Eliya masuk ke bilik kembali selepas beberapa minit mengambil udara di beranda rumah.Niatnya yang sebenar adalah untuk mengelak dari bertentang mata dengan Eddie.Hubungan mereka sejak akhir-akhir ini bagaikan amat kekok walaupun sebelum ini Eliya dan Eddie amat rapat bagai adik beradik namun sejurus selepas Eddie sah menjadi suami Eliya,hubungan mereka bagaikan pasangan yang baru berkenalan.Ketika Eliya masuk ke bilik kelihatan Eddie sudah siap mandi dan sedang duduk menghadap laptopnya di sofa.Eliya mengambil tempat disebelah suaminya.Eddie hanya memandang Eliya lalu memberikan senyuman menawannya."Liya tak siap lagi ke?..majlis kita mula pada pukul 12.30 tengah hari kan?"
"ye..tapi Liya tengah tunggu mak andam sampai ni..erm..kalau macam tu abang siap dulu la.."
Beberapa saat kemudian kedengaran pintu bilik diketuk.
"Liya..cepat keluar sayang..mak andam dah sampai ni.."ujar Puan Marina dari luar pintu.
"okay..mommy..erm..abang Liya siap dulu ya..abang pula jangan asyik layan FB je..cepat siap..pakai hensem-hensem tau..hehehe.."
"eleh..Liya ni..macam tak tau pula..abang ni memang dah hensem semulajadi tau.."
Eliya mencebik lalu keluar.Eddie hanya menggelengkan kepala.Liya..Liya..macam budak-budak.
Beberapa jam kemudian..
Eddie sudah penat menunggu di ruang tamu.Berkali-kali dia meminta izin untuk melihat isterinya di bilik berasingan namun mak nyah yang menyiapkan Eliya asyik melarang.Tiba-tiba pintu bilik terkuak.Eddie terpegun sehingga tidak berkelip matanya melihat Eliya yang bagaikan bidadari berpakaian gaun ala-ala barat namun sopan.Eliya jadi malu apabila dipandang Eddie sebegitu sekali.Encik Harun menepuk bahu Eddie lalu berdehem.
"aik..nampak bidadari ke Eddie sampai tak berkelip papa tengok kamu ni.."
"eh..m..m..mana ada papa..heheh.."Eddie sudah termalu sendiri.Mana tidaknya hampir semua mata memandang kearahnya yang terpegun melihat Eliya.Tu la susah juga kalau isteri cantik sangat nanti suami dah tak tentu arah.Hehehe..
"Semua dah sedia kan?..jom kita bertolak sekarang.."ujar Encik Farid kepada mereka semua.Sepanjang perjalanan Eliya memegang tangannya sendiri bagi mengawal perasaan sendiri.Eddie yang ternampak tindakkan Eliya segera memegang tangan Eliya.Eliya memandang ke arah Eddie.
"Liya nervous ke?"tanya Eddie.Eliya hanya mengangguk sambil tersenyum kelat.
"kalau macam tu tak apa..kita hadapi semua ni sama-sama..okay?..abang kan superman Liya sekarang..jadi abang kena la lindungi Liya dari semua jenis kerisauan yang menganggu Liya..betul tak?.."ujar Eddie sambil mencuit hidung Eliya yang duduk di sebelahnya.Eliya hanya senyum lalu segera menundukkan muka apabila perasan bahawa gelagat mereka sedang diperhatikan oleh ibu mertuanya yang duduk di kerusi hadapan kereta melalui cermin tepi kereta.Puan Naimah tersenyum meleret.
"amboi..mesra sungguh..ummie dengan ayah kat depan ni pun dah tak Nampak lagi.."usik Puan Naimah.
"mestilah ummie..isteri tercinta kan..takkan depan orang nak cover-cover kot perasaan cinta kita pada dia..betul tak sayang?"soal Eddie kepada Eliya lalu mengucup lembut tangan gadis itu.Eliya terasa malu yang teramat.Namun perasaan malunya diletak tepi namun ayat Eddie sebentar tadi lebih mengoncang hatinya. 'Eddie cintakan aku?..tak mungkin secepat itu..tapi adakah itu ikhlas atau lakonan semata-mata untuk menyenangkan hati ummie dan ayah?..ahh..biar masa yang menentukan segalanya..'.Puan Naimah tersenyum penuh makna sambil memandang Encik Farid di sebelah.Encik Farid mengucapkan rasa syukur kerana dia tahu anaknya ikhlas tentang apa yang diucapkan.Bukan sehari Eddie tinggal bersama mereka jadi mereka dapat tahu tentang keikhlasan Eddie melalui gaya dan antonasi anak lelaki tunggal mereka itu.Eliya termenung ke luar tingkap walaupun Eddie masih mengenggam tangannya.Tiba-tiba telefon Eliya berbunyi tanda ada pesanan masuk.Eliya membuka pesanan tersebut dan terlihat ayat yang dikirimkan oleh seseorang yang bisa membuat hatinya serba salah tentang apa yang dilakukannya kini.
YOU ARE READING
Jangan !!! Dia Suamiku
RomanceTareti buat sinopsis  ̄︿ ̄ Baca jela kalau nak tau kisah hahaha ≧▽≦ Selamat Membaca. ♡