Tiga hari kemudian..Eliya dan Rabiatul masuk ke sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang terletak berhampiran dengan apartment mereka.Hari ini merupakan hari pertama Eliya dan Rabiatul akan bekerja disitu sebagai guru separuh masa.Sejurus mereka masuk ke kawasan pusat jagaan kanak-kanak itu,kelihatan ruangan yang memaparkan beberapa hasil lukisan yang comel dan sukar untuk ditafsir memandangkan si pelukisnya masih kecil dan penuh dengan daya imaginasi. 'kalau baby aku masih ada..pasti kami sedang menanti kelahirannya dengan penuh teruja..ya allah..Liya..apa yang kau fikir ni..kan ajal maut itu ditangan tuhan..'hati Eliya berkata-kata.Tiba-tiba mereka disapa oleh seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an.
"hi..you're Eliya and Abby,right?.."soal wanita itu ramah.
"yeah..we're the new teachers..yesterday we came for the interview and they said we'll start our job today.."ujar Eliya.Wanita itu tersenyum sambil menangguk-angguk.
"that's right..I'm Lilya..Mrs.Lilya.."beritahu wanita itu lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman.Eliya dan Rabiatul menyambut salam itu dengan senyuman yang sentiasa menghiasi bibir mereka.
"come..I'll bring you to meet your student.."ujar Lilya ramah.Eliya dan Rabiatul mengekori Lilya dengan wajah teruja.Mereka bakal mendapat pengalaman baru lagi.Eliya tersenyum tatkala terlihat seorang kanak-kanak yang sedang leka melukis. 'Kalau baby aku dulu masih hidup..mesti aku bakal mendapat anak yang secomel itu..'hati Eliya berkata-kata sayu.
Sejurus pemandu teksi memberhentikan teksinya,Eddie keluar dari teksi tersebut.Dia memandang bangunan apartment setinggi enam tingkat dihadapannya.Dia melihat kembali kertas yang tertulis alamat kediaman Eliya di Perth. 'disinilah tempat tinggal Eliya..huh..Eddie..kuatkan semangat!..'hati Eddie berkata-kata sebelum dia menekan butang lif.Beberapa minit kemudian,Eddie tiba dihadapan pintu apartment yang didiami oleh Eliya.Loceng ditekan.Beberapa minit kemudian kelihatan seorang gadis yang bermuka cina membuka pintu dengan wajah seperti baru bangun tidur.
"yes..may I help you?.."soal gadis itu sambil menguap.
"Is Eliya's staying here?.."soal Eddie kepada gadis itu.Serta merta mata gadis itu segar.
"yeah..but who are you?.."
"ooh..glad to know that..actually I'm a friend from Malaysia..can I meet her now?.."soal Eddie dengan senyuman nipis.
"ouw..sorry..but she's not here..but you can meet her at her work place.."ujar gadis itu ceria.
"can you give me the address?.."soal Eddie lagi.
"sure.."ujar gadis itu lalu mencatit sesuatu dikertas yang diberikan oleh Eddie sebelum Eddie bergegas ke tempat yang diberitahu.
"Liya..aku kena jumpa seseorang la..kau balik dengan Albert,boleh?..aku dah call dia tadi.."beritahu Rabiatul selepas mereka tamat waktu bekerja.
"huh..alaa..kau nak jumpa siapa?..segan la nak naik kereta berdua dengan Albert.."balas Eliya dengan wajah sedih.
"sorry la..tapi si Dean tu..tiba-tiba cakap nak jumpa sebab nak pinjam nota aku..nanti aku balik dengan dia aje la..kau pergi dulu eh..kau macam tak biasa aje dengan si Albert tu..sorry la sayangku..okay la got to go..daa!.."ujar Rabiatul lalu melambaikan tangannya kepada Eliya sebelum beredar.Eliya mengeluh perlahan lalu berjalan menuju ke perhentian bas yang terletak dihadapan pusat jagaan kanak-kanak tersebut.Jam dipergelangan tangannya dilihat sudah menunjuk ke angka 5 petang.Eliya melihat ke kiri dan kanannya,tiada siapa disitu.Sekali lagi Eliya mengeluh.
"kalau asyik mengeluh aje..macam mana rezeki nak masuk.."tiba-tiba terdengar suara garau disampingnya.Suara itu kedengaran amat rapat ditelinganya namun bukan itu yang membuat Eliya tergamam,suara itu amat dikenalinya. 'Itu suara dia!..buat apa dia datang sini..'hati Eliya sempat bermonolog sebelum dia mengangkat wajahnya untuk merenung wajah yang amat dirinduinya itu.Matanya membulat.
![](https://img.wattpad.com/cover/54019248-288-k860090.jpg)
YOU ARE READING
Jangan !!! Dia Suamiku
RomanceTareti buat sinopsis  ̄︿ ̄ Baca jela kalau nak tau kisah hahaha ≧▽≦ Selamat Membaca. ♡