15

8.7K 328 2
                                    

Di dalam kapal terbang Eddie dan Eliya duduk bersebelahan manakala Zafril dan Maria duduk di gerabak lain.Eddie tersenyum gembira.Akhirnya dia dapat bersama Eliya.Eddie mengenggam tangan Eliya kemas namun Eliya tidak memberi respon.Pandangan mata gadis itu masih lagi memandang kearah awan biru yang kelihatan indah diluar tingkap kapal terbang.
"Liya sayang..kenapa ni?..Liya tiba-tiba je berubah sejak jumpa dua beradik tu tadi?.."tanya Eddie lembut.Eliya terus menyandar di kerusi lalu menutup matanya.
"Liya penat..nak rehat.."balas Eliya acuh tak acuh.Eddie masih memegang tangan Eliya. 'dia ni dah kenapa?..period ke?..tapi pagi tadi aku tengok dia dah boleh solat..kenapa ya?..'Eddie mula hilang arah.Dia buntu kerana perubahan mendadak Eliya.Sepanjang perjalanan selama 1 jam Eliya tidak membuka mulut dan sepatah perkataan pun tidak kedengaran.Setibanya di lapangan terbang Langkawi,mereka turun dari kapal terbang menggunakan tangga.Tiba-tiba di anak tangga terakhir Eliya tersilap langkah menyebabkan dia terdorong ke hadapan namun belum sempat Eddie hendak menahan Eliya dari terjatuh Zafril sedah memeluk bahu Eliya.Eliya hanya tersenyum lalu perlahan tangan Zafril menjauhi bahu Eliya.Eddie yang berada di belakang Eliya sudah geram.Dia mendapat idea jahat,segera dia menarik tangan Maria dan meletakkannya ke lengannya yang agak sasa.Maria tersenyum malu namun hanya membiar.Eddie terus berjalan di hadapan Eliya.Sengaja dia ingin menguji Eliya namun gadis itu hanya membuat muka don't know,don't care miliknya.Eddie geram lalu dia merapatkan lagi kedudukannya dengan Maria.Tiba-tiba Eliya mengerang kesakitan.Zafril dan Eddie kedua-duanya kelihatan risau.Zafril memapah Eliya lalu duduk di bangku berdekatan.
"Anna..kenapa ni?"tanya Zafril lembut.Eddie hanya mengangguk perlahan tanda setuju dengan ap yang difikirkan oleh Zafril.
"kaki Anna ni..sakit..terseliuh kot tadi masa nak terjatuh kat tangga tadi.."ujar Eliya sambil memandang kearah Zafril yang duduk gaya melutut dihadapannya sambil membelek kaki Eliya.Perlahan dia memegang pergelangan kaki Eliya.Eliya mengadu kesakitan.Zafril segera mengalihkan tangannya.
"kaki Anna terseliuh ni..kak Maria pergi check in hotel dulu dengan abang Eddie..biar Zafril bawa Eliya pergi klinik ya?"ujar Zafril sambil memandang kearah Eddie dan Maria yang berdiri di sebelahnya.Maria hanya mengangguk perlahan lalu memandang Eddie.Eddie serba salah.Sepatutnya dialah yang harus menemani Eliya ke klinik namun Zafril menawarkan diri untuk ke klinik bersama Eliya.Eddie memandang Eliya.Eliya hanya tersenyum tawar sebelum mengangguk perlahan.Eddie kembali memandang Zafril.
"okay..tapi apa-apa call abang ya,Zack..Liya ada nombor abang kan..nah duit.."Eddie menghulur beberapa keping not berwarna merah kepada Zafril.Zafril teragak-agak lalu mengambil.
"bawa Liya pergi klinik lepas tu terus balik hotel ya.."arah Eddie kepada Zafril.Zafril hanya mengangguk.Maria kembali menarik tangan Eddie menuju kea rah teksi yang sudah berhenti dihadapan mereka.Eliya hanya menghantar Eddie dengan pandangan mengharap.Selepas Eddie dan Maria selamat masuk ke perut teksi dan teksi mula meluncur laju di jalan.Eliya kembali memandang Zafril yang berdiri di sebelahnya. Sebuah lagi teksi berhenti di hadapan mereka,Zafril memapah Eliya masuk ke dalam teksi lalu mereka terus menuju ke klinik terdekat.

Eddie masuk ke bilik hotel bersama beg pakaian milik Eliya dan dirinya.Mujur tadi dia mengambil sebuah chalet yang mempunyai dua bilik di dalamnya jadi tidaklah Zafril dan Maria merasa pelik jika dia tinggal bersama Eliya bersama.Eddie meletakkan beg pakaian di sebelah almari.Dia terus merebahkan badannya di katil.Matanya terkebil-kebil memandang syiling bilik tersebut.Otaknya kembali ligat memutar kembali apa yang terjadi tadi.Dia berdecit perlahan.Dia binggung kenapa Eliya berubah pelik begitu.Tak ada angin,tak ada rebut tiba-tiba hujan.Sedak dia leka berfikir,tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Eddie terus melompat dari katilnya.Dia tersenyum melihat nama gerangan si pemanggil. 'Eliya..sayangku..'hati Eddie berkata-kata sambil bibirnya tersenyum.
"hello..sayang okay?.."
"erm.Lya okay..Cuma doktor kata jangan banyak jalan..insyallah esok dah okay kot..by the way,abang apa nama hotel abang tu?..kitorang on the way pergi sana..".Eddie segera memberitahu nama hotel tersebut dan lokasi hotel tersebut.
"erm..abang.."
"ya sayang.."
"kak Maria ada kat situ?"tanya Eliya perlahan.Eddie hanya tersenyum. 'oh..baru aku tahu kenapa dia berubah macam tu sekali..cemburu rupanya..'hati Eddie bermonolog.
"mestilah tak ada..abang kat nbilik abang..dia kat bilik dia la..Liya cepat la balik..abang dah rindu ni.."ujar Eddie manja.Kedengaran suara Eliya sedang tergelak kecil dihujung talian.
"ngada-ngada..ye la..Liya balik ni..tengah tunggu Zafril beli ubat sekejap..tunggu ya.."
"erm ye la..cepat sikit..jangan layan sangat si Zafril tu abang jelous tau..siap Liya balik nanti abang nak denda sebab pinggirkan abang tadi..dan denda tu double..ok?"balas Eddie dalam senyuman.
"erm..ye la..ye la..ok la bang..Zafril dah datang sini tu..bye!"
"bye..ingat pesan abang..I love you.."
"me too.."balas Eliya perlahan.Eddie sudah berbunga-bunga.
"apa tak dengar?..cakap kuat sikit.."
"tak ada apa la..bye.."balas Eliya sebelum mematikan talian.Eddie tersenyum sendirian.Dia kembali berbaring ke katil.Memang dia sudah jatuh cinta dengan Eliya.Seribu kali jatuh cinta dengan Eliya.Dan yang paling embuatnya gembira adalah Eliya cemburu padanya sebentar tadi.Eddie tergelak sendirian. 'cemburu kan tandanya sayang..maksudnya Liya dah mula menyayangi aku ke?..ini yang buat aku makin sayang ni..' hati Eddie berkata-kata sendirian.

Jangan !!! Dia SuamikuWhere stories live. Discover now