20

8.6K 279 2
                                    

Eliya masuk ke dalam bilik chalet lalu menghempas pintu.Sungguh dia tidak menyangka bahawa Eddie akan memalukannya serta sanggup menghina dan mengaibkannya dikhalayak ramai.Ketika Eliya sedang duduk menangis dibirai katil tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan pada pintu biliknya.Eliya hanya mendiamkan diri.Dia amat marah ,kecewa dan sedih kerana apa yang telah berlaku antara dirinya dan Eddie.Tidak pernah dia melihat Eddie berbuat sebegini sepanjang hidupnya bersama Eddie.
"Liya..Liya sayang..buka pintu ni..biar abang terangkan perkara sebenar pada Liya.."kedengaran suara Eddie dari luar pintu.
"dah tak ada apa lagi untuk diterangkan..Liya sedar..Liya tak layak untuk abang..macam yang abang cakap tadi..Liya..Liya kan macam perempuan taka da maruah..tak apa la abang..Liya sedar..Liya sedar semua tu.."balas Eliya dari dalam bilik sambil menangis.Bunyi ketukan pintu semakin kuat.Akhirnya Eliya membuka pintu.Eddie memeluk isterinya.Dia tidak sanggup kehilangan Eliya.Sehari mereka bergaduh bagaikan seribu tahun dia menanggung kerinduan buat sang isteri yang tercinta.Eliya tidak membalas pelukan tersebut malah dia menolak Eddie perlahan.Sedikit pun dia tidak memandang kearah Eddie.
"Liya nak kita sama-sama selesaikan masalah ni hari ni juga.."ujar Eliya mendatar.
"ye..betul tu..abang rasa Liya dah salah faham dengan apa yang Liya Nampak kelmarin.."balas Eddie perlahan.
"memang..memang Liya salah faham..Liya salah sebab terlampau percaya dengan setiap kata-kata manis abang..tapi satu benda Liya nak cakap..Liya berterima kasih sangat kat abang..sebab abang dah buat Liya sedar yang kita tak boleh percayakan mana-mana lelaki..termasuk abang yang merangkap suami dan abang angkat Liya..terima kasih la abang..Liya dah tawar hati untuk cuba menerima abang.."ujar Eliya sinis.
"Liya..sayang..cuba dengar dulu penjelasan abang..memang dulu kak Maria pernah couple dengan abang tapi tu semua dah lama..masa tu abang tak matang dan tak dapat membezakan antara cinta sejati dan cinta monyet..dia hanya bekas kekasih abang..tak lebih dari tu..kalau Liya still tak percaya dengan abang..abang berani bersumpah dengan Liya yang abang taka da apa-apa hubungan dengan Maria.."balas Eddie bersungguh-sungguh.Eliya ketawa sinis.Kelakar rasanya mendengarkan apa yang baru dikatakan oleh Eddie.Masa Eddie akan mudah-mudah memeluk seseorang tanpa ada apa-apa perasaan. 'huh..dasar lelaki..'hati Eliya berkata-kata.
"pandai juga ya abang berkata-kata..Liya rasa macam dalam sinetron pula..abang kata tak ada apa-apa?..lawak apa yang cuba abang sampaikan ni?..dah la abang..abang marah kan?bila Liya kena peluk dengan Zafril..abang cakap Liya tak ada maruah kan?..so macam mana pula dengan abang?..dah la bang..Liya dah malas la..mulai hari ni..kita suami isteri tapi satu Liya nak minta..selepas Liya habis SPM..tolong lepaskan Liya..Liya rasa Liya tak sanggup nak berdepan dengan semua ni lagi..Liya malas dan letih bang..tolong la.."ujar Eliya lemah.Eddie sudah terduduk setelah mendengar perkataan 'cerai' yang baru keluar dari mulut Eliya.
"Liya..tolong la beri abang peluang..kita baru je mendirikan rumah tangga bersama..takkan Liya tak rasa apa yang abang rasa?..takkan tak ada sekelumit pun rasa cinta buat abang?.."ujar Eddie sambil mencapai tangan Eliya.Dikucup lembut tangan si isteri.Air mata Eliya berguguran.Sungguh pedih rasanya untuk menafikan perasaannya pada Eddie namun bila adengan Eddie dan Maria yang berpelukan di taman kelmarin menjengah benaknya,Eliya menarik tangannya.
"abang kata abang cinta?..tak apa la bang..dengan Liya abang kata cinta..dengan kak Maria tu pun cinta juga la ya?..murahnya cinta abang ya..tak apa la bang..Liya tetap dengan keputusan Liya..Liya rasa sampai sini je la perbincangan kita..abang boleh keluar dari bilik Liya..and..one more thing..parents kita tak boleh tahu pasal hal ni..walau kita gaduh mahupun cerai..parents kita tak boleh tahu apa-apa pun..balik ni..Liya akan cakap dengan diorang supaya kita boleh pindah secepat mungkin..senang kita nak uruskan hal masing-masing..dan perkahwinan ni..ingat..tak ada siapa boleh tahu.."ujar Liya panjang lebar.Eddie tertunduk mendengar apa yang dikatakan oleh Eliya.Eddie bangkit dari duduknya lalu berjalan keluar.Dia berhenti dihadapan Eliya yang sedang duduk dibirai katil.
"baik la kalau itu yang Liya nakkan..abang akan akur dengan kemahuan Liya..tapi abang nak Liya ingat..abang tetap cinta Liya dan Liya adalah cinta pertama abang..kak Maria tu cuma bekas kekasih abang tapi Liya adalah isteri abang yang abang sangat cintai setulus hati abang..dan..terima kasih sebab sudi jadi isteri abang walaupun Liya tak sudi.."ujar Eddie sebelum melangkah ke biliknya dan menutup pintu bilik isterinya itu.Air mata Eliya kembali berguguran.Sudah beberapa kali air mata Eliya menitis untuk Eddie sejak mereka bergaduh tempoh hari.Eliya sudah letih dengan semua ini. 'Mungkin tindakkan aku terima Eddie pada mulanya adalah salah..atuk..betul ke Eddie tu adalah lelaki terbaik buat Liya?..kenapa dia buat Liya macam ni?..kenapa,atuk?'hati Eliya berkata-kata.Akhirnya dia terlelap dalam hati yang luka.

Jangan !!! Dia SuamikuWhere stories live. Discover now