BAB 27

8K 301 2
                                    

Lima tahun kemudian..

"UMMI!!", Qasrina terus berlari anak ke arah Puan Maizurah.Bagasi-bagasi nya yang sebesar anak gajah itu dibiarkan sahaja tergolek di atas simen.Ada aku kisah?kau tak penting berbanding dengan ibu aku!

Puan Maizurah yang masih terkejut dengan kepulangan anak nya secara tiba-tiba itu terus memeluk erat tubuh Qasrina.Pipi anak dara nya yang nampak gaya nya semakin putih itu dicium beberapa kali.Ada air mata kegembiraan yang keluar mengalir dari mata mereka berdua.Maklumlah,dah lima tahun tak jumpa.Gila tak nangis!

"Ummi..I miss you so much.You looks so pretty", kata Qasrina selepas adegan berpelukan selesai.

Puan Maizurah tersenyum malu.Kembang tak kembang jugak lah bila dipuji anak sendiri.Bertahun tunggu."Ummi kan memang cantik.Ni..yang kamu nak speaking ni kenapa?sekarang ni kamu dah sampai Malaysia.Bukan dekat Australia lagi.Lagi satu,entah reti ke tidak ni nak cakap melayu?", Qasrina tidak dapat menganalisis sama ada kata-kata Puan Maizurah itu serius atau sekadar nak mengusik nya.

"I forgot lah,ummi.I just know 'apa khabar?", propa Qasrina.Sempat dia meniru gaya omputih bercakap melayu.Alah..yang pelat-pelat sikit tu.'Apa khabar' jadi 'Ape khaber'.Ha..begitu lah.

"Ya Allah,tu je yang kamu tahu?baru lima tahun kat sana dah begini ingatan nya?takkan lah pula ummi nak pergi hantar kamu ke kelas tambahan bahasa melayu?",

Qasrina tergelak mendengar soalan Puan Maizurah.Takkan lah baru lima tahun dia duduk di Australia terus lupa bahasa melayu?mustahil!lagipun masa di Ausie dulu,kebanyakan kawan nya merupakan pelajar-pelajar dari Malaysia.Hanya ada segelintir yang dari London,Australia dan New york.

"Mana ada lah.Ummi ni pun.Rina gurau je.Nampak?I can speak Malay", Qasrina senyum.Lama betul rasa nya dia tidak bergurau dengan ummi nya.

"Nasib baik.Kalau tak,memang ummi dah sental mulut kamu dengan Clorox.Dah..meh masuk.Tu..beg kamu tu pergi angkat.Main campak je",

Qasrina tersengih sebelum bagasi-bagasi nya di tarik masuk ke dalam rumah.Sebelum itu,sempat dia menjeling ke arah sebelah rumah Encik Azroy.Dia hairan bila ternampak rumah itu dipenuhi dengan tulisan cina.Tapi..dia hanya buat tidak tahu je.Dia dah tak kisah.Perlu ke dia ambil tahu?dia pun telah melupakan lelaki itu.

~~~ √ ~~~

QASRINA melangkah masuk ke dalam rumah.Dan dia terpegun.'Rumah siapa ni?salah masuk rumah ke?'.Sungguh dia tidak kenal rumah siapa yang sedang dia masuk ni.Kalau tersalah masuk rumah buat malu je.Tapi bila difikirkan balik,dari luar rumah memang nampak sama macam lima tahun yang lepas.Masalah nya sekarang ni,kat dalam rumah.

"Buat apa tercegat kat situ?tak reti masuk?",

Qasrina memandang Puan Maizurah sekilas sebelum pandangan nya kembali menerjah setiap sudut di dalam rumah itu."Ummi..ni rumah siapa?",

"Astaghfirullahalazim.Rumah siapa kamu tanya?takkan dah tak mengaku rumah kut?", Puan Maizurah sudah mencekak pinggang.Memang nak kena budak ni kalau rumah sendiri pun tak ingat.

"Ni rumah kita ke?lain nya!kenapa makin cantik?", Qasrina terkejut beruk.Memang lain berbanding dengan lima tahun yang lepas.Dulu,rumah nya kelihatan kecil dan tidak banyak perhiasan.Tapi sekarang ini,perhiasan penuh satu rumah dan rumah ini kemain besar lagi.Ni mesti dah di renovated.Wua..renovate rumah tak tunggu dia balik.

Puan Maizurah tersenyum."Aah.Along yang keluarkan modal untuk renovate rumah ni",

Qasrina mengangguk.Dia hampir lupa tentang abang kesayangan nya.Qhalif.Jangan buat main dengan Qhalif sekarang ni.Dalam masa lima tahun je,dia boleh berubah menjadi seorang yang sangat..haih!tak tahu nak cakap la.Sekarang ni dia bekerja sebagai seorang arkitek di salah sebuah syarikat yang terkenal.Tak habis tu,Qhalif sekarang ini semakin handsome.Sungguh!tak tipu.

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now