BAB 33

7.7K 297 2
                                    

QASRINA yang sedang sibuk menyusun koleksi baju-baju pengantin ke dalam almari berpaling apabila bahu nya dicuit seseorang.

"Ada apa,Nur?",soal Qasrina pada salah seorang pekerja butik di situ yang dikenali sebagai Nur.

Sambil senyum,Nur menjawab "Ada clients datang kat depan.Nur tak boleh layan sebab Nur kena uruskan clients lain kat atas.Boleh Rina tolong layan?",

"Ohh..boleh sangat.Takpelah,Nur pergi lah layan clients kat atas.Biar Rina layan yang kat depan",

Nur mengangguk sebelum dia mendaki anak tangga.Hari ni ramai pula pelanggan yang datang ke butik.Tapi kebanyakan nya mencari barang di tingkat atas.Pekerja ada tiga orang je.Lyn pula sudah keluar seperti semalam.Tak sangka jadi owner butik pun sibuk jugak.

Qasrina terus mengatur langkah ke bahagian depan butik.Kelihatan di situ seorang wanita yang cantik berjubah moden dan lilitan shawl di kepala nya sedang duduk sambil membelek majalah di atas meja.

"Ye cik,boleh saya bantu?", Qasrina tersenyum.Wanita di hadapan nya mengangkat muka.Dia juga tersenyum seperti Qasrina.

Qasrina memandang wajah wanita di hadapan nya.Muka itu macam pernah dilihat.Tapi dia lupa di mana dan pada waktu bila.

"Saya nak cari baju wedding.Kat mana ye?", suara wanita itu lembut.Sesuai dengan perwatakan nya.Senyuman di wajah nya juga amat manis.Jika Qasrina berjantina lelaki,pasti dia dah ngorat wanita ini.

"Baju wedding?sila ikut sini", Qasrina membawa wanita yang dalam lingkungan 20 an itu ke bahagian koleksi baju pengantin.

Wanita itu seperti terpegun dengan koleksi baju-baju di hadapan nya.Cantik.Berwarna warni dan pelbagai design.

"Wedding cik ke?", soal Qasrina.Ye lah,manalah tahu kut-kut dia cuma datang nak survey baju untuk pengantin.Macam lah tak pernah berlaku.

"Panggil saya Nia je.Ye..ni wedding saya",

"Oh,baju cik Nia warna apa?saya boleh tolong cari kan", Qasrina memperlawa diri nya untuk membantu wanita yang bergelar Nia itu.Sebab dia tengok Nia macam datang sorang je.Tanpa bakal suami atau pun ahli keluarga.

"Wedding saya warna biru.Tapi yang putih kat sana tu pun cantik jugak.Boleh tolong amikkan dress biru dengan putih yang kat hujung tu?", Nia menunjuk pada sebuah gaun biru yang terdapat di almari hujung sana.Qasrina mengangguk sebelum dia menuju ke arah baju yang ditunjukkan oleh Nia.

"Dah jumpa ke baju nya?", tiba-tiba satu suara garau muncul di dalam butik itu.Qasrina dengar suara garau tu di belakang nya.Suara lelaki itu macam dia pernah dengar.Tapi dia tak ambil kisah pun.Mungkin tu bakal suami Nia.Dia masih sedang mengambil baju yang diminta oleh Nia.Lepastu,dia dengar Nia menjawab "Belum.Saya tengah tengok-tengok ni.Sorry lah kalau amik masa awak tengah kerja", kedengaran Nia sedang meminta maaf pada lelaki itu.

"Takpe lah.It's okay.Saya pun tak delah busy sangat tadi", lelaki bersuara garau itu pula menjawab.

"Saya nak try baju dulu", Nia bangun dan meninggalkan lelaki yang sedang duduk di atas sofa lalu dia menuju ke arah Qasrina.

"Dah?", Nia mendekati Qasrina."Dah.Nah..cik Nia boleh cuba di fitting room sebelah sana", Qasrina menghulurkan dua pasang dress biru dan putih yang masih disangkut pada hanger kepada Nia.

"Okay,thanks", kata Nia sebelum melangkah ke arah fitting room yang ditunjukkan oleh Qasrina sebentar tadi.

Setelah itu,baru lah Qasrina memusingkan badan nya ke belakang.Di sofa bulat itu terdapat seorang pemuda lelaki yang membelakangi nya dan sedang bermain dengan telefon bimbit.

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now