BAB 34

7.7K 272 5
                                    

RAYYAN tidak jemu-jemu dari memandang telefon bimbit nya.Sesekali dia tersenyum dan sesekali dia ketawa.Entah apa lah yang ada pada telefon itu.Dan fikiran nya pula tiba-tiba sahaja diketuk oleh sesuatu.

Sesuatu?

Ye..sesuatu.Rasa nya apa?tentu lah dia teringat sewaktu dia terjumpa dengan Qasrina pada petang semalam.Sungguh dia terkejut!sampai jantung nya terus berdetak laju bila merenung wajah comel milik gadis yang dirindui nya selama ini.

Dia tidak menyangka bahawa dia akan berjumpa dengan Qasrina semalam.
Sangka nya tiada lagi pertemuan antara mereka.Tapi..apa boleh buat jika tgakdir tetap ingin mereka ditemukan

Memikirkan gadis comel itu membuatkan dia tersenyum sendiri.Qaseh Qasrina..lima tahun dia merindui suara lemah lembut,kenakalan yang tidak terkata dan wajah comel milik Qasrina yang seolah-olah boleh menghilangkan rasa amarah yang membaluti hati dan perasaan nya.

Sejujur nya,hanya Qasrina yang layak membuatkan jantung nya tidak terkawal,boleh membuatkan dia tersenyum sehingga hari esok,boleh menjadikan fikiran nya yang berserabut menjadi tenang bila memandang wajah nya dan yang paling penting,hanya Qasrina yang dapat mewarnai setiap saat dalam hidup nya pada suatu ketika dulu dan..

'Suatu ketika dulu?macam mana dengan sekarang?adakah semua kelayakan Qasrina itu hilang?dia dah tak layak ke dalam hati kau,Rayyan?atau ada wanita lain yang lebih layak dari dia?'.Hati Rayyan seolah-olah menyoal diri nya sendiri.

Untuk jawapan bagi persoalan dari hati nya,Rayyan tidak dapat memberi jawapan.Mungkin juga jawapan nya "Ye" dan mungkin jawapan nya "Qasrina masih lagi layak untuk semua itu",

Cuma sekarang ini,yang membuatkan hati nya sedikit kecewa adalah Qasrina tidak langsung menegur ataupun memandang nya sewaktu di butik semalam.Dia hanya bercakap dengan Nia sahaja.Kewujudan nya seakan tiada erti buat Qasrina.Dan  Qasrina juga tidak menunjukkan riak terkejut tatkala mereka bertembung mata.Padahal jantung Rayyan bagaikan nak gugur apabila memandang nya.

Tapi kenapa?mengapa Qasrina bertindak begitu?dia sudah dilupakan ke?ataupun Qasrina masih marahkan diri nya tentang pergaduhan saat pertemuan kali terakhir mereka?

Argh!semua soalan ini lagi menambahkan kesakitan di dalam hati nya.

Cuma satu je yang dia harap.Harapan nya hanya lah mengharapkan agar hubungan mereka kembali seperti dulu.Dia terlalu merindui Qaseh Qasrina.Ye..itu kenyataan.

LAMUNAN Rayyan yang sudah jauh menerbang ke planet Pluto kembali ke dunia nyata sebaik sahaja dia dikejutkan dengan bunyi dari telefon bimbit nya yang menandakan ada mesej masuk.Terus dia mencapai telefon bimbit di sebelah nya.

'Incoming messages from Nia'

Rayyan membaca mesej yang dikirim dari Nia.

"Assalamualaikum,ganggu ke?just nak remind awak yang esok kita kena pergi tengok dewan and then pergi cari gift door.Jangan lupa,tau",

Rayyan membalas.

"Tak ganggu pun.Takkan lah saya lupa hal penting macam tu.Alright,nanti saya pick up awak dekat rumah.Pukul 10 pagi.Sharp!",

Beberapa minit selepas itu,dia menerima mesej dari Nia lagi.

"Hehehe..beres! ;) ",

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now