EXTRA

6.9K 234 0
                                    

*Ops!nanti dulu.Stop jap.Mesti ada yang tertanya-tanya kan kenapa Qasrina menangis semata-mata kerana Rayyan sampai sanggup cederakan diri dalam BAB 31 tu?nak tahu apa yang dah jadi pada hari tu?semua nya bermula sewaktu majlis reunion di sekolah...

Reunion..

QASRINA melepaskan keluhan kecil.Ketika ini,dia sedang duduk di tepi dewanJam tangan nya dipandang sekilas.Kalau tidak silap,sudah hampir enam jam dia berada di majlis reunion sekolah ini.Penat tu sudah tentulah.Sampai habis keluar segala peluh di tubuh nya.Nasib baik lah dia ni memang spesis yang tak suka make up tebal-tebal.Kalau tidak,confirm make up nya dah cair.

Lyn dan Lia masih lagi sibuk berbual dengan kawan-kawan sekelas nya yang lain.Agak nya mereka tu tak reti penat kut.Asyik bercakap sampai tak boleh nak berhenti.Qasrina ni bukan lah sombong sebab tak nak join mereka,tapi mulut nya sudah penat bercakap dari tadi.Sampai tak tahu lagi nak sembang pasal apa.Sebab tu lah dia duduk berehat dulu di tepi dewan ni.Cari oksigen.

"Excuse me,Qasrina right?", ada satu suara menegur Qasrina.Terkejut bukan main lagi si Qasrina.Setahu nya tadi,dia seorang sahaja yang berada di tepi dewan ni.Tak tahu lah kalau ada manusia lain.

Qasrina menoleh ke sebelah.Wajah lelaki yang agak kacak di hadapan nya dipandang lama sebelum dia tersenyum.

"Yes..I am.Khairin?", Qasrina ingin kan kepastian.Dia tak pasti bahawa lelaki yang sedang berdiri di hadapan nya ini Khairin atau pun bukan

"Ye..saya Khairin.Ingat dah tak kenal saya dah", Khairin tersenyum.Sungguh dia tak menyangka yang dia akan berjumpa dengan Qasrina hari ini.Sewaktu mereka berkumpul tadi,dia tak perasan pun kehadiran Qasrina.Lagipun,Qasrina dah berbeza sekarang ini.

Qasrina tersenyum lebar.Ini merupakan kali pertama dia tersenyum ikhlas buat Khairin.Maklumlah,dah lama tak jumpa.Senyuman seikhlas hati lah dilemparkan pada Khairin.

Khairin mengambil tempat di sebelah Qasrina setelah diperlawa.Qasrina sedikit kekok bila duduk berdua dengan Khairin.

"Takkan lah saya tak kenal.Tapi..awak dah lain lah sekarang ni.Berbeza betul dengan lima tahun lepas",kata Qasrina sambil memandang Khairin atas dan bawah.Memang sangat berbeza.Khairin yang sekarang ini lebih kemas,kacak,bergaya dan yang paling penting..aura lelaki nya terserlah.Tapi bukan lah makna nya lima tahun lepas sifat kelelakian Khairin tu takde.Ada..

"Awak pun sama.Saya nyaris tak kenal awak tadi.Makin cantik pulak awak ni lepas balik dari Ausie", betul tu.Qasrina memang sudah berbeza.Tadi pun dia terpaksa berfikir beberapa kali sebelum menegur Qasrina.Takut pulak tersalah orang.

Qasrina tersenyum malu.Masuk kali ni,dah tak terkira dah dia dipuji cantik.Dia sendiri pun naik hairanm.Bukan nak riak.Walhal yang cuma berbeza hanya lah warna kulit nya yang bertambah putih.Tapi bukan nya ketara sangat memandangkan selama ini dia memang seorang yang berkulit putih.

"So..live awak macam mana sekarang ni?",  Khairin memecahkan suasana krik krik mereka.

"Live saya?macam tu lah.Takde beza macam lima tahun lepas",

Khairin ketawa kecil.Dia rasa ada kelucuan pada jawapan Qasrina."Live awak pulak?awak baru balik dari England kan?", soalan Khairin tadi berbalik pada nya.Memang Qasrina ada terdengar cerita yang Khairin mengikut ayah saudara nya ke England selepas tamat persekolahan.Alang-alang dah ada kat England,dia terus sambung belajar di sana.

"Ye..live saya macam ni je lah.Biasa-biasa je", jawab Khairin.Qasrina tahu yang Khairin bergurau dan dia juga tahu bahawa Khairin ni bakal menjadi seorang pensyarah.Haih..semua kawan-kawan satu sekolah nya sekarang ini sudah berjaya.Ada yang dah jadi seorang pensyarah,arkitek,peguam,doktor dan berkereta mewah.Dia?dapat kerja pun atas bantuan Lyn.Kereta mewah?jangan harap lah.Jauh sekali perkara itu akan terjadi.Sekarang ni pun dia hanya memakai kereta Honda Jazz je.

"Status awak sekarang ni apa?okay,biar saya cuba teka.Isteri orang?", tiba-tiba Khairin menyoal tentang status Qasrina.Mana lah tahu kut-kut ada chance,kan?

Qasrina tersenyum seraya menggeleng.

"Bukan?kalau macam tu..tunang orang?", Khairin masib mencuba untuk meneka.Tapi jawapan Qasrina masih sama.Geleng.

"Ohh..makwe orang lah ni", Khairin jawab dengan yakin.Macam lah jawapan nya tu betul.

Qasrina menggeleng,Khairin jadi hairan."Makwe orang pun bukan jugak?habis status awak apa?takkan janda kut", selamba saje Khairin bersuara.

Qasrina yang mendengar terus tertelan air liur nya sendiri.Sesedap rasa je si Khairin tu cakap dia janda?takkann lah barun umur 22 tahun dah memegang status janda?

"Bukan lah.Saya tak pernah berkhawin lagi.Status saya sekarang ni masih single..but not available", dia sengih.

"But not available?kenapa?awak tunggu someone eh?", Khairin tersengih.

Qasrina terdiam.Erk!dia ada cakap 'but not available ke?dia tak sedar pun.Mula nya dia cuma nak cakap single je.

"Er..bukan.Saya bukan tengah tunggu someone.Saya cakap macam tu sebab..saya..belum bersedia untuk terikat dengan apa-apa hubungan cinta lagi.Saya masih muda", rasa logik tak jawapan tu?tapi tak kisah lah.Asalkan kedengaran munasabah.

"Oh,saya ingatkan awak pun macam cikgu Zhaf jugak", tiba-tiba Khairin menyebut nama cikgu Zhaf.

Qasrina memandang hairan pada Khairin.'Kenapa tiba-tiba dia mention aku dengan cikgu Zhaf?'."Cikgu Zhaf?kenapa dengan cikgu Zhaf?",

Khairin pula memandang Qasrina dengan wajah hairan."Cikgu Zhaf kan akan berkahwin tak lama lagi.Awak tak tahu ke?", mustahil Qasrina tak tahu.Padahal berita ini sudah tersebarm.Satu sekolah dah tahu.

PAP!

Qasrina bagaikan ditampar sekuat hati.Tubuh nya seperti dipanah oleh halilintar dalam sekelip mata.Hati nya pula bagaikan ditusuk dengan beribu-ribu bilah pisau.

Ap..apa yang dia dengar dari mulut Khairin tadi?Cikgu Zhaf akan berkhawin tidak lama lagi?betul ke?tak..tak mungkin.Pasti dia tersilap dengar.

"Aw..awak cakap..apa tadi?cikgu Zhaf..akan berkhawin?", tergetar suara Qasrina.

"Yup..dia akan berkhawin tak lama lagi.Masa reunion tahun lepas,dia datang dan on that time lah dia bagitahu kitorang.Eh..saya lupa pula yang tahun lepas awak takde", macam mana lah dia boleh lupa yang Qasrina tidak datang di majlis reunion tahun lepas.

Qasrina terkedu seketika.Dia menundukkan wajah dan dengan itu,beberapa titis air mata jatuh ke tangan nya.Dia sangat-sangat kecewa tika ini.

Tanpa membuang masa,terus dia meminta diri pada Khairin untuk pulang.Lebih baik dia pergi sebelum air mata nya dikesan oleh Khairin.

Dan Qasrina pun menuju ke kereta nya bersama dengan linangan air mata.

*Hah..itu lah punca sebenar Qasrina mengamuk sampai tercederakan diri nya di dalam BAB 31 tu.Rupa nya Rayyan bakal berkhawin dan perempuan itu bukan Qasrina.Dah faham kan?dah tak tertanya-tanya lagi?kalau dah,bagus lah.Baru readers faham.So,tunggu apa yang akan terjadi pada Rayyan dan Qasrina selepas ini di bab seterus nya.Enjoy!


Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now