BAB 9

9.4K 363 1
                                    

   DENTUMAN guruh berserta kilat membuatkan Qasrina hanya membatu di perhentian bas yang terletak tidak jauh dari sekolah.Tadinya hanya gerimis,tapi kini menjadi hujan yang sangat lebat.Seluruh lantai di perhentian bas sudah di banjiri air.Kain,baju,kasut,dan tudungnya pula sudah basah.

Qasrina berpeluk tubuh.Sudah lah dia tersekat di sini,badannya pula sudah diselimuti dengan kesejukan ketika ini."Haish!menyesal lah aku naik motor.Kan best kalau aku dapat naik kereta.Senang sikit.Hujan ke,ribut ke,boleh je aku balik dengan tenang", walaupun dalam keadaan begini,Qasrina tetap boleh membebel.

"Bila lah hujan ni nak berhenti?tolong lah berhenti.Aku nak balik ni", Qasrina merayu.Air hujan yang telah pun membanjiri lantai perhentian bas itu di pijak beberapa kali.Geram pula rasanya.Walaupun percikan itu mengenai kasut,stokin,kain dan termasuklah wajahnya,die tidak kisah.'Alang-alang dah basah.Baik basahkan je semuanya'.

Sedang asyik die bermain dengan air hujan yang membanjiri kawasan itu,tiga orang lelaki datang ke perhentian bas.Mereka mengambil tempat tidak jauh dari Qasrina.Dari wajah mereka,nampak macam..kurang baik je.Qasrina beriak tenang walaupun jantungnya sudah tidak tenteram.Hatinya meronta agar pergi dari tempat itu namun akalnya menghalang.Takut jika berbuat demikian,mereka bertiga lagi tertarik pada nya.

Die mengesot sedikit ke tepi.Menjauhkan jaraknya dari tiga orang lelaki tadi.Qasrina berpura-pura tidak ambil kisah walaupun ekor matanya selalu memandang kelakuan mereka.Seorang daripada tiga lelaki itu baru sedar akan kehadirannya.Lantas die memberitahu dua lagi lelaki di situ.Qasrina sudah gelisah.Matanya memandang ke arah jalanraya di hadapan.'Aduh!kenapa takde satu pun kereta yang lalu dekat sini?',

Seorang lelaki telah bangun dan terus mengambil tempat di sebelah Qasrina.Qasrina masih berpura-pura."Hai,cik adik", lelaki itu menyapa dengan senyuman kegatalan!

Qasrina tidak memandang dan tidak langsung menghiraukan kata-kata nya."Beb..die ni liat sikit lah", jerit lelaki tadi kepada dua orang lagi sahabatnya yang lain.Dengan itu,dua lelaki tersebut menghampiri dan terus mengepung Qasrina.Seorang berada di sebelah kiri,seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di hadapannya.

Qasrina sudah gementar.Dalam hatinya tidak henti-henti memohon perlindungan dari Allah.Beg sandang yang di pegangnya sedari tadi semakin erat dalam pelukannya.

"Adik buat ape kat sini sorang-sorang?", lelaki yang berada di hadapannya menyoal pula.

Seperti tadi,tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Qasrina.Hatinya melarang untuk menangis kerana takut dianggap lemah dan lagi senang lah mereka nak ape-apekan dirinya.Namun,jika berlaku sesuatu seperti ini,mana die tidak menangis?sudah lah tiada sesiapa di situ,die pula seorang perempuan.

Saat air matanya menitis,die pantas menundukkan wajah.Mujur wajahnya sudah basah dek kerana terkena percikan air tadi.Jadi tidak lah nampak sangat yang die sedang menangis.

"Ek ehh,sombong pula adik ni.Adik nak kitorang teman ke?boleh je", lelaki yang berdiri di sebelah kiri Qasrina bersuara.

"Adik ni cantik lah", lelaki di sebelah kanan Qasrina cuba untuk menyentuh pipi gadis itu namun lantas ditepis.

"Alamak,garang pula die ni.Geng,pegang die!", lelaki di hadapan bersuara tegas.

Dengan serta merta,kedua lelaki di sebelah Qasrina terus merentap kedua belah tangan nya.Qasrina sudah takut.

"Ish!kau nak buat ape ni?lepaskan lah aku!", Qasrina mencuba untuk melepaskan kedua belah tangannya,namun apalah sangat kudrat wanitanya boleh lakukan?

"Relax lah.Kitorang cakap baik-baik kau tak nak dengar,kan?jadi kitorang terpaksalah buat cara kasar",

"Lepaslah!tolong!", Qasrina menjerit sekuat hati.

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now