BAB 16

8.5K 333 2
                                    

QASRINA merengus perlahan.Telefon pintar nya dicampak kan ke atas katil.Geram tahap ICU dia jadi nya.Masuk kali ini,sudah empat kali die mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali.Die memang tak suka menjawab panggilan dari nombor yang die tidak kenal.Maklumlah,zaman sekarang ini macam-macam boleh terjadi.Tapi,bila difikir balik,mungkin juga die patut menjawab panggilan tersebut.Manalah tahu kut-kut ade hal emergency ke,kan?

"Biar lah.Kalau die call lagi sekali,nanti aku angkat", Qasrina berkata sendiri.Die bangun dari katil.Cadang nya nak masuk ke dalam bilik air,namun niat di hati nya termati begitu sahaja apabila telefon nya berdering.Die terus berlari mendapat kan telefon nya di atas katil.

"Hello,assalamualaikum", sapa Qasrina sebaik sahaja dia melekapkan telefon ke telinga nya.

"Waalaikumssalam", satu suara garau menyapa telinga nya.Die hairan.'Macam pernah ku dengar suara ini.Tapi di mana ya?'.

"Err..ni..siapa,eh?", Qasrina menyoal dengan serba salah.Tuan punya badan yang menelefon pun sama.Dah lah call orang,lepastu tak reti nak kenalkan diri.'Or did I know him?'.

"Awak tak kenal saya ke?",

Qasrina diam.Die berfikir.'Suara mamat ni macam aku biasa dengar.Tapi lupa lah.Siapa die ni?hish!nak berdolak dalih pulak'.

"I don't know you.Awak ni siapa?", suara nya mendatar.Malas nak layan!'Rasa nya ni mesti tersalah nombor atau nak games aku'.

"Ni saya lah.Ex boyfriend awak",

Gulp!

Boleh pula Qasrina tersedak air liur nya sendiri apabila mendengar jawapan lelaki itu.Sampai terbatuk die beberapa kali.Ex?apekah?bagaimanakah?bilakah?

"Ex saya?amboi amboi..sedara,kalau nak membongak sekali pun,agak-agak lah,ye?saya ni,usah kata ex boyfriend,boyfriend pun takde.Saya still student.Takde masa nak bercinta!saya rasa sedara ni dah salah nombor.Maaf ye?assalamualaikum..",

Namun belum sempat Qasrina mematikan talian,lelaki itu terlebih dahulu bersuara

"Eh kejap..jangan letak lagi.Nanti dulu..", lelaki itu melarang Qasrina.Qasrina mengeluh.'Pahal lagi mamat ni?'.

"Ape lagi?", Qasrina malas nak melayan lelaki di dalam talian.Agak nya ade masalah mental kut.Tiba-tiba je mengaku ex orang.Tak reti malu ke?

"Amboi..kemain garang lagi.Saya potong markah exam nanti,baru tahu", lelaki itu mengugut.Dahi Qasrina berkerut.Kening nya pun hampir bertaut.Die pelik tahap angkasa ni.Ape kena mengena lelaki yang konon nya ex die dengan markah exam?ape cite ni?

Kepala nya digaru.Habis rosak rambut panjang nya yang sudah diikat satu.Stress!

"Nanti nanti..encik ni kenapa,hah?ape masalah encik?tadi encik cakap yang encik ni konon nya ex saya.Then encik cakap yang encik nak potong markah exam saya?ape kena mengena saya dengan encik?", suara Qasrina sudah meninggi.Die sudah berdiri sambil memeluk tubuh.
Geram nya bertambah!sudah lah rasa kegeraman nya pada Rayyan pagi tadi masih berbaki,ni ditambah pula dengan lelaki sasau yang ade masalah mental yang kronik!

"Okay okay.Relax lah,Rina.Kenapa awak garang sangat?ni saya lah.Cikgu Zhaf", Rayyan memperkenalkan diri nya.

Sekali lagi,Qasrina terkedu.Mulut nya sudah terlopong.Ape die?die cakap die siapa tadi?cikgu Zhaf?

"Qaseh Qasrina..", Rayyan memanggil Qasrina lembut.

"Hah?", lidah nya kelu.Tiada sepatah kata yang keluar dari mulut nya.'Biar betul ni?kalau ikut suara memang dah sama.Tapi..macam mana die dapat nombor aku?'.

"Kenapa awak diam?",

"Macam mana cikgu Zhaf dapat nombor phone saya?", terus soalan itu terkeluar dari mulut Qasrina.

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now