QASRINA menutup buku rujukan tersebut.Waktu itu,pergaduhan mereka hanya selama 20 minit dan semua nya kembali normal.Tapi pergaduhan kali terakhir mereka mengambil masa bertahun-tahun.Ye..dia tahu yang Rayyan dah maafkan nya tapi dia tetap tidak puas hati.Hati nya yakin bahawa sampai sekarang,Rayyan masih berkecil hati dengan nya walaupun pada surat itu dia tidak mengaku.
Air mata Qasrina sudah tidak dapat dikawal.Makin dibiarkan,makin banyak pula yang mengalir.Kalau air mata je takpa.Ni sekali dengan hingus.Huduh betul.
Barang-barang yang diselongkar tadi di masukkan kembali ke dalam kotak sebelum kotak itu di tolak ke tepi.Cukup lah dia menangis kerana Rayyan malam ini.Dia menarik beberapa helai tisu yang berada di depan nya.Air mata dan lelehan hingus nya dilap sampai kering.
Sesudah itu,dia menapak ke arah balkoni.Sempat dia mencapai tudung sarung yang tersidai di sofa.Slinding door di buka.Dia kagum dengan keindahan di sekitar Kuala Lumpur pada malam hari.Rasa nya dia cukup bertuah kerana balkoni rumah nya memang betul-betul menghadap bangunan KLCC dan KL Tower.Dia suka tengok KL Tower yang berwarna warni tu.Setahu nya,tadi bangunan tersebut berwarna hijau.Sekarang ni dah bertukar menjadi warna merah jambu.Cantik sangat.
Dia melihat keindahan dari tingkat 15.Walaupun agak gayat,tapi takpe.Malam tak nampak sangat.
Qasrina menoleh ke sebelah kanan.Ada sebaris balkoni rumah orang lain.Tapi tiba-tiba sahaja ingatan nya terimbau saat Rayyan menelefon nya saat dia berada di balkoni rumah Puan Maizurah di Putrajaya.Saat itu Rayyan dan dia sama-sama tersenyum lebar di sebalik cahaya bulan.Rayyan melambai nya dan dia pun melambai Rayyan.Hmp..kenangan itu sungguh indah.
Tanpa Qasrina sedar,setitis air mata jatuh ke tapak tangan nya.Haih!menangis lagi.Memang dia ni tak boleh nak ingat langsung pada Rayyan.Kalau tak,mula lah nak buat drama leleh.Dia di sini sibuk teringat pasal Rayyan sehingga mengalirkan air mata,tapi Rayyan?entah dia ingat atau tidak pada Qasrina.Jangan-jangan muka dia pun Rayyan dah lupa.
Rayyan?apa lah yang dia buat sekarang ni?dia dah balik Malaysia ke?mesti dia dah khawin kan?dah beranak pinak dah pun.
~~~ √ ~~~
"PLEASE lah.Jom..",
Qasrina pandang Lyn dan Lia di hadapan nya.Haih!tak berputus asa betul lah dua orang hamba Allah ini memujuk nya.
"Oii..Rina.Jom lah..tahun lepas dah lah kau tak pergi", Lyn pula yang memujuk Qasrina.
"Malas lah aku nak pergi.Bukan ada ape pun.Lagipun aku dah jumpa korang", jawab Qasrina dengan selamba badak air nya.Tangan nya ligat mengacau air fresh oren di dalam gelas.
Lia mengeluh geram.Sabar je lah dengan perangai kawan nya yang sorang ni.Orang lain berebut-rebut nak join majlis reunion ni.Tapi Qasrina boleh tolak mentah-mentah?Nasib baik mereka di kedai makan sekarang ni.Kalau tidak,memang dah lama dah dia jirus air apple juice di depan nya pada Qasrina.Dah setengah jam dah dia dan Lyn cuba memujuk Qasrina.
Lia bersuara "Beb..memang lah kau dah jumpa kitorang.Tapi kau tak nak ke jumpa classmates kita yang lain?",
Qasrina diam.Memang dia rindu classmates dia yang lain.Tapi dia malas lah nak jejakkan kaki di sekolah tu lagi.Nanti tak pasal-pasal dia menangis.
"Okay fine.Aku pergi",
YOU ARE READING
Love you,Mr Add Math!
RandomRayyan Zhafrin,seorang guru Add Math yang telah jatuh cinta pada pelajarnya.Sejak insiden yang membawa kepada pertemuan pertama,hatinya benar-benar merasakan gadis comel itu adalah jodohnya.Sejak dari itu,mereka berdua sering terjumpa.Berjiran pula...