang bercelaru itu.Tiba-tiba seseorang duduk disebelahnya dan memegang tangan Eliya.
"Liya..Liya maafkan abang.."Eliya bagai terdengar suara Eddie didalam fikirannya.Sentuhan ditangannya juga bagaikan sentuhan sebenar.Eliya pantas membuka matanya namun dia berasa hampa kerana ternyata ianya bukan Eddie seperti yang dibayangkannya.Air mata Eliya kembali mengalir perlahan dipipinya.Bayangan tentang kejadian semalam kembali bermain difikirannya.Dia bagai terlihat kembali apa yang terjadi..tentang bagaimana Eddie memeluk bahu Maria yang sedang menangis.Akhirnya Eliya teresak kecil diiringi deruan ombak yang memukul pantai.

Eddie dan Maria berjalan beriringan bagi menenangkan perasaan masing-masing.Sedang asyik berjalan dia terlihat kelibat Eliya yang sedang duduk di persisiran pantai bersendirian sambil menangis.Hati Eddie bagai disiat-siat.Eddie berjalan pantas kearah Eliya namun kakinya terhenti selepas melihat kelibat Zafril yang memegang bungkusan makanan menuju kearah Eliya.Maria hanya memendam rasa disebelah Eddie.Sesungguhnya masih ada sekelumit rasa cinta buat bekas kekasihnya itu namun apakan daya.Dia lebih memilih untuk melihat lelaki itu bahagia berbanding membiarkan lelaki itu sengsara semata-mata untuk bersamanya.

Zafril memeluk bahu Eliya yang seang menangis sendirian di persisiran pantai.Eliya mengangkat muka untuk memandang gerangan yang memeluk bahunya namun ternyata lain yang dibayangkan lain pula yang muncul.Eliya baru tersedar tentang sesuatu.Dia harus menghadapi reality bahawa Eddie hanya suaminya atas kertas namun kehidupan sebenar..Eddie berhak memilih haluannya sendiri.Eliya memandang kearah Zafril sambil tersenyum kelat sebelum mengesat saki baki air mata yang mengalir dipipinya.Dia mengambil tangan Zafril dan mengenggam tangan tersebut.
"Ril..baru Anna tahu..menghadapi realiti adalah sangat perit..tapi apakan daya..kehidupan itu adalah realiti bukan fantasi seperti yang selalu kita bayangkan.."ujar Eliya kepada Zafril.Memang pahit untuk dia menerima semua ini namun itu adalah realiti..Zafril hanya tersenyum.Dia tahu Eliya sudah dapat menerima kenyataan.Bukan dia tidak perasan tentang perasaan cinta Eliya terhadap Eddie namun sengaja dia membutakan matanya kerana dia amat menyintai Eliya dan tidak dapat menerima kenyataan jika Eliya meninggalkannya.
'ya Anna..realiti memang pedih..perit..menyeksakan..macam tu la yang Ril rasa bila tengok cahaya cinta Anna yang memancar pada pandangan yang Anna berikan pada Eddie...'hati Zafril berkata-kata.Zafril mengosok belakang Eliya.
"tahu pun..jadi Anna kena hadapi..Anna kena kuat..dan kena tahu sesuatu.."ujar Zafril.
"tahu apa?"
"Anna kena ada disisi Ril sampai kita kahwin nanti..okay?..Ril cintakan Anna sangat-sangat..jangan pernah Anna tinggalkan Ril..janji?"
Eliya terdiam mendengar apa yang baru dikatakan oleh Zafril.Semakin hatinya menjadi serba salah mendengarkan setiap apa yang dikatakan Zafril sebentar tadi. 'Maafkan Anna,Ril..maafkan Liya,Eddie..tapi Liya tahu Eddie mungkin tak cintakan Liya..mungkin Eddie lebih memilih Maria berbanding Liya..Liya sedar apa kedudukan Liya,Eddie...'hati Eliya berkata-kata.Serta merta dia merasa sebak.Akhirnya dia mengangguk perlahan kepada Zafril.Zafril tersenyum gembira lalu mendakap Eliya.

Eddie mengepal penumbuknya.Setitis air mata kecewanya menitis.Tidak dia sangka Eliya semudah itu melupakan apa yang telah terjadi diantara mereka dan yang paling menyakitkan hatinya adalah Eliya tidak menolak apabila Zafril mendakapnya.Eddie berjalan laju menuju kearah Zafril dan Eliya.Kolar baju Zafril dicekaknya lalu sebiji penumbuk mengena pipi Zafril.Eliya bagai tersedar dari mimpi segera menghalang.Maria juga cuba menghalang pergaduhan diantara kedua-dua lelaki itu.Eddie ingin menumbuk Zafril buat kali kedua.
"Eddie!!..apa ni?!..malu la..orang tengok tu.."jerit Eliya cuba menghentikan pergelutan tersebut.
"hey..Liya..kau sedarlah sikit..lelaki yang mudah sentuh kau ni..kau masih nak pertahankan..kau memang tak ada maruah ke?!"ujar Eliya sambil mengepal penumbuknya dan menumbuk perut Zafril.Eliya menangis namun masih menarik lengan Eddie namun tidak semena tangan Eddie menampar pipi Eliya.Maria sudah tergamam melihat drama yang terjai diadapan matanya.Bibir Zafril sudah berdarah.Zafril juga masih terkejut dengan apa yang terjadi.Eliya memegang pipinya yang sedikit merah.Dia segera menarik tangan Zafril dan berjalan pantas menuju ke chalet mereka.Eddie yang baru tersedar akan ketelanjurannya segera menarik lengan Eliya.
"Liya..ab..aba..abang..min..minta maaf..ab..abang tak sengaja.."ujar Eddie sedikit gagap.Eliya tidak memandang kearah Eddie lalu segera merentap lengannya dan berlalu dari situ.Beberapa mata yang memandang sudah tidak diendahkan lagi.

Jangan !!! Dia SuamikuWhere stories live. Discover now