LONG!apa ni?takkan baru first round dah pancit?",
Qhalif mengangkat muka.Peluh diwajah nya dilap menggunakan tuala kecil yang dililit pada leher."Sabar lah.Along dah lama tak jogging.Penat sikit", dada nya berombak laju.Dia mencari nafas.Ni lah padah kalau terlalu fokus pada study sampai lupa kesihatan.
"Eleh..propa lah tu.Rina sambung second round,okay?kalau along terror,catch me if you can.Jangan rest lambat sangat.Malu nanti orang tengok", usik Qasrina.Earphone di tangan nya disumbat ke dalam telinga kiri sebelum dia menyambung larian kecil nya.Qhalif ditinggalkan di atas bangku.
"Kerna aku,mencintai mu..dan hati ku,hanya untukmu.Tak akan menyerah dan takkan berhenti..mencintai mu..ohhh..ku berdu..", nyanyian Qasrina terhenti tatkala dia terlanggar tubuh seseorang.Dia hilang keseimbangan.Nasib baik dia sempat memegang 'sesuatu'.
'Uish,apa yang aku langgar ni?tembok konkrit ke?'.
"Awak memang suka langgar saya eh?",
Qasrina mengangkat muka sebaik sahaja suara garau itu menyelinap masuk ke dalam telinga nya.Mebuntang mata nya melihat Rayyan yang sedang tersenyum kepada nya.
"Cikgu buat apa dekat sini?", soal Qasrina namun mata nya tertancap pada sesuatu.Terus dia melepaskan pegangan tangan Rayyan pada lengan nya."Kenapa cikgu pegang saya?", Qasrina menapak beberapa langkah kebelakang.
"Saya pulak yang awak salah kan?awak yang terlanggar saya tadi.Awak dulu yang pegang lengan saya.So saya pegang lah balik sebab saya tak nak bagi awak terjatuh.Awak patut nya bersyukur,kalau tak..memang awak dah terduduk atas simen ni",
Qasrina diam.'Betul jugak.Kalau aku terjatuh atas lantai ni tadi..uish!memang berterabur lah tulang punggung aku'.
"Hm..thanks", Qasrina jawab acuh tak acuh.Dia malu lah sebenar nya.
"Most welcome.Awak jogging sorang je ke?",soal Rayyan.Dia mengharapkan agar perkara semalam telah dilupakan oleh Qasrina.Tapi mustahil!eh..tak mustahil jugak sebab Qasrina ni kan seorang yang short memory.
"Tak.Saya dengan..", ayat Qasrina tergantung tatkala tiba-tiba sahaja Qhalif muncul disebelah nya.Dia senyum."Lambat nya.Berjanggut Rina tunggu",
Qhalif membalas senyuman Qasrina."Sorry lah.Eleh..setakat lambat lima minit je pun", Qhalif baru perasan kehadiran Rayyan di hadapan nya.Dia senyum pada Rayyan."Siapa ni,Rina?",
"Ohh..ni cikgu Zhaf", Qasrina memperkenalkan Rayyan pada Qhalif buat pertama kali.Qhalif terus tersenyum lebar.Dia menghulurkan tangan nya pada Rayyan."Hai..Qhalif",
Rayyan menyambut huluran Qhalif."Saya Rayyan", 'Siapa Qhalif ni?tengok macam sebaya je.Muka pun handsome juga.Boyfriend Rina ke?'.
"Boyfriend awak ke,Rina?",soal Rayyan dengan wajah yang hairan.Namun disebalik wajah itu,dia mengharap agar lelaki di hadapan nya ini bukan lelaki yang bertakhta di dalam hati Qasrina.
Qasrina dan Qhalif saling berpandangan sebelum Qhalif menghembur tawa nya.Manakala Qasrina hanya tersenyum."Tak de siapa yang nak ada girlfriend macam budak ni.Degil melangit", Qhalif mengutuk Qasrina.
'Ewah!suka hati je nak kutuk aku depan cikgu Zhaf.Tak membantu langsung lah along ni!'.
"Cikgu..kalau saya dah terdesak nak carik pakwe sekali pun,saya tak kan carik yang macam abang saya ni", paku buah keras dikembalikan semula pada Qhalif.'Padan muka!kutuk aku sangat'.
"Abang?maksud nya dia abang awak?",
"Ye..saya abang kepada budak degil ni.Awak rupa nya cikgu Zhaf.Umur berapa?kenapa nampak sebaya?",
"Umur saya 22 tahun",
"Awak dah 22 tahun?tak nampak macam 22 tahun pun.Tadi saya ingatkan awak classmates Rina",
Qasrina hanya memasang telinga mendengar perbualan Qhalif dan Rayyan.Tapi dia setuju sangat dengan kata-kata Qhalif.Rayyan memang tak nampak seperti berumur 22 tahun.Jika dia tidak kenal Rayyan,pasti dia juga akan menganggap Rayyan baru berumur 18 tahun.Di antara Qhalif dan Rayyan,Rayyan lebih menyerlah berbanding abang nya.Memang Qhalif ini ada 'pakej',tapi saat dia berdiri di sebelah Rayyan,'pakej' itu semua beralih pada Rayyan.
"Ops!along lupa lah,Rina.Sepatut nya along kena jumpa kawan sekarang ni.Er..takpelah,Rina sambung lah jogging dengan cikgu Zhaf.Along pergi dulu.Bye", tanpa sempat Qasrina berkata apa-apa,Qhalif terlebih dahulu pergi meninggalkan Qasrina dan Rayyan.
Maka dengan itu,tinggal lah Rayyan bersama dengan Qasrina berdua di Tasik Putrajaya.
~~~ √ ~~~
"RINA?entah lah.Rasa nya hari ni dia spend times dengan abang dia.Kenapa?",
"Sure?saya saja tanya sebab saya nak mintak tolong dia sikit",kata Khairin pada Lia.Tadi dia ternampak Lia yang sedang menyiram pokok bunga di luar rumah.Oh ya!lupa nak bagitahu.Khairin dan Lia ni satu taman.Macam Qasrina dan Rayyan jugak lah.
"Ohh,takpe lah.Nanti saya bagitahu Rina,okay?", Lia tersenyum.
"Okay.Thanks,Lia.Saya mintak diri dulu ye?assalamualaikum",
"Waalaikumssalam",
~~~ √ ~~~
"KENAPA tak reply text saya semalam?", Rayyan memecahkan kesunyian mereka berdua di bangku yang menghadap tasik pada waktu pagi.Pagi ini agak dingin sedikit walaupun jarum jam sudah menunjukkan pukul 9:00 pagi.Mungkin kerana malam tadi hujan lebat.
"Saya dah reply.Cikgu yang dah tertidur", jawapan Qasrina mendatar.Pandangan nya tidak berganjak dari tasik yang luas terbentang.
"Memang lah awak dah reply,tapi apa yang awak reply tu tak de kena mengena dengan text saya", Rayyan memandang Qasrina sekilas.Wajah nya tenang sahaja.
Qasrina diam.Dia menarik nafas dalam."Saya maafkan cikgu", Qasrina tersenyum pada Rayyan.Jujur nya,dia tiada hak untuk menolak kemaafan Rayyan.Nabi Muhammad pun boleh memaafkan umat nya,apatah lagi dia sebagai manusia yang lemah.Lagipun,Rayyan itu guru nya.Tak nak dia gagal dalam SPM sebab perkara remeh ni.
Rayyan memandang Qasrina dengan riak tidak percaya.'Dah maafkan?sekejap nya dia merajuk'."Betul ni?",
"Betul lah.Tapi kalau cikgu nak suruh saya tarik balik maaf tu..",
"Okay okay.Thanks.Jom..", Rayyan tersenyum lebar."Jom?",
"Sambung jogging",
"Jom",
**bersambung di bab seterus nya**
YOU ARE READING
Love you,Mr Add Math!
RandomRayyan Zhafrin,seorang guru Add Math yang telah jatuh cinta pada pelajarnya.Sejak insiden yang membawa kepada pertemuan pertama,hatinya benar-benar merasakan gadis comel itu adalah jodohnya.Sejak dari itu,mereka berdua sering terjumpa.Berjiran pula...