BAB 7

10.6K 366 0
                                    

"RINA..tak siap lagi ke tu?",jerit Puan Maizurah dari tingkat bawah.

"Dah siap dah.Nak turun ni", Qasrina pula membalas.

Beberapa minit kemudian,Qasrina turun ke ruang tamu.Nampak anggun dengan berpakaian baju kurung moden berwarna coklat dan hitam yang bercorakkan parsley pada nya.Selendang coklat cerah di kepalanya dibetulkan seketika.

"Amboi..bersiap kemain lama lagi.Bukannya majlis khawin Rina pun", Puan Maizurah mengusik.

"Ek eh ummi ni.Ke situ pulak.Kalau majlis khawin Rina,lagi berejam lah nak siap.Lagi satu,untuk wedding,Rina akan makeup lagi lawa nanti",

"Alahai..loya tekak ummi ni dengar.SPM pun idok lagi dah pikir pasal wedding", Puan Maizurah membuat muka garang.

Qasrina hanya tersengih pada ibunya yang menyarung jubah berwarna krim."Dah jom,nanti lambat pula.Tutup pintu dengan grill ni",arah Puan Maizurah pada Qasrina setelah melangkah keluar dari rumah.

"Ummi..kite jalan kaki je ke?",

"Habistu?bukannya jauh pun rumahnya.Selang satu rumah je.Jom..",

"ASSALAMUALAIKUM", salam diberi oleh Puan Maizurah tatkala sampai sahaja dihadapan pintu.Entah mengapa jantung Qasrina tiba-tiba sahaja berdegup kencang.

"Waalaikumsalam,hah..datang pun", kata seorang wanita dalam lingkungan 5 tahun pada Puan Maizurah dan Qasrina.Sebuah senyuman manis terhias di wajahnya.

"Mestilah datang,maaf lah lambat sikit.Ni ha..tunggu anak dara bersiap.Kata lima minit,tapi hampir 30 minit jugak lah menunggu",

Qasrina tersengih.Lengan Puan Maizurah ditampar lembut.Malu die dibuatnya.'Mana ade sampai 30 minit.25 minit je'.

"Ohh,ni lah anak dara Zura tu?cantiknya.Nama siapa?", wanita itu menyoal Qasrina sambil tangannya dihulur untuk disalami oleh Qasrina.

Huluran wanita itu disambut."Qaseh Qasrina", Qasrina menjawab lambut.

"Rina..ni Puan Fazila", Puan Maizurah memperkenalkan Puan Fazila pada Qasrina.

"Ehh,takyah lah panggil 'puan',panggil je Cik Faz",

Qasrina mengangguk sambil tersenyum."Apa khabar,Cik Faz?",

"Khabar baik,alahai,lemah lembutnya.Ehh,jom lah masuk.Ape pula cakap kat luar ni kan?masuk masuk",

Qasrina dan Puan Maizurah melangkah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat.Cantik.Hiasan dalam yang simple tapi elegant.Mungkin tema warna ruang tamu berwarna biru dan putih memandangkan kabanyakan perabot dan barang hiasan lain berwarna biru dan putih.

Sebaik sahaja Puan Maizurah dan Qasrina mengambil tempat di atas sofa,mata Qasrina melilau memanndang barang-barang yang dihias di ruang tamu.Sesekali matanya menjeling pada makanan-makanan yang terhidang di atas meja.Mungkin masih awal lagi dari waktu sebenar majlis,sebab itu lah tiada orang lagi di sini.

"Anak Faz mana?", soal Puan Maizurah pada Puan Fazila yang sedang menuangkan air sirap ke dalam gelas di hadapan mereka.

"Die pergi surau kejap,tu yang kereta kat depan tu takde.Kejap lagi die balik lah", segelas air sirap di letakkan di hadapan Puan Maizurah dan kemudian pada Qasrina.

Qasrina hanya diam.Orang kata tak baik menyampuk orang tua-tua cakap.So,lebih baik diam.Matanya meliar memandang gambar-gambar yang tergantung pada dinding.Satu-satu gambar itu dipandang.Tetapi matanya tertarik pada sebuah bingkai gambar yang berada tidak jauh darinya.Gambar seorang budak lelaki yang memakai jubah ungu berserta segulung sijil ditangannya.Qasrina menatap lama wajah itu.'Ek ehh,hidung,mata dengan mulut budak ni sama macam cikgu Zhaf.Ha ha ha,tak sangka betul'.

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now