BAB 4

10.9K 418 3
                                    

"OKAY..thank you,class!", teacher Mei Ying mengucapkan terima kasih sebelum melangkah keluar dari kelas 5 SN 1.

"Eh,korang..aku lupa lah.Next class subject ape?", Qasrina yang baru sahaja selesai mengemas buku-buku di mejanya menyoal Lyn.

"Aah lah.Aku pun tak ingat.Lia,next class subject ape?", soalan Qasrina berbalik pada Lia.

Lia yang sedang menulis sesuatu di dalam buku nota kecilnya berpaling ke arah dua orang sahabatnya.Otaknya berfikir.

"Hah!lepas ni subject Add Math",

"Ohh..thanks", Qasrina menyusun semula buku-buku di atas meja.Die memang begini sebelum guru matapelajaran yang lain masuk ke dalam kelas.Senang sikit katanya.Tapi..entah kenapa lah jantungnya berdegup kencang tiba-tiba.Tak pernah pula die begini walaupun sejujurnya subjek Add Math adalah subjek yang paling die tidak gemari.

"Hah!korang ade dengar cite tak pasal cikgu yang akan gantikan tempat cikgu Zakuan tu?", tiba-tiba Lia bersuara,membuatkan Lyn dan Qasrina memandangnya.

"Tak.Kenapa?garang eh?", Qasrina sudah gelisah.Sudah lah subjek itu die tidak gemari,kalau dapat pula cikgu yang gantikan tempat cikgu Zakuan tu garang..hm..masaklah die!

"Bukan garang.Aku dengar lah kan..ade orang cakap yang cikgu tu muda lagi.Beza empat tahun je dengan kite.Dah lah tu..handsome pulak", Lia kelihatan teruja.Senyum die sampai ke telinga.

Qasrina mengeluh lalu menayangkan muka bosan nya.Manakala Lyn pula jadi tertarik dengan khabar angin cikgu muda itu.Jadi..mula lah mereka bercerita tentang cikgu yang akan mengajar subjek Add Maths itu.Qasrina di sebelah hanya memekak kan telinga saje.Buang masa nak dengar cerita.Entah-entah dah umur 30 tahun.

Sedang asyik Qasrina termenung,die perasan sesuatu.Ye!di atas meja nya tiada buku rujukan Add Math.Kepala yang tidak gatal di garu sekejap.Keliling die mencari buku nya itu.Dalam meja diintai,bawah meja di jenguk dan termasuk lah di atas meja kedua rakan nya.Tapi tetap tiada.Otaknya sibuk mengingat kembali di mana die letakkan buku tersebut.

'Hah!dalam beg lah.Aku mana ade bawak keluar lagi'.Qasrina terus membongkok mendapat kan beg nya.Die tidak suka meletakkan beg sandangnya di belakang.Tak selesa.Lebih selesa jika beg itu di letakkan di bawah meja.

"Good Morning,class!", suatu suara memecah kesunyian di dalam kelas itu.Er..sebenarnya tidaklah sunyi mana pun,riuh rendah adelah.Macam night market.

Pemuda yang nampak segak mengenakan kemeja putih lengan panjang dan seluar slack hitam itu tersenyum pada semua pelajar di hadapannya.Di sebabkan lengan bajunya di lipat sehingga ke siku,dari situ nampaklah warna kulitnya yang putih susu.

Semua mata pelajar di dalam kelas itu tertumpu pada pemuda kacak di hadapannya.Kecuali..seorang sahaja.Qasrina!.Die masih lagi membongkok di bawah meja dan mencaei buku rujukannya.

"Rina..kau buat ape kat bawah tu?bangun lah.Tengok cikgu kite ni.Handsome kut", Lyn membisik.Sikunya menyenggol siku Qasrina.

"Ish..ape?nanti lah.Aku nak cari buku Add Math aku ni", Qasrina menolak lengan Lyn.'Aik..mana pula lah buku ni?aku rasa aku letak kat dalam ni'.

Semua pelajar sudah bangun dari duduk mereka untuk menghormati guru di hadapan.Qasrina?die masih lagi mencari buku di dalam begnya.Hampir 10 minit dah die di bawah meja itu.Habis semua buku-buku di dalam beg nya itu di keluarkan.

Lelaki itu mengangguk setelah salamnya di jawab.Satu-satu muka pelajar di hadapannya di pandang.Dan..die ternampak ade satu meja kosong di antara dua orang pelajar perempuan.Die menghampiri tiga meja tersebut.'Lah..ade orang rupanya.Ape die buat dekat bawah meja tu?'.Getus hatinya.

Lyn dan Lia yang sedar langkah lelaki itu menuju ke arah mereka terus menarik perlahan baju Qasrina.Takut pula lelaki itu sedar kelakuan mereka.Tapi Qasrina masih begitu.Tidak di hiraukan pun tarikan baju sahabatnya.

"Awak buat ape kat bawah tu?", tiba-tiba lelaki itu menyoal Qasrina yang masih berada di bawah meja.

Qasrina terkejut dengan kemunculan suara garau di hadapan nya.Tiba-tiba sahaja suara itu muncul.Dia cepat-cepat ingin bangun dari bawah meja namun kepalanya pula terhantuk di kaki meja.Kuat jugak lah bunyinya.

"Aduh!..", kepala nya dipegang dan dia terus bangun.Sekali lagi die terkejut tatkala wajah lelaki di hadapannya di pandang.Namun..bukan die seorang sahaja yang terkejut,lelaki di itu pun turut sama terkejut.Tapi,pandai pula die mengawal riak terkejutnya.Dari luaran nampak tenang sahaja.

'Takkan lah orang yang sama?mustahil!pelanduk dua serupa ni kut'.Qasrina menyedap kan hatinya.

"Awak buat ape dekat bawah meja?", sekali lagi lelaki itu menyoal hal yang sama.

"Hah?sa..saya...ca..cari buku", Qasrina tidak berani untuk memandang wajah lelaki di hadapannya.

"Hm..lain kali kalau tengah buat ape sekali pun,bila cikgu masuk..bangun,okay?", lelaki itu berkata dengan suara yang lembut.Ni kalau permmpuan lain ni,boleh cair di orang dengar.

Qasrina mengangguk.

"Okay..semua boleh duduk", suara lelaki itu tidak kuat tetapi nyaring.Memang satu kelas boleh dengar lah.

Dengan itu,semua pelajar di dalam kelas 5 SN 1 duduk di tempat masing-masing.

'Hish!!!kenapa lelaki ni jugak yang gantikan cikgu Zakuan?rasa-rasa die kenal aku tak?tapi tadi nampak macam die tak kenal je.Kalau betul,elok sangat lah tu".

Siapa agaknya lelaki yang menggantikan cikgu Zakuan?agak nya korang tahu tak?

**bersambung di bab seterusnya**

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now