BAB 1

27.4K 570 7
                                    

Cuti sekolah pada hujung tahun telah melabuhkan tirainya.Kini,tahun baru bersama azam yang baru.Dan..siap sedialah untuk bertarung pada tahun ini!

Tahun ini merupakan tahun yang paling mendebarkan bagi semua yang bergelar pelajar terutama Qasrina.Peperiksaan yang amat penting bagi setiap manusia akan die hadapi hujung tahun ini (SPM).Sedar atau tidak,sudah lima tahun die menimba ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya,Presint 9.

Seperti tahun-tahun yang lepas,tepat jam 4:00 pagi,Qasrina akan bangun dari tidur nya.Die akan mengulang kaji sedikit pelajaran-pelajaran yang agak rumit dan memeningkan.Selepas itu,die akan mandi dan terus menunaikan solat Subuh.

"Rina..dah bangun ke belum tu?", pintu bilik di ketuk beberapa kali oleh Puan Maizurah,ibu kepada Qasrina.

"Dah..tengah siap ni.Nanti Rina turun", jerit Qasrina dari dalam bilik.Tudung sekolah putih yang sudah berada di kepalanya di betulkan.

'Goodluck,Rina.Ni awal tahun.Letak azam elok-elok.In shaa Allah'.Qasrina berkata dalam hati.

"Ummi..dah siap masak?",soal Qasrina sebaik sahaja kakinya melangkah ke arah dapur.Die mengambil tempat di sebelah abangnya,Qhalif yang juga sedang menikmati sarapan pagi.

Dah lah anak dara oii.Lagi mahu tanye ke?siap beres dah ni ummi sediakan", segelas susu di hulurkan pada anak gadisnya.

Qasrina menyambut huluran tersebut dengan senyuman."Ohh..hehehe", air susu di teguk.

"Nie..pergi sekolah tu belajar betul-betul.Jangan asyik nak berangan je.Sibuk fikir pasal boyfriend", Qhalif bersuara tiba-tiba.Wajah Qasrina di sebelah nya di pandang sekilas.

Mujur tidak tersedak air susu di dalam mulutnya.'Tapi bila di fikirkan balik,elok jugak kalau tersembur air susu ni dekat muka along ni.Cakap sesedap rasa je.Kite masih single,okay?'.

"Nak berangan ape nya,along?Rina pergi sekolah belajar.Bukannya nak berangan atau bercinta.Rina ni boyfriend pun tkde tau", Qasrina bangga seketika.Roti bakar di hadapannya di capai.

"Eleh..ye lah tu?entah-entah pakwe keliling pinggang", Qhalif sekadar mengusik.Die tahu yang adik perempuan nya ini pantang di usik,kalau tidak pasti die akan melenting.

"Amboi..sakit hati lah cakap dengan along ni.Orang dah cakap takde pakwe tapi tak nak percaya", Qasrina mencebik.Tapi..cebik-cebik die pun,dua keping roti bakar dah selamat masuk dalam perut.

"Muncung lah muncung.Ingat elok sangat lah tu?kalah platipus dekat belakang rumah", spontan tangan Qhalif menarik muncung Qasrina.Qasrina menepis tangan itu.

"Don't touch-touch,okay?ni..nak tanye.Sejak bila belakang rumah kite ade platipus?iguana pun tak ade.Yang ade ayam,monyet dari rumah Pak Wahab dengan tu..kucing rumah Encik Azroy tu.Misai..strawberry ke ape namanya?", Qasrina bersoal sendiri.Kepalanya di garu berkali-kali.

Qhalif menggeleng.Adiknya pada waktu pagi memang terlebih blur sikit.

"Michelle Rosebery lah.Suke hati je bagi nama Misai Strawberry kat binatang tuh.Kan dah cacat namanya.Nie lain kali,kalau nak cakap pasal Encik Azroy,perlahan lah sikit.Nanti kalau die kat sebelah ni dengar macam mane?", kepala Qasrina di sekeh.

Qasrina memegang kepalanya.'Aouch!bisa juga sekehan die ni'.

"Macam tu lah.Alah,lagipun Encik Azroy tu letak nama yang complicated sangat.Macam lah kucing tu lahir dekat luar negara.Kan kucing tu lahir d
ekat Malaysia.So,bagi je lah nama Minah ke,Ros ke,Kiah ke kan?baru nampak Malaysian sikit", bebel Qasrina panjang lebar.

"Hah!ye lah.Suke hati je nak bagi nama orang dekat binatang.Cube along bagi nama 'Qasrina' ni dekat tikus mondok.Rasa macam mane?", Qhalif membuat muka serius.

Sekali lagi,Qasrina mencebik.'Gurau pun nak amik serius!payah lah dapat abang yang belajar universiti ni.Semua salah'.

"Perlu ke sampai tikus mondok?lain takde?", Qasrina membalas dengan muka bosan.

"Ehh,okay ape tikus mondok.Dari along bagi badak air,tapir dan yang seumpama dengannya macam mana?",

Qasrina geram.Matanya yang sudah semula jadi kecil di kecilkan lagi.

"Ish!takpe..tak nak kawan along", Qasrina memalingkan wajahnya dari memandang Qhalif.

"Along tak kisah pun",

Puan Maizurah melangkah masuk ke dalam dapur.Dari ruang tamu lagi sudah dengar dua orang anaknya ini bergaduh."Ape lah bising-bising ni?dari luar tu ummi dengar",

"Along ni,hah!mengada!", jelingan di hadiahkan buat Qhalif manakala Qhalif menjelirkan lidah.Heish!umur dah 24 tahun tapi perangai masih childish!

"Dah..makan cepat", arah Puan Maizurah.

"Ummi..rumah sebelah Encik Azroy ni dah ade orang pindah eh?", tiba-tiba Qhalif menyoal ibunya yang sedang membasuh pinggan mangkuk.

"Ummi rase dah.Sebab haritu ummi ade nampak lori yang bawak barang-barang rumah parking depan rumah tu",

"Ohh..ade new neighbour lah kite ni", Qhalif tersenyum.

Qasrina hanya mendengar sahaja perbualan abang dan ibunya.'Makan lagi bagus'.Sedar atau tidak,sudah hampir lima keping roti bakar di sumbat ke dalam mulutnya.

**bersambung di bab seterusnya**

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now