SEKEJAP sahaja Qasrina sudah sampai di bilik guru di tingkat tiga.Saat-saat genting begini kaki nya bagaikan dipasang enjin turbo.Nafas nya yang sudah tidak cukup itu tidak dihiraukan.Tak penting!kalau dia mati sekali pun sebab tak cukup nafas demi nak jumpa Rayyan,dia pasrah!
Mata nya meliar mencari susuk tubuh Rayyan di dalam bilik guru.Tapi carian nya bertemu jalan mati.Meja Rayyan kosong.Segala barang nya sudah tiada di situ.Kemudian,dia beralih pula pada pantri kecil yang terletak tidak jauh dari situ.Jawapan nya tetap sama.Susuk tubuh Rayyan gagal ditemui.Hanya ada beberapa orang guru sahaja yang berada di situ.
Tapi dia tidak cepat berputus asa!dia melangkah keluar dari bilik guru.Cadang nya nak teruskan pencarian di pejabat pula.Mana lah tahu kut-kut Rayyan ada urusan sikit kat situ.Namun..dia tersenyum sendiri bila ternampak Rayyan yang sedang menuruni tangga ke tingkat bawah.Macam mana dia boleh tak terserempak tadi?jawapan nya sebab tangga yang betul-betul di hadapan bilik guru ini khas untuk laluan guru sahaja.Manusia yang bergelar pelajar,sila lah menggunakan tangga yang terletak di sebelah pejabat.
Qasrina menghela nafas lega.Syukur dipanjatkan.Tak sia-sia kepenatan nya berlari merentasi bangunan block A dan B dan kemudian dia mendaki pula sehingga ke tingkat tiga.Saat mulut nya hendak memanggil Rayyan,lengan nya dipegang.Terkejut yang tak berapa nak terkejut dia dibuat nya.Terus dia berpaling pada pemilik yang memegang lengan nya.Cikgu Syira memandang nya dengan penuh hairan.
"Awak buat apa dekat sini?", cikgu Syira melepaskan lengan Qasrina.
"Saya?er..saya nak..", Qasrina mencari akal.Takkan lah pulak dia nak bagitahu cikgu Syira yang dia bersusah payah naik ke tingkat tiga ni semata-mata nak carik Rayyan.
"Nak apa?lagi lima minit exam dah nak mula.Kenapa kat sini lagi?", cikgu Syira mula tegas.Jarang dapat tengok cikgu Syira ni marah.Dari rupa memang dah cun persis wanita melayu terakhir.Tapi bila dah buka topeng keayuan nya tuh..jangan cakap lah!kucing yang tengok pun boleh tercirit.
Qasrina tersengih.Kemudian,dia beralih pandang pada tangga dihadapan.Takut-takut Rayyan dah turun.Namun sengihan nya mati katak di situ juga.Bukan sebab Rayyan dah pergi.Dia masih berada di anak tangga yang terakhir.Tapi apa yang telah mematikan sengihan nya tadi adalah bila mata bulat nya melihat adegan ala-ala drama yang diadaptasi dari novel.
Dia memandang ke arah tangga itu lagi.Mata nya dikerdip beberapa kali.Dia tak pasti apa yang dia nampak tu betul atau tidak.Harap nya hanya mimpi di siang hari.Tapi sangkaan nya meleset.Walau beberapa kali sekalipun mata nya dikerdipkan sehingga naik pedih,adegan drama di hadapan nya tetap sama.
Cikgu Syira yang masih disebelah nya tidak dihiraukan langsung.Yang penting sekarang ini..hatinya.Hati nya terlampau pedih melihat cikgu Maira yang sedang menghulurkan sekotak hadiah pada Rayyan.Mereka berbual terlebih dahulu sebelum Rayyan menyambut huluran dari cikgu Maira.Siap tersenyum-senyum lagi kedua mereka.Terus hati perempuan Qasrina berkecai,berderai,berterabur dan segala 'ber' lagi.Mata nya sudah pedih.Bukan kerana telah menjadi mangsa kerdipan,tapi sudah tentu kerana menahan air mata nya yang mulai daripada bertakung.
Dan selepas itu,Rayyan meminta diri dari cikgu Maira dan terus menyambung langkah nya menuju ke arah kereta.
"Rina?",
Panggilan cikgu Syira telah menyedarkan Qasrina daripada terus melayan perasaan leleh nya.Dia memandang cikgu Syira dengan wajah yang kosong.Tanpa sebarang perasaan.Perasaan nya telah dibekukan oleh adegan paling 'sweet' tadi."Awak buat apa dekat sini?", suara cikgu Syira seperti tadi.Tegas.
"Em..saya..", sebelum menjawab,Qasrina sempat memandang kereta Nissan Almera putih milik Rayyan yang baru sahaja pergi meninggalkan garaj.Kecewa!
YOU ARE READING
Love you,Mr Add Math!
RandomRayyan Zhafrin,seorang guru Add Math yang telah jatuh cinta pada pelajarnya.Sejak insiden yang membawa kepada pertemuan pertama,hatinya benar-benar merasakan gadis comel itu adalah jodohnya.Sejak dari itu,mereka berdua sering terjumpa.Berjiran pula...