QHALIF yang sedang membaca buku tentang perniagaan terus mengalihkan pandangan nya pada daun pintu tatkala pintu itu diketuk beberapa kali.
"Masuklah..tak kunci pun", jerit Qhalif dari dalam bilik.Dia menyambung bacaan.Dan saat daun pintu itu dibuka dari luar,Qasrina melangkah masuk ke dalam bilik dengan wajah yang murung.
Qhalif memandang Qasrina yang terus duduk dibirai katil.'Ni kalau muka komot macam tak iron setahun ni mesti ada masalah lah tu'.Dia dapat mengagak kerana dia sudah tahu jika Qasrina datang berjumpa nya dengan wajah bagai orang berumur 60 tahun,tu pasti dia nak luah masalah.
Terus Qhalif menolak kerusi beroda tiga yang sedang diduduki nya menghadap Qasrina."Ye adik ku sayang..kenapa muka macam mintak belas daripada along ni?",
Qasrina hanya diam dan menunduk.Dia berkira untuk bercerita.Tapi kalau dah pun masuk dalam bilik Qhalif,nak tak nak kena cerita jugak.Kalau tidak,mahu kena kurung dengan dia nanti.
"Rina..kenapa?tak nak share dengan along ke?", Qhalif masih memujuk adik nya supaya membuka cerita.
"Cikgu Zhaf..", dua perkataan yang terbit dari bibir mungil nya.
Kalau pasal Rayyan,memang Qhalif tertarik.Ye lah,dapat dengar cerita sweet.Lagipun dia memang suka dengan perangai Rayyan.Baik dan respect orang lain.Yang paling penting,ada rupa.
"Cikgu Zhaf?ha..kenapa?",
"Dia marah Rina",
"Apa?!mesti salah Rina ni.Cuba cerita dengan along",
Dan dengan itu,Qasrina pun menceritakan perkara sebenar pada Qhalif.Setiap tutur bicara kemarahan Rayyan yang menusuk ke dalam sanubari nya diingat dan diceritakan satu persatu pada Qhalif.
"Habis tu?Qasrina keluar dari bilik guru macam tu je?",soal Qhalif sebaik sahaja Qasrina selesai bercerita.
Lambat-lambat Qasrina mengangguk."What?!seriously?Rina tak mintak maaf?",
Qasrina geleng."Langsung tak?",
Qasrina geleng lagi.Manakala Qhalif menepuk dahi.'Hadoi doi..adik aku sorang ni memang failed lah bab jaga hati orang'.Qhalif sempat mengutuk Qasrina.
"Okay..takpelah.Benda dah jadi.Tapi..kenapa sekarang ni Rina yang monyok?bukan ke Rina yang tak nak maafkan cikgu Zhaf?", itu lah yang menghairankan Qhalif sekarang ni.Berdasarkan cerita yang diceritakan oleh Qasrina,sepatut nya Rayyan lah yang sekrang ini sedang monyok.Tapi kenapa Qasrina pula?
Qasrina mengeluh kecil.Dia mencari kekuatan untuk membuka cerita yang kedua."Lepas pergaduhan tu..cikgu Zhaf masuk kelas Rina untuk mengajar.Selama satu jam kelas dia,Rina langsung tak pandang dia.Rina benci!Lyn dan Lia ada juga bagitahu Rina yang cikgu Zhaf banyak kali pandang Rina.Tapi..Rina sekali pun tak pandang dia.Sampai lah masa cikgu Zhaf nak keluar dari kelas tu,dia cakap yang dia nak buat pengumuman..", Qasrina terhenti seketika.Sebak bertandang di dalam hati nya.Pengumuman yang dibuat oleh Rayyan petang tadi masih terngiang-ngiang di kotak fikiran nya.
"Baiklah.Sebelum saya keluar dari kelas ni..saya nak buat satu pengumuman", Rayyan berhenti seketika.Mata nya memandang Qasrina namun gadis itu masih menunduk sambil bermain pen ditangan nya.Satu keluhan kecil dilepaskan Rayyan.
YOU ARE READING
Love you,Mr Add Math!
RandomRayyan Zhafrin,seorang guru Add Math yang telah jatuh cinta pada pelajarnya.Sejak insiden yang membawa kepada pertemuan pertama,hatinya benar-benar merasakan gadis comel itu adalah jodohnya.Sejak dari itu,mereka berdua sering terjumpa.Berjiran pula...