BAB 15

8.8K 306 0
                                    

"KORANG tak nak beli ape-ape ke untuk esok?", Lia memecahkan kesunyian mereka bertiga di bawah sepohon pokok yang redang dan besar.

Qasrina dan Lyn saling berpandangan.Kurang mengerti apa yang dikatakan oleh Lia.Esok ade di ape?birthday aku ke?

"Esok?kenapa dengan esok?birthday siapa ni?birthday kau bukan dah lepas ke?", Lyn menyoal bertubi-tubi.Qasrina di sebelah nya hanya mengangguk sambil tangan nya mematah-matahkan ranting pokok yang yang bertaburan di bawah.

"Haih lah,aku tak tahu lah korang ni banyak makan semut atau kerengga.Ke korang makan cengkerik ni?", Lia berkata dengan wajah tegas.Siap bercekak pinggang lagi.Perh!kemain..

"Eh tak,kitorang tak makan semua tu.Kitorang makan lipas golek cicah sambal belacan lepastu tambah cencaluk sekali then makan dengan ulam kacang botol.Kau hado?", amik kau!sekali terhembur loyar buruk Qasrina.Boleh pula die tahan gelak.Lyn di sebelah nya mengangguk walhal sedaya upaya die menahan tawa nya dari terhembur keluar.

Lia memuncung.Die juga menahan tawa.Memang lucu pun.Setahu nya,Lyn dan Qasrina ni memang takut pada lipas,cicak dan katak.Kalau nampak salah satu dari empat binatang ni,ade lah yang menang lari maraton sejauh 400 meter dalam masa 5 saat.Tapi ni ade hati dan buat lipas golek?

"Okay,right.Back to the story.Kenapa dengan esok?", Qasrina kembali serius.

"Esok Hari Guru lah.Tak ingat erk?that's why aku tanya korang.Ade beli ape-ape tak?", Lia berterus terang.

Sekali lagi,Qasrina dan Lyn saling berpandangan.Kepala mereka ting tong.Masing-masing cuba mengingat tarikh hari esok.Ye!betul lah.Esok hari guru.

"Oh,ye lah.Aku lupa.Kau ade beli something ke?", Lyn berbalik soalan Lia.

"Aku ade lah beli something.Tapi..aku tak tahu nak bagi dekat siapa", Lia merungut.Memang die ade beli beberapa hadiah untuk Hari Guru pada esok hari.Tapi die tidak tahu nak beri hadiah tersebut kepada siapa.Selama ini cikgu Zakuan adalah guru yang wajib die memberi hadiah.Tapi malangnya,cikgu itu tiada di sini pula.

"Dulu kan kau selalu bagi dekat cikgu Zakuan.So,kau bagi je lah dekat cikgu Zhaf tu", usik Lyn.Kening nya diangkat beberapa kali.Seronok kerjakan kawan baik.

"Uish!tak nak lah.Tak berani aku.Nanti kang cikgu tu feelings yang aku ni suka pada die", Lia memuncung.Die ni kalau bak memuncung,itik pun boleh kalah.Muncung nya tu,argh!seksi gitu.

"Alah,kau bagi hadiah tu atas ucapan terima kasih.Bukan nya ade maksud yang kau tu suka kat cikgu Zhaf",

Lia mengeluh.Betul juga.Tengok lah bagaimana.Balik ni die kena semak hadiah-hadiah yang dibeli.Bukan ape,takut pula hadiah tu tak kena dengan jiwa Rayyan.Jiwa muda lah katakan.

Qasrina yang dari tadi hanya menjadi pendengar sudah tersengih sampai ke telinga.Kata-kata dari Lyn telah menyumbangkan idea pada nya.Hm..idea terbaik punya lah!'Rina,get ready!'.

~~~ √ ~~~

"PSST..Rina,kenapa dengan cikgu Zhaf tu?aku tengok muka die masam je.Kalah cuka kat rumah aku", Lia separuh berbisik.Takut pula Rayyan yang sedang menulis sesuatu pada whiteboard itu terdengar.

"Yang kau tanye aku tu kenapa?mana lah aku tahu.Aku ni jiran die je,bukan nya bini die", Qasrina juga menjawab dengan berbisik.Die sendiri hairan.Dari mula-mula Rayyan melangkah masuk ke dalam kelas tadi,wajah nya sudah serius tanpa segaris senyuman yang dapat memaniskan wajah nya.Bersuara pun kadang-kadang.Itu pun semasa die menyuruh pelajar-pelajar menyalin semula latihan di hadapan.'Bukan aku dah minta maaf ke?maksud nya ni bukan salah aku ke?habustu cikgu marah siapa?'.

"Ye lah,mana lah tahu kut-kut kau tahu,kan?",

Qasrina mengangkat bahu.Malas lah die nak layan.Perlu ke dia kisah jika Rayyan nak marah pada sesiapa sekali pun?jika Rayyan marah pada nya,die telah pun meminta maaf dan kalau masih belum di maafkan oleh Rayyan,itu bukan masalah nya.

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now