"Liya..tunggu Liya..jangan tinggalkan abang..abang minta maaf sangat-sangat.."
"dah la abang..sampai sini je la hubungan kita..Liya dah tak sanggup hidup dengan abang.."ujar Eliya kepada Eddie.
"Anna sayang..jom..buang masa je kita layan lelaki macam ni..Ril lebih layak untuk Anna.."ujar Zafril sambil menarik tangan Eliya mesra.
Eliya tersenyum manis kepada Zafril sambil mengangguk.Eddie menarik lengan Eliya.
"Liya..tolong la jangan buat abang macam ni..abang tak boleh hidup tanpa Liya..abang merayu..tolong la Liya.."Eddie sudah merayu-rayu kepada Eliya namun gadis itu tetap dengan keputusannya.Akhirnya Eliya berjalan beriringan dengan Zafril manakala Eddie sudah terduduk kerana gagal memujuk Eliya.
"Liyaaa!!!!..jangan tinggalkan abang!!!!"Eddie menjerit kuat menyebabkan Eliya dari bilik sebelah berlari menuju ke bilik Eddie.Walaupun dia masih marahkan Eddie namun timbul juga rasa risau apabila terdengar teriakkan Eddie dari bilik sebelah.
"abang..abang..bangun..kenapa ni?"Eliya menggoncangkan sedikit bahu Eddie.
"Liya.."Eddie memanggil nama Eliya lalu terus mendakap isterinya.
"kenapa ni?..Liya kat sini la.."balas Eliya perlahan.Pelik juga dia dengan tingkah laku Eddie.Baru dia mengertak untuk meninggalkan lelaki itu,sudah begini jadinya namun dia tetap membalas pelukkan tersebut.Pipi Eliya dicium bertalu-talu.
"Liya..abang minta maaf sangat-sangat..tolong la jangan tinggalkan abang..abang betul-betul sayangkan Liya..tolong la jangan tinggalkan abang..ya?"ujar Eddie yang seakan-akan anak kecil.
"ye la..ye la..tapi kenapa badan abang panas ni..abang demam ke?"ujar Eliya sambil meletakkan tangannya ke dahi Eddie.Eddie hanya mengerutkan dahinya lalu mengangguk lemah.Mata Eddie masih terpejam.Perlahan perasaan kasihan dalam hati Eliya menjengah.
"dah la..abang rehat je..biar Liya ambilkan ubat kat bilik Liya sekejap.."ujar Eliya lalu bangun untuk menuju ke biliknya.Eddie pantas menarik tangan Eliya.
"Liya..jangan tinggalkan abang,ya?..abang mohon.."ucap Eddie lemah.Eliya hanya mengangguk perlahan sebelum Eddie melepaskan pegangannya dipergelangan tangan Eliya.Selepas Eddie sudah terlena,Eliya berkira-kira untuk tidur dibiliknya namun dia teringat akan pesan Eddie sebentar tadi.Eliya membatalkan niatnya.Eliya berjalan menuju ke balkoni untuk menghirup udara segar.Jam sudah berganjak ke angka 1 pagi.Perlahan rambut ikal milik Eliya ditiup angin.Hilang sedikit serabut yang melanda dirinya.Eliya duduk termenung menghadap langit yang gelap tanda hari bakal hujan.Segala yang terjadi kepada dirinya bagai berputar kembali dibenaknya.Segala kenangan manis bersama Eddie menjengah minda Eliya dan masalah mereka berdua juga turut menganggu mindanya.Eliya buntu,dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya.Dia memejam mata dengan niat agar sejurus dia membuka mata segala masalah ini akan pergi.Air mata Eliya mula mengalir perlahan ditubir mata.Baginya dalam banyak-banyak masalah yang pernah dihadapinya,masalah ini adalah masalah yang paling perit dan menyakitkan dirinya.Terasa ada satu tangan mengusap lembut pipi Eliya.Pantas Eliya membuka mata.Terkejut juga dia apabila ada seseorang bersamanya pada waktu larut malam begini.Eliya memandang kearah si pemilik tangan tersebut..ternyata ianya Eddie.Eddie menarik Eliya kedalam pelukkannya.Dia tahu bahawa dia la penyebab kepada luka di hati Eliya.Eliya hanya membiarkan dirinya dalam kedudukan begitu namun dia tidak membalas pelukan Eddie.
"maafkan abang..ya sayang..abang tak ada niat nak lukakan hati Liya..abang minta ampun sangat.."ujar Eddie sayu.Eliya hanya mendiamkan diri namun air matanya mengalir laju.
"sayang..jangan la buat abang macam ni..jangan seksa abang..Liya cuma salah faham..percaya la sayang..abang tak ada perasaan langsung pada kak Maria..abang berani bersumpah yang hanya Liya yang abang cinta..tak akan pernah ada yang lain.."
"h..ha..habis tu..k..kenapa?..kenapa abang peluk kak Maria?..kenapa kak Maria merayu-rayu pada abang?..kenapa?.."tanya Eliya dalam tangisnya.Eddie hanya mengusap lembut rambut isterinya lalu mencium lembut dahi Eliya.
"kak Maria nak abang kembali pada dia..tapi jangan la Liya risau sebab kini kak Maria dah tahu tentang perasaan abang pada Liya..Dia pun menyesal juga sebab dah merayu-rayu kat abang dengan cara macam tu..biar abang terangkan..maybe Liya masih tak biasa lagi..kami kat Amerika memang macam tu..walaupun orang Melayu akan salah anggap dengan apa yang mereka nampak..contohnya macam Liya kelmarin..Liya mesti ingat abang ada hubungan istimewa dengan Maria..tapi kenyataannya tak..Cuma abang terlupa yang abang dah berada di Malaysia dan abang ada Liya yang masih belum biasa dengan cara kami di sana..maafkan abang ya?..abang janji..abang tak akan berkelakuan macam tu lagi.."ujar Eddie panjang lebar.Tangisan Eliya sudah semakin reda.
"Cuma satu abang tak puas hati.."ujar Eddie lagi.
"apa dia?.."tanya Eliya.
"abang tak nak Liya buat apa yang abang buat..abang tak nak Liya bermadu mesra dengan Zafril lagi.."
"kenapa? abang cemburu?"usik Eliya sambil tergelak kecil.
"mesti la..tahu tak macam mana terbakarnya hati abang masa tengok Zafril peluk Liya..rasa macam nak siat-siat je kulit dia..abang pun susah payah nak peluk Liya..dia senang-senang je dapat peluk free.."balas Eddie sambil berkerut-kerut dahinya tanda sedang menahan geram.Panas di hati Eliya sudah semakin sejuk.Perlahan tangan Eliya melingkari pinggang Eddie.
"habis tu..kenapa abang buat macam tu pada kak Maria?..abang ingat abang je ke yang cemburu?..Liya tak rasa?..macam tu?.."
"ye la..ye la..tapi kan..kalau Liya cemburu..maksudnya..Liya cintakan abang la..ya?"usik Eddie.Pipi Eliya sudah mula memerah.
"entah..abang rasa?.."soal Eliya manja.
"hisy..Liya ni..saja je tau..main-mainkan abang..kalau cinta tu cakap la..jangan la diamkan..nanti diri sendiri yang terluka..cuba sekali-sekala Liya buktikan cinta Liya pada abang..jadi abang ni sentiasa boleh ingat yang Liya tu cintakan abang juga dan abang tak bertepuk sebelah tangan..sayang tahu tak abang dah kempunan nak bukti cinta Liya tu..lagi dua hari je kita kat sini..tapi abang still tak dengar lagi kata-kata cinta dari Liya.."ujar Eddie manja sambil mengemaskan rangkulannya di pinggang Eliya.Eliya tersenyum malu.
"betul ni..abang nak Liya buktikan?.."tanya Eliya malu-malu.
"eh mesti la.."balas Eddie nakal.Eliya terus memegang kedua belah pipi Eddie lalu merapatkan wajahnya ke wajah Eddie.
"ini bukti cinta Liya pada abang..I love you so much Mr.Eddie Ryqarl"bisik Eliya ditelinga Eddie sebelum bibir mereka bersatu.Mereka dalam keadaan begitu buat seketika sebelum Eddie mencepung Eliya masuk ke dalam bilik mereka.
"eh..abang..Liya masih bawah umur la..macam mana kalau Liya mengandung?.."ujar Eliya perlahan ketika diletakkan ke atas katil.
"tak apa..insyallah..tak.." ujar Eddie nakal sebelum menutup suis lampu bilik tidur mereka.Malam itu dengan rasminya Eliya Raihanna telah menjadi milik Eddie Ryqarl sepenuhnya atas nama cinta yang suci dan halal.
YOU ARE READING
Jangan !!! Dia Suamiku
RomanceTareti buat sinopsis  ̄︿ ̄ Baca jela kalau nak tau kisah hahaha ≧▽≦ Selamat Membaca. ♡