"RINA..tu bunyi kereta tu.Dah sampai dah agak nya.Pergi sambut dulu.Nanti ummi ke sana", kata Puan Maizurah pada Qasrina yang sedang menghiris bawang di dapur.
Laju Qasrina membasuh tangan nya sebelum dia berlari ke arah muka pintu untuk menyambut pengantin baru tiga minggu.Dia tak sangka sebenarnya yang Qhalif dah jadi suami orang.Lepas ni,dia tak boleh lah mesra sangat dengan abang nya.
"Along!", dia terus menyalami tangan Qhalif.Tersenyum sampai ke tengkuk dia bila nampak Qhalif.Maklum lah,mereka dah hampir sebulan tak jumpa.Qhalif sekarang ni semakin sibuk menguruskan urusan perkhawinan nya dengan Kak Mimi bulan depan.
"Hai budak gedik", usik Qhalif pada Qasrina.Kemudian,dia terbau sesuatu.Terus dia mencium tangan kanan nya yang baru sahaja disalami oleh Qasrina tadi.
"Eyyek!bau bawang.Ni masti tak basuh tangan kan?habis tangan along bau bawang", muka Qhalif berkerut seribu manakala Qasrina menahan tawa.Dia buat muka cemberut.
"Dah basuh lah.Alah takpe,tu Rina bagi free perfume untuk Along", Qasrina tersengih kambing.
"Perfume tak laku yang Rina bagi buat apa?kang tak pasal-pasal lari pulak bakal isteri along nanti", Qhalif melemparkan senyuman pada seorang wanita yang sedang berdiri di sebelah nya.Qasrina juga turut sama memandang wanita itu.Dia terlupa pula yang Kak Mimi datang sini sekali.
Dan bila dia memandang wanita itu..dahi nya terus berkerut.Muka wanita itu mirip Kak Nia,isteri kepada abang sulung Raihan.
Qasrina tetap menyalami Kak Mimi walaupun dalam fikiran nya oenuh dengan tanda tanya.Pelanduk dua seruoa ke ni?atau kembar?
Kak Mimi bersuara lembut "Ni lah Rina,ye?cantik orang nya",
Dah diberi pujian percuma,mahu tak kembang kempis lubang hidung si Qasrina ni.Banyak betul orang puji dia cantik.Alhamdullilah,kurniaan Allah.
"Mana ada lah.Kak Mimi lagi cantik", ni bukan propa,tapi Kak Mimi memang sungguh cantik dan ayu bertudung.Patut lah Qhalif boleh sangkut.Memang dah sepadan dah ni.Sorang doktor dan sorang arkitek.Bagai pinang dibelah dua!
Kak Mimi tersenyum.
"Hah,dah sampai pun bakal pengantin baru ni.Meh lah masuk", arah Puan Maizurah yang baru sahaja keluar dari dapur.Kak Mimi terus menyalami Puan Maizurah.Ciri-ciri menantu mithali ni.
"Rina,macam mana persiapan wedding?semua dah siap?", soal Qhalif sebaik sahaja mereka semua berkumpul di ruang tamu.Sebut sahaja tentang perkhawinan,terus termati senyuman di wajah Qasrina.
"Hm..sikit lagi", Qasrina jawab acuh tak acuh.Dia bermain dengan jari jemari nya.
"Rina khawin dengan Raihan,kan?elok lah tu.Sesuai sangat", Kak Mimi pula bersuara.Qasrina sudah mengangkat muka.Mana tahu ni?
"Mana Kak Mimi tahu?ni mesti along bagitahu kan?", Qasrina menjeling pada Qhalif.Abang nya ni pun satu,mulut boleh tahan macam tempayan juga lah.Sekejap je dah sampai ke telinga Kak Mimi.Dia bukan apa,dia cuma tak nak berita tentang perkhawinan nya dengan Raihan sampai tersebar.
"Eh..apa along pulak?bukan lah", Qhalif menafikan dakwaan Qasrina.
"Habis?", Qasrina mengangkat kening.
"Adik Kak Mimi yang bagitahu", Kak Mimi memberitahu hal sebenar.Kang tak pasal-pasal terbang pula majalah ke muka suami nya nanti.
Tadi kening,sekarang ni dahi Qasrina pula yang berkerut "Adik Kak Mimi?", Kak Mimi ada adik ke?tak tahu pun.
"Ye..isteri kepada abang sulung Raihan tu adik kembar Kak Mimi.Rina tak tahu sebab masa wedding along dengan Kak Mimi,diorang pergi honeymoon emergency", kata Kak Mimi seraya tersenyum.Raizul terpaksa ke China selepas perkhawinan mereka.Alang-alang tu,honeymoon sekali lah dengan isteri nya.
"Yeke?baru tahu", Qasrina tunjuk gigi.Maksud nya,kembar Kak Mimi tu kakak ipar dia lah.Okay,faham!
~~~ √ ~~~
"INGAT siapa tu?", Raihan menegur Rayyan yang sedang termenung di halaman rumah.Rayyan tersenyum memandang Raihan.Hm..tak sangka adik nya bakal berkhawin dengan bekas pelajar nya.Jodoh tu memang sukar diduga."Ingat makwe ye?", usik Raihan lagi apabila soalan nya tadi tidak dijawab oleh Rayyan.
"Sibuk je.Iyan tu..tak ingat bakal isteri ke?", usikan Raihan dibalas dengan usikan dari Rayyan.
"Apa pulak tak ingat?Qasrina tu sentiasa ada dalam ingatan dan hati Iyan", Raihan tersenyum.Wajah bakal isteri nya berlegar-legar di ruang fikiran.
"Oh ya,angah bila nak khawin?lepas Iyan dengan Qasrina khawin,tinggal angah sorang je lagi yang teruna",
Rayyan memandang Raihan sekilas sebelum pandangan nya dibuang ke arah kolam ikan di hadapan nya."Lepas Iyan khawin dengan Qasrina,baru lah angah khawin", dia senyum.
Raihan yang mendengar sedikit terkejut."Angah dah ada calon ke?who is that lucky girl?tell me", apa lagi?terus disoal lah.Dia tak tahu pun yang Rayyan sedang dilamun cinta sekarang ni.Ewah..diam-diam ubi berisi nampak nya.
Rayyan tersenyum lebar sebelum dia bersuara "Mana boleh bagitahu.Sibuk lah Iyan ni",
"Ek eleh.Tu pun nak berahsia sangat.Bagitahu lah,angah", Raihan mendesak Rayyan memberitahu nya.Ye lah,nak jugak dia tahu siapa wanita yang dah berjaya mencuri hati abang kedua nya ini.Bukan dia tak tahu yang Rayyan memang seorang yang sukar jatuh cinta.Tapi bila dah ada yang dia berkenan,dia akan kejar sampai ke Afrika tau.
"Nanti lah angah bagitahu.Dulu Iyan pun tak bagitahu bakal isteri,kan?kitorang semua tahu masa Iyan bawak jumpa dengan ibu.So,angah pun nak buat macam tu jugak", Rayyan mengenyit mata.
"Oloh.Okay,fine!Iyan tunggu sampai angah bawak jumpa ibu.Tak sabar pulak nak tengok.Harap tak lah secantik Qasrina", Raihan sekadar mengusik seraya tersenyum nakal.Manakala Rayyan sudah memandang nya dengan pandangan tajam."Suka hati je,kan?dia cantik lah.Cantik sangat",
"Okay!we'll wait and see!",
Hah sudah!masing-masing nak tunjuk bakal isteri nampak nya.Agak nya siapa yang lagi cantik,ye?Qasrina atau bakal isteri Rayyan yang tidak didedahkan identiti nya?
**bersambung di bab seterusnya**
YOU ARE READING
Love you,Mr Add Math!
RandomRayyan Zhafrin,seorang guru Add Math yang telah jatuh cinta pada pelajarnya.Sejak insiden yang membawa kepada pertemuan pertama,hatinya benar-benar merasakan gadis comel itu adalah jodohnya.Sejak dari itu,mereka berdua sering terjumpa.Berjiran pula...