BAB 35

8.1K 284 8
                                    

QASRINA hanya mendiamkan diri.Mata nya melilau memandang sekeliling manakala tangan nya pula sibuk melipat-lipat kertas menu makanan di hadapan nya.

"Oit!jangan lah digentel-gentel menu tu.Rosak lah nanti.Ni dah kira vandalisme,tahu tak?kesian orang yang buat menu tu.Masa kita datang tadi cantik je.Ni kau menggentel pulak.Kau ingat menu tu bantal busuk kau ke apa?", Lia memulakan serangan bebelan nya.Kena tepat-tepat pada muka Qasrina.

Qasrina menoleh pada Lia di sebelah nya sambil menayang muka bosan.Hish!perempuan ni kalau dapat di stapler mulut nya tu,memang aman lah hidup dia.

"Kau boleh shut up tak?tak rugi tauke kedai ni.Kau gentel sikit je", Qasrina menjawab.Pandangan nya kembali meliar di sekeliling restoran.Mencari susuk tubuh seseorang.'Lambat nya dia ni.Jalan jem ke?'.

"Aku dah tak boleh nak shut up ni.Mana kawan kau?lama nya.Dah 15 minit kita kat sini.Lelaki macam ni tak boleh dibuat suami,kau tahu?lagi satu,betul ke restoran ni?apa nama kawan kau tu?Rai apa?", banyak pula soalan yang keluar dari mulut si Lia ni.Sabar je lah.Nasib baiklah tiada stapler ataupun salotape di hadapan Qasrina.Kalau tak,memang dah di zip kan mulut si Lia ni.Banyak betul cakap nya.Ni mesti masa kecik-kecik dulu tertelan bontot ayam.Ni yang besar jadi Mak Jemah.

"It's Raihan.Betul lah ni restoran nya.Aku yang pilih tempat ni",

"Heish!kau tahu tak?ketiak aku dah basah dah ni.Yang kau ni pun satu jugak.Apesal pergi pilih meja kat luar?dalam tu ade aircond kau tak nak?",

"Tak boleh.Dalam tu tertutup.Dia tu dah lah lelaki,tahu tak?kang kalau tiba-tiba dia dihasut syaitan suruh pegang-pegang kita macam mana?so,biarlah kita duduk di tempat yang terbuka",

"Fine.Ni kalau Rai..apa entah nama nya tu sampai kejap lagi,memang aku sebat dia dengan handbag aku", Lia dah memegang handbag nya.

Qasrina terhibur dengan perangai Lia."Kalau dia handsome macam mana?sampai ke hati kau?",

"Argh!peduli apa aku handsome atau tak.Yang penting,memang aku nak sebat dia.Janji pukul berapa then sampai pukul berapa.Tak menepati masa",

"Assalamualaikum", satu suara menganggu perbualan mereka.

Dengar sahaja suara garau memberi salam,Lia dan Qasrina serentak menoleh ke sebelah.Qasrina tersenyum pada Raihan manakala Lia seperti tergamam.Qasrina sudah menahan tawa.'Padan muka!nak sebat sangat kan dengan handbag?kenapa tak sebat?'.Dia gelak jahat di dalam hati.Dia dah agak dah yang Lia takkan sampai hati nak sebat si Raihan ni.

Gila nak sebat mamat handsome macam Raihan?tengok sendiri lah si Lia tu.Usah kata sebat,nak bergerak pun dah tak boleh bila tengok Raihan.Tambah-tambah lagi dia sedang tersenyum sekarang ni.Memang cair lah cik adik yang melihat semua.

"Sorry,lama tunggu?", Raihan menyoal Qasrina dan Lia.Dia masih berdiri di sebelah mereka.Qasrina hanya tersenyum sebelum dia menggeleng."Tak lah lama sangat",

"Kat sini rupa nya..", kedengaran satu lagi suara yang mendekati mereka.Lia,Qasrina dan Raihan menoleh pada suara tersebut dan semua membuat reaksi muka yang berlainan.Lia semakin ternganga besar rahang nya,Raihan tersenyum dan Qasrina pula terkejut tahap boleh mati katak di situ.Boleh tertanggal jantung nya tadi.

'No!takkan lah dia lagi?Ya Allah,apa semua ni?cukup lah kau temukan aku dengan dia tempoh hari.Cukup lah aku menahan sakit pada hari tu'.

"Oh ya,girls.Yang segak berkaca mata hitam ni abang kedua saya.Rayyan Zhafrin", Raihan memperkenalkan Rayyan pada Qasrina dan Lia walaupun mereka dua dah terlebih kenal pun dengan Rayyan.Terutama Qasrina.

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now