2

15.1K 507 2
                                    


Dua tahun kemudian...

Eliya tunggu di hadapan dewan sekolah Eddie..Eddie memegang tangan Eliya.

"Liya..Eddie takut la..macam mana kalau result Eddie teruk?.."ujar Eddie kepada Eliya.

"la..apa nak takut Eddie kan dah jawab dah soalan SPM tu..tanggung je la kalau gagal pun.."balas Eliya selamba.Sebenarnya dia yakin bahawa Eddie bakal memperolehi keputusan yang baik namun sengaja dia mengusik Eddie dengan berkata begitu.

"Liya ni..Eddie potong lidah tu karang baru tahu.."ujar Eddie geram kerana dia amat mengharapkan kata-kata semangat dari Eliya namun lain yang didengarinya.Ketika Eddie sibuk bercakap dengan Eliya,beberapa orang rakan Eddie datang lalu menepuk bahu Eddie lembut.

"eh..Ed..awek kau eh ni?.."usik Joe rakan Eddie.

"tak la..ni sepupu merangkap adik aku..kenapa?.."tanya Eddie kepada Joe.

"la ye ke..baru ingat nak ngorat..dah kau kata adik kau..cancel la.."ujar Zoey.Eddie,Joe dan Zoey merupakan rakan karib sejak Eddie belajar di tingkatan 3 lagi namun mereka tidak pernah mengenali Eliya kerana Eliya bersekolah di sekolah rendah manakala Eddie pula di sekolah menengah.

"adik kau nama siapa?.."tanya mereka berminat.

"nama dia Eliya Rihanna..baru masuk tingkatan 1..takkan kau minat kot.."ujar Eddie.Bukan dia tak tahu rakannya berdua ini memang sudah mendapat cap iaitu 'play boy'terkenal di seluruh sekolah sehingga pernah sekali mereka tertangkap berdating dengan cikgu praktikal di sekolah mereka.Mujurlah cikgu itu bertanggungjawab atas segala kesalahan jika tak pasti mereka akan dihukum.Beberapa minit kemudian nama Eddie dipanggil untuk penyerahan slip peperiksaan SPM.Ternyata sangkaan Eliya tidak meleset sama sekali kerana Eddie Berjaya memperoleh kejayaan dalam SPM..

"Eddie tahniah..awak memperolehi kejayaan dengan cemerlang dalam SPM.."ujar guru Eddie yang gembira.Eddie sangat gembira lalu memeluk Eliya.

"Liya..Eddie dapat result 'superb'"ujar Eddie.Eliya juga turut gembira.Eddie kemudiannya melepaskan pelukan lalu menarik Eliya keluar dari dewan.

"eh..nak pergi mana ni..inform la dulu kat mommy and ummi yang Eddie nak bawak Liya jalan-jalan.."ujar Eliya.

"tak pe..nanti Eddie call diorang..buat masa sekarang.. jom..Eddie bawak Liya makan..biar Eddie yang belanja.."ujar Eddie senang.Eliya mengangkat ibu jarinya tanda setuju lalu mereka menaiki teksi untuk ke destinasi mereka.

Selepas selesai makan tengah hari,mereka pulang ke rumah mereka.Sepanjang perjalanan Eliya hanya mendiamkan diri.Eddie perasan akan perubahan Eliya.

"Liya..kenapa ni?..Liya tak happy ke Eddie dapat result bagus?.."tanya Eddie.

"Liya happy sangat Eddie..tapi masalahnya.."

"masalahnya apa?.."

"kalau Eddie dapat tawaran pergi luar negara macam mana?..siapa nak jaga Liya macam Eddie jaga Liya time sekolah dulu?..siapa nak tolong Liya kalau Liya kena marah dengan ummi,mommy atau cikgu?..Liya tak nak Eddie tinggalkan Liya..Eddie la satu-satunya abang Liya.."ujar Eliya yang sudah mula sebak.

"Liya..jangan la macam ni..kalau Liya rasa macam tu..Liya kena la belajar pandai-pandai..mana tahu Liya dapat belajar kat luar negara dengan Eddie.."

"erm..doakan Liya ye Eddie..kalau Eddie pergi mana-mana pun Liya tetap sayang Eddie sebab Eddie la abang yang paling baik dan lembut sangat..sama macam gula kapas.."ujar Eliya sambil tersenyum.

"ada pula samakan Eddie dengan gula kapas.."

"hahaha..mestilah..Eddie macam tak tahu yang gula-gula kapas tu adalah gula-gula kegemaran Liya..dan bila Liya gembira atau sedih gula kapas je yang boleh membantu Liya..sama macam Eddie.."ujar Eliya sambil menepuk bahu Eddie.Eddie terharu dengan ayat Eliya lalu mengusap rambutnya.

"Eddie sayang sangat adik Eddie ni..Liya nanti selalu-selalu la lawat Eddie nanti ya.."ujar Eddie.Eliya tersenyum lalu menangkat ibu jarinya tanda 'beres'..

Jangan !!! Dia SuamikuWhere stories live. Discover now