BAB 31

8.5K 255 0
                                    

MALAM ini sungguh sunyi tanpa kerlipan bintang mahupun cahaya bulan.Tiada mana-mana sinaran yang dapat menerangkan malam yang begitu sepi ini.Begitu juga dengan Qasrina.Tiada apa-apa yang dapat menyembuhkan luka di hati nya.Dan tiada juga yang dapat menghentikan air mata nya dari terus mengalir dan mengalir.

Selesai sahaja mandi,Qasrina terus terduduk di balkoni rumah nya.Tanpa sebarang kata,dia mengalirkan air mata tanpa henti.Tak dapat digambar kan dengan kata-kata bertapa dalam nya luka yang telah Rayyan beri untuk diri nya.

Hampir setiap saat dia merindui lelaki yang bergelar Rayyan Zhafrin.Tapi rupanya Rayyan langsung tidak mengingati gadis yang bernama Qaseh Qasrina.Apatah lagi merindui diri nya?malah Rayyan boleh lagi menjalin kan hubungan cinta dengan gadis yang bakal bergelar isteri nya tidak lama lagi.

Langsung lelaki itu tidak memikirkan tentang Qasrina?selama lima tahun mereka terpisah,selama itu juga kah nama 'Qasrina' itu hilang dari benak fikiran Rayyan?tidak kah langsung terlintas difikiran nya untuk mengingati Qasrina?

Adakah ingatan Rayyan tentang Qasrina terkubur begitu sahaja di Sekolah Menengah Putrajaya pada lima tahun yang lepas?dia tidak terfikir untuk menggamit kenangan-kenangan mereka di sana?

Qasrina,Rayyan tak akan jadi begini kalau kau tak mulakan segala nya.Ni semua salah kau.Nampak nya,betul sangkaan Qasrina.Rayyan masih berkecil hati dengan nya sampai sanggup melupakan diri nya yang diselinuti dengan rasa bersalah pada lelaki itu selama lima tahun lama nya.Lima tahun dia memendam rindu walaupun perasaan itu sudah beberapa kali cuba dibuang jauh.

Tapi apa yang Rayyan lakukan selama lima tahun ini?jawapan nya mudah.Lima tahun ini Rayyan bahagia bersama dengan wanita yang telah berjaya mencuri hati nya.Sekurang-kurang nya wanita itu lebih baik,pandai jaga hati dan berperasaan.Bukan macam kau,Qasrina!

Takkan lah disebabkan kesalahan nya pada lima tahun lepas,Rayyan sanggup menghukum diri nya seperti ini?

Rayyan penipu!dalam surat itu dia menulis bahawa dia telah memaafkan segala kesalahan Qasrina.Tapi..rupa nya dia telah menghukum dan menyeksa Qasrina selama lima tahun.

Sungguh!Qasrina merindui lelaki itu.Qasrina terlalu rindu.Selama ini dia berharap agar Rayyan juga merasai perkara yang sama.Tapi..rasa rindu itu hadir dalam diri Rayyan bukan buat nya.Jauh sama sekali.

Dulu..dia tidak menolak perasaan yang hadir dalam diri nya buat Rayyan.Sekuat hati,dia menolak.Tapi..dia mengaku yang dia gagal.Perasaan itu terus mengasak fikiran nya untuk terus menunggu dan merindui lelaki itu.Akhir nya,dia menerima perasaan itu dengan hati yang terbuka.

Dan perasaan itu digelar..Cinta.Ye!dia telah menyanyangi Rayyan.Dia telah jatuh cinta pada Rayyan selama ni.Tapi die menolak keras perasaan itu.Saat dia dapat menerima perasaan cinta dalam diri nya dan saat hati nya hanya dikhaskan buat Rayyan,perasaan cinta nya itu dibuang begitu sahaja!tidak langsung dihargai!semua perasaan nya itu sia-sia.Kerana apa?kerana semua nya dah terlambat.Dia terlambat untuk menerima perasaan itu dan yang paling penting..dia dah terlambat untuk meluahkan cinta nya pada Rayyan.

QASRINA bangun dari duduk nya.Dia melangkah masuk ke dalam rumah.Air mata nya yang sudah membasahi seluruh muka tidak langsung di seka.Dia terus melangkah ke arah meja belajar.Di situ tersusun segala barang-barang kenangan nya bersama dengan Rayyan.Dia tidak sempat untuk mengemas semalam.

Barang-barang itu dipandang lama.Kemudian,die mendekati meja setapak demi setapak.

PRANG!

Sekelip mata sahaja,barang-barang yang tersusun di atas meja tadi telah ditolak jatuh ke atas lantai oleh Qasrina.Bukan barang kenangan nya sahaja,malah segala barang nya yang berada di atas meja itu juga turut terjatuh sama.Ada juga kaca yang bersepai ke atas lantai.Kaca itu datang nya dari frame gambar yang terletak di atas meja itu tadi.

"Argh!!..", dia menjeri sekuat hati.

Lutut nya lemah.Terus dia terkulai di atas lantai.Sekali lagi,dia memandang barang-barang yang bertaburan di atas lantai.Hati nya masih belum puas!Kesakitan yang dirasai tak sesenang tu untuk di luahkan.

Terus tangan nya mencapai buku rujukan yang dihadiahkan oleh Rayyan.Nak buat apa dengan buku tu?begini Qasrina buat..

Dia mengoyak kan semua helaian buku tersebut dengan air mata yang semakin lama semakin laju mengalir.Dikoyakkan buku tersebut termasuk lah kulit buku.Penanda buku yang berada di situ turut sama menjadi mangsa.Sebelum dia 'mengorbankan' nya,sempat dia membaca buat kali terakhir perkataan yang tertulis pada nya.

'Love Forever,

R & R '

Dan tanpa membuang masa,penanda buku tersebut juga dikoyakkan.Qasrina sudah teresak-esak.Tapi hati nya masih belum puas walaupun segala nya sudah dikoyakkan dan bertaburan di atas lantai.

Entah apa lagi yang akan menjadi mangsa koyakan nya lagi.Ohh ya!masih ada satu lagi yang belum dikoyakkan.Buku latihan nya.Terus dia mencapai buku latihan yang berada berdekatan dengan kaca yang bertaburan.

Qasrina memandang pada buku latihan dan kaca yang bertaburan silih berganti.Tangan nya mencapai sekeping kaca.Buku latihan di tangan nya dibuka lalu dicaritkan kaca tersebut pada setiap helaian sehingga terkoyak.Dan disebabkan pergerakan tangan Qasrina yang agak laju,jari telunjuk nya terkena bahagian tajam kaca.Darah di jari nya mengalir keluar bersama dengan air mata nya.

Tiba-tiba,Qasrina seperti baru tersedar dari segala perbuatan nya.Dia memandang pada lantai.Habis bertaburan dengan koyakkan kertas.Die memandang pula pada jari nya yang tiba-tiba sahaja terasa pedih.Ada darah.

Qasrina mengucap panjang.Dada nya di dipegang.Tak cukup itu,ayat Kursi dibaca.Sungguh dia tidak sedar dengan perbuatan nya tadi.Dia memang seorang yang boleh melakukan perkara yang merbahayakan jika emosi nya tidak stabil.Kalau di rumah,jika Qasrina jadi begini,Puan Maizurah dan Qhalif lah yang akan menenangkan nya.

Dia baru teringat yang dia masih belum menunaikan solat Isyak.Sebab tu lah syaitan berlegar-legar di sekeliling nya.Terus dia menuju ke bilik air.

Selesai menunaikan solat Isyak,Qasrina mengemas kembali segala sampah yang telah dibuat.Cadang nya,dia nak buang semua kertas-kertas tu.Ye la,dah bersepah macam tu,takkan nak simpan.Tapi hati nya kuat melarang.Biar lah dia simpan segala barang-barang kenangan nya dengan Rayyan.Walaupun Rayyan sudah pergi jauh dari nya,tetapi barang-barang berharga mereka masih ada.Cukup lah itu menjadi kenangan yang paling terindah.

Kertas-kertas tadi di simpan kembali ke dalam kotak.Kemudian,terus dia masuk ke dalam bilik.Satu je yang bermain di fikiran nya sekarang ini,dia tidak akan percaya bulat-bulat jika tiada bukti.Jika ada bukti depan mata,dia akan percaya.

~~~ √ ~~~

"HELLO,Assalamualaikum", sapa Qasrina sebaik sahaja dia menjawab panggilan.

"Waalaikumussalam,Rina.Kau okay tak?", terus Lia menyoal Qasrina.Suara nya sedikit cemas.

Qasrina yang sedang mengunci grill rumah nya menjawab "Okay je.Kenapa?", mustahil Lia tahu apa terjadi ke atas diri nya semalam.Biar lah perkara itu menjadi rahsia nya.Dia pun dah boleh menerima kenyataan jika Rayyan akan berkhawin tidak lama lagi.Ini semuakan perpunca dari nya,jadi dia terima.Cukup lah asal dia tengok Rayyan bahagia.

"Tak lah.Semalam kau tiba-tiba je balik.Lepastu malam nya aku call kau tak angkat.Lyn pun cuba call tapi kau tak jawab jugak.Risau kitorang,tahu tak?",

Qasrina senyum."Sorry lah.Semalam aku balik sebab ada hal.Lepastu malam nya aku penat sangat.So,aku tertidur awal", Qasrina propa.

"Sure kau okay", Lia ingin kan kepastian.Lepas tu,baru lah dia boleh bekerja dengan tenang.

"Yes,I really sure.I'm fine,okay?don't worry about me",

"Kalau macam tu,okay lah.Okay lah.I got to go.Take care tau.Bye,Assalamualaikum",

Talian pun dimatikan.Qasrina masih tersenyum.Biar lah jika dia kehilangan orang yang dah tak sayang diri nya.Yang penting,dia masih ada lagi orang yang masih sayang pada nya.

**bersambung di bab seterusnya**

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now