Eliya melambai-lambai dihadapan Eddie bagi menyedarkannya dari lamunan.Eddie tersentak buat seketika.
"eh..Liya..dah ambil result belum?.."soal Eddie sedikit terpinga-pinga.Eliya hanya menepuk dahi melihat suaminya yang kuat mengelamun sejak akhir-akhir ini.Rabiatul dan Farouk turut menggelakkan Eddie.
"abang ni!!..dari tadi Liya cakap kat abang pasal result Liya..abang tak dengar la ye?.."soal Eliya dengan perasaan geram.Mana tidaknya sejak tadi dia begitu bersemangat menceritakan tentang keputusan peperiksaannya namun tidak didengari oleh Eddie.
"eehh..sayang tadi ada cakap kat abang eyh?.."soal Eddie sambil tersengih.Eliya sudah menarik muncung panjang lalu membelakangkan Eddie tanda dia sedang merajuk. 'alamak..isteri aku dah merajuk la pula..'hati Eddie berkata-kata.Eddie memandang kearah Rabiatul dan Farouq yang sejak tadi menjadi penonton drama sebabak itu.Keningnya diangkat sebelah kearah Rabiatul namun Rabiatul hanya mengangkat bahu tanda dia tidak mahu masuk campur dalam urusan suami isteri itu.
"ala..sayang jangan la merajuk..tak baik tau buat macam ni kat abang..kesian abang..kalau sayang marah kat abang nanti baby lahir pun mesti dia marah kat daddy dia ni.."ujar Eddie meminta simpati.Eliya mengerutkan dahinya. 'eh..ada kaitan ke kalau aku merajuk dengan baby?..ahh..maafkan aje la..aku pun dalam mood baik sebenarnya ni..'hati Eliya berkata-kata.Akhirnya dia memandang Eddie dengan senyuman diwajah.
"hah..macam tu la sayang abang ni..so macam mana result?.."soal Eddie dengan perasaan ingin tahu.Eliya tersenyum lalu menghulurkan sehelai slip kepada Eddie.Eddie meneliti slip tersebut sebelum matanya membulat dengan tersenyum lebar.
"wow..9A+..biar betul ni sayang?!..are you sure?..ke mata abang yang rosak ni?.."soal Eddie seakan-akan tidak percaya dengan keputusan Eliya.
"hello..ingat abang seorang je ke yang pandai?..see the leg la..ni Liya, okay?.."ujar Eliya sambil tersenyum bangga.Eddie,Farouq dan Rabiatul hanya tergelak melihat gelagat Eliya.Sedang mereka berempat bergelak ketawa,dua orang pelajar datang kearah mereka.
"hai,cikgu Eddie..lama tak jumpa.."ujar salah seorang dari mereka.
"eh..Mastura,Firzana..apa khabar?..macam mana result?..okay?.."soal Eddie.Eliya sudah berpeluk tubuh melihat gelagat dua orang gadis yang agak mengada-ngada dihadapannya itu namun dia berlagak selamba kerana rahsia perkahwinannya bersama Eddie belum lagi terbongkar di sekolah mereka oleh itu dia terpaksa meneruskan lakonannya walaupun hatinya panas.
"khabar baik cikgu..erm..result kami..okay cikgu..hah..by the way..malam ni kami bekas murid-murid form 5 nak buat jamuan sikit..cikgu datang la ye?..please.."ujar Mastura seakan-akan merengek.Eliya sudah mengepal penumbuknya namun dia hanya senyum melihat mereka berdua. 'hisy..budak dua orang ni..aku nampak dia besar kecil je depan mata aku ni..nanti ada juga yang kena telan hidup-hidup dengan aku ni..'hati Eliya berkata-kata.Eddie terdiam seketika.
"ala..cikgu tak payah la fikir lama sangat..lagipun esok kan sabtu..apa salahnya kalau cikgu join kami..betul tak Eliya?.."ujar Firzana.
"eh..betul..betul sangat.."jawab Eliya dengan senyuman yang dibuat-buat.
"erm..kalau macam tu..okay la..nanti saya datang kalau sempat.."ujar Eddie.Mastura dan Firzana menepuk-nepuk tangan tanda mereka gembira dengan apa yang dikatakan Eddie.
"okay cikgu..mesti datang tau..kami tunggu kehadiran cikgu..kalau tak datang siap la..kami cari cikgu..by the way..ni alamatnya.."ujar Mastura sambil menghulurkan sekeping kertas yang tertulis maklumat mengenai jamuan tingkatan lima yang akan diadakan disebuah hotel namun semasa menghulurkan kertas tersebut,Mastura sengaja menyentuh tangan Eddie sambil tersenyum manis.
"insyallah...kalau saya tak busy nanti saya datang.."balas Eddie mesra. 'amboi..bukan main lagi kau nak ngorat laki aku eyh..nanti kau..tengok la apa aku buat kat kau..'hati Eliya bermonolog sendirian.Tiba-tiba dia memegang kepalanya dan dia seperti tidak dapat mengimbangkan badan dan hampir terjatuh menyebabkan Eddie pantas memeluk bahu Eliya menyebabkan Mastura tercengang melihat perlakuan Eliya dan Eddie. 'mak ai..biar betul Eliya ni..dengan bekas cikgu pun dia nak ngorat juga ke?..agak-agak la..aku yang nak..dia pula yang sibuk..'hati Mastura berkata-kata.Firzana yang berdiri disamping Mastura juga terkejut dengan apa yang dilihatnya namun Farouq dan Rabiatul sudah tersenyum simpul.Mereka seperti sudah dapat mengagak bahawa Eliya sudah cemburu dengan perlakuan Mastura terhadap suaminya.
"Liya..are you okay?.."soal Eddie risau melihat keadaan Eliya yang sudah terduduk lemah dibangku berdekatan.Eliya hanya mengangguk perlahan dengan dahi berkerut. 'nampaknya lakonan aku dah menjadi..baby..maafkan mama..mama terpaksa tipu untuk selamatkan daddy..nanti baby dah besar jangan jadi macam mama tau..'hati Eliya berkata-kata sambil perlahan perutnya diusap.Eddie memandang kearah Mastura dan Firzanan yang masih berdiri disamping mereka berempat.
"okay la Mastura,Firzana..nanti malam ni tengok dulu la keadaan macam mana..kalau sempat saya datang,insyallah.."
"erm..okay..bye semua..take care,Eliya.."ujar Mastura kepada mereka yang berada disitu sebelum mereka semua beredar.Eliya masih meneruskan lakonannya dengan menekup mulutnya seperti ingin muntah.Eddie sudah kelihatan panik.
"Liya..jom la abang hantar Eliya balik.."ujar Eddie.
"tapi Liya bawak kereta tadi macam mana?.."
"tak apa..nanti Farouq hantar kereta kau tu..aku pun nak singgah rumah kau juga..jumpa mak korang.."ujar Rabiatul.Eliya hanya mengangguk sebelum menyerahkan kunci keretanya kepada Farouq lalu dia dan Eddie berlalu ke kereta BMW milik Eddie.Rabiatul memandang Farouq lalu mereka berdua tergelak.
"Eliya tu bagus kan kalau jadi pelakon?..memang jadi la lakonan dia tadi.."ujar Rabiatul.
"erm..tapi kalau awak buat macam tu kat saya nanti lepas kita kahwin..siap la awak.."ujar Farouq.
"hisyy..awak belum tengok lagi lakonan saya..saya ni la yang ajar Eliya ilmu lakonan tu.."ujar Rabiatul sambil tergelak jahat.
"ada-ada aje awak ni la..dah jom..nanti lambat pula kita nak pergi date.."
"amboi..ngada-ngada..dah la jom.."balas Rabiatul sebelum mereka berdua berjalan beriringan ke kereta masing-masing.*************************
Eddie mamandang kearah Eliya yang sejak tadi mendiamkan diri sambil merenung ke luar tingkap.Eddie dapat rasakan bahawa isterinya itu sedang merajuk.Perlahan tangannya mencapai tangan Eliya namun Eliya masih mendiamkan diri dan tidak memandang kearahnya.
"sayang..kenapa ni?..sayang marah kat abang ke?..sorry la kalau sayang masih marah sebab abang lambat tadi..abang meeting la sayang..I already tried my best to come as soon as possible..sorry la.."ujar Eddie namun Eliya masih kaku.Tangan Eddie diletakkan ke perut Eliya.
"baby..tengok mama ni..dia merajuk dengan daddy..baby tau tak kenapa mama merajuk?.."soal Eddie.Eliya menolak tangan Eddie perlahan.Eddie memberhentikan keretanya dibahu jalan.
"Liya kenapa ni?..cuba cakap dengan abang.."ujar Eddie memujuk. 'alamak..mak buyong ni dah merajuk la pula..darurat ni..'hati Eddie berkata-kata.Eliya memandang Eddie dengan wajah masam mencuka.
"baby cakap mama dia merajuk sebab daddy dia tu mengatal dengan kawan mama dia.."balas Eliya acuh tak acuh.Eddie menahan gelak mendengar apa yang dikatakan oleh Eliya.Sejak Eliya mengandung,perangainya lebih kebudak-budakan bebanding sebelum ini dan yang pastinya dia cepat merajuk dan terasa hati dengan sesiapa sahaja terutamanya Eddie.
"ohh..ye ke..baby..boleh tak baby cakap dengan mama jangan merajuk..sebab bukan daddy yang mengatal..daddy dah bersara la dari jadi Casanova..kan daddy dah nak jadi ayah baby..buat apa lagi nak mengatal.."ujar Eddie.Eliya menjengkelkan matanya kepada Eddie.
"habis tu..kenapa abang biar aje Mastura tu pegang tangan abang depan Liya tadi?..sakit hati saya tau.."ujar Eliya.
"alolo..sorry la..lain kali abang tak buat lagi eyh..lagipun Mastura tu yang melampau..abang tak sangka pula dia nak sentuh tangan abang tadi..kesian la kat abang ni..abang teraniaya tau.."ujar Eddie dalam nada sedih yang dibuat-buat.
"erm..ye la tu..kali ni Liya maafkan..lain kali..tiada maaf bagi mu..okay?.."ujar Eliya sambil tersenyum.
"macam tu la isteri abang yang paling dicintai ni.."balas Eddie sambil mencubit pipi Eliya.
"abang!!..sakit la.."
"hisyy..Liya jangan la jerit..terkejut baby.."
"tak ada kena mengena pun abang..lagipun baby kita ni kecil lagi..tak ada makna dia nak terkejut.."
"ye la..ye la..dah jom balik..kesian pula kat Abby dengan Farouq sebab kena tunggu kita lama.."ujar Eddie sebelum menyambung perjalanan mereka ke rumah ibu bapa mereka.Beberapa minit kemudian Eliya dan Eddie tiba dikediaman ibubapa mereka.Kelihatan kereta milik Eliya dan sebuah kereta lagi sudah berada diluar rumah.
"assalamualaikum.."Eliya dan Eddie memberi salam serentak.
"waalaikumsalam.."jawab Rabiatul dan Farouq serentak.Eliya mengambil tempat disebelah Rabiatul yang sedang tersengih-sengih memandangnya.Eddie turut mengambil tempat disebelah Farouq yang duduk disofa berdekatan dengan dua orang wanita itu.
"yang kau duk sengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa?.."soal Eliya pelik.Rabiatul mencubit lenganEliya manja.
"kenapa tak story mory kat aku yang kau tu mengandung?..kuang asam garam betul ek kau ni.."ujar Rabiatul.
"nak story apanya Abby..si Liya tu asyik duk uwek-uwek je setiap pagi..mana ada masa nak beritahu kawan-kawan dia.."kedengaran suara dari ruang dapur.Puan Marina datang dengan menatang dulang yang berisi minuman dan sedikit makanan.
"eh..makcik..susah-susah je.."ujar Rabiatul sambil tersenyum.
"tak ada susahnya..cuma Mee Goreng je..memang pakcik kamu dah beli pun dari tadi.."ujar Puan Marina.Tiba-tiba Eliya menekup mulutnya lalu berlari masuk ke dalam bilik.Puan Marina memandang Eddie pelik.
"eh..bini kamu tu bukan suka Mee Goreng ke?.."ujar Puan Marina pelik.
"mommy..Liya tu kan sejak akhir-akhir ni selera dah pelik..dia tak tahan bau Mee Goreng tu la.."ujar Eddie sambil bangun dan masuk ke bilik melihat keadaan isterinya.Puan Marina membuat muka tidak bersalah.
"maklum la Abby..makcik ni tak biasa sangat dengan orang mengandung ni..dulu masa mengandungkan Eliya tu tak ada pula muntah-muntah macam dia tu.."ujar Puan Marina.Rabiatul dan Farouq hanya tergelak kecil.
"biasa la tu makcik..first time mengandung.."balas Rabiatul sambil tersenyum simpul apabila Farouq memandangnya dengan pandangan penuh makna..
YOU ARE READING
Jangan !!! Dia Suamiku
RomanceTareti buat sinopsis  ̄︿ ̄ Baca jela kalau nak tau kisah hahaha ≧▽≦ Selamat Membaca. ♡