QASRINA menuruni anak tangga setelah dipanggil oleh Puan Maizurah.Harini Raihan datang ke rumah.Sebab apa tak tahu lah pulak.Bincang pasal wedding kut.Tapi apa lagi yang nak dibincangkan?rasa nya semua dah selesai.Baju,pelamin dan catering.Apa yang tak cukup lagi?dia dah tak batalkan perkhawinan ni pun dah bersyukur.Kalau ikut hati gila nya ni,awal-awal lagi dia dah cancel wedding ni dan terus pergi pada Rayyan.Tapi tu nama nya orang yang tiada hati dan perasaan.Dia ada hati dan perasaan.
Macam mana dia boleh akur untuk berkhawin dengan Raihan?
Dia akur sebab keputusan untuk menerima lamaran Raihan tanpa berfikir panjang adalah keputusan nya sendiri.Dia yang memberi jawapan tanpa meminta walau sesaat pun masa untuk berfikir.Jadi,ni lah keputusan nya.Dia kena terima walaupun dia tak rela.Dia yang nak sangat kan?padan lah muka!
Rayyan?
Hm..entah lah.Haritu Raihan ada bagitahu nya yang Rayyan bakal berkhawin selepas dia dan Raihan mendirikan rumah tangga.
Tak sedih?
Mestilah sedih!gila ke tak sedih kalau orang kita sayang nak khawin dengan orang lain?tapi dia bersyukur sebab Rayyan bakal berkhawin tak lama lagi.Sekurang-kurang nya,bakal isteri dia tu boleh jaga hati dan perasaan nya.Bukan macam Qasrina ni!sakit kan hati orang je tahu nya.Lagipun dia pun dah penat dah menangis atas keputusan terburu-buru nya sendiri.Tapi dia tetap akur.Orang kata,berani buat berani lah tanggung,kan?
SAMPAI sahaja kaki nya di anak tangga terakhir,dia terkejut.Sangka nya hanya Raihan saje yang datang.Tapi rupa nya,satu family mentua nya datang.Ada Puan Fazila,Raihan dan Rayyan.
Dia beriak selamba menuju ke arah ruang tamu.Alamak!takde tempat kosong.Mata nya mencari sofa mahupun ruang yang kosong untuk dia duduk.Ada satu,tapi di sebelah Rayyan.Gila ke apa nak duduk situ?nak kena marah dengan Raihan?atau nak kena penampar free dengan bakal kakak ipar nya?huhu..tak sanggup.
Mata nya melilau lagi mencari tempat kosong.Ada ruang kosong di sebelah Qhalif tapi ruang nya agak sempit.Biarlah.Janji tak duduk sebelah Rayyan.Muat ke?takpe.Ada kita kisah?
Dengan itu,dengan selamba tapir hutan nya dia duduk di atas riba Qhalif.Ruang tu kecil sangat.
"Aduh!apa duduk atas along pulak ni?", Qhalif mengaduh kesakitan.Ingat Qasrina ni ringan sangat?nampak je kecil-kecil molek tapi berat nya boleh tahan.Disebabkan suara Qhalif yang agak kuat,semua mata memandang ke arah dua beradik ini.Termasuk lah Kak Mimi di sebelah nya.Sampai terlepas tawa kecil nya melihat telatah suami dan adik ipar nya.
"Syutt..tak payah lah bising-bising.Dah takde tempat duduk lah", Qasrina memperlahankan suara nya.Malu lah bakal suami dan mak mentua nya tengok.
"Apa syut-syut?dekat sebelah cikgu Zhaf tu ada tempat kosong.Luas lagi tu.Duduk lah situ.Rina ni dah lah berat", Qhalif menggoyang-goyangkan peha nya supaya Qasrina bangun dari peha nya.Naik kebas dah.
Qasrina diam.Dia memandang sekejap pada Rayyan yang sedang duduk di atas sofa berangkai dua di hadapan nya.Wajah lelaki itu biasa saje.Kemudian,pandangan nya beralih pula pada Kak Mimi di sebelah Qhalif.Sebelah Kak Mimi memang dah takde ruang dah kalau aku suruh ke tepi.Nak tak nak,terpaksa lah dia akur.
Dia bangun dari peha Qhalif dan terus mengambil tempat di sebelah Rayyan.Nasib baik lah sofa tu besar.Boleh juga dia mengesot rapat ke tepi sofa.Mata nya sempat mengerling ke arah Raihan yang duduk di sebelah Puan Fazila.Lelaki itu tersenyum saje.Nasib baik.
"Ape lah Rina ni?dah besar dah kan?bakal jadi isteri orang dah pun.Tapi perangai tak ubah macam budak-budak", tegur Puan Maizurah.
Qasrina hanya tersenyum kambing.Memang tepat-tepat kena pada muka nya.Dah lah ada Raihan dan Rayyan di sebelah nya.Memang kena kaw-kaw ni.
Selepas itu,maka mula lah perbincangan antara Puan Fazila dan Puan Maizurah.Saat mereka berdua berbincang,semua mata memandang dan telinga mereka hanya mendengar perbincangan itu.Tapi tentulah tidak bagi Qasrina.Dia tiada hati langsung nak mendengar walaupun mungkin perbincangan itu berkaitan dengan wedding nya dan Raihan.
Malah Qasrina boleh lagi bermain dengan carpet di atas lantai.Kaki nya dijolok masuk ke dalam carpet kemudian diangkat-angkat carpet itu menggunakan kaki nya.Telinga nya langsung tidak menangkap perbincangan ibu dan ibu mentua nya.
Tiba-tiba..
Erk!
Carpet yang di angkat tadi tiba-tiba saje jatuh ke atas kaki Rayyan dan menjadikan kedua belah kaki putih milik Rayyan itu berada di bawah carpet.Qasrina cuba mengawal reaksi muka nya.Macam mana ni?
Dengan muka yang konon-konon nya selamba,dia membongkok dan terus mengangkat kembali carpet tadi menggunakan tangan nya.Dia tidak memandang Rayyan,cuma mata nya saje memandang kaki Rayyan.Bila kaki itu dikeluarkan oleh empunya badan,barulah Qasrina kembali duduk tegak.Fuh..lega.Nasib baik dia tak cakap apa-apa.
Kelakuan Qasrina dan Rayyan tadi telah diperhatikan oleh Qhalif.Dia tersenyum memandang kedua-dua nya.Mereka berdua memang sepadan.Bukti nya,bila tengok mereka berdua duduk di atas sofa bersama seperti itu,nampak macam suami isteri.Sweet sangat.Tapi nak buat macam mana.Mungkin bukan jodoh mereka.
Qasrina yang asyik termenung entah apa-apa baru tersedar setelah bahu nya dicuit lembut oleh seseorang.Siapa lagi kalau bukan Rayyan.Dia terus menoleh pada Rayyan.Apa main cuit-cuit ni?
Rayyan menunjuk ke arah Puan Maizurah dan Puan Fazila dengan menggunakan muncung nya pada Qasrina.Terus Qasrina menoleh mengikut muncung Rayyan tadi.
Gulp!
Semua mata di ruang tamu itu memandang nya.Apa?aku buat apa?
Die tersengih."Er..kenapa ye?", Qasrina berpura-pura tanya.Tapi memang dia tak tahu pun kenapa semua mata memandang nya.Dia buat apa?
Puan Maizurah bersuara seraya melemparkan pandangan tajam buat Qasrina."Kamu setuju ke tak?", dari tadi mereka berdua menyoal Qasrina tapi anak dara nya itu hanya mendiamkan diri.Sibuk sangat dengan dunia khayalan nya.Mujur ada Rayyan yang tolong sedarkan.
Qasrina blur.Terus dia memandang wajah Qhalif.Dia perlukan bantuan dengan segera.Kening nya diangkat beberapa kali pada Qhalif menandakan 'Apa dia?'.Namun belum sempat Qhalif menjawab,Puan Maizurah terlebih dahulu bersuara "Ni mesti tak dengar apa yantg ummi tanya tadi,kan?", tegas suara Puan Maizurah.
Qasrina hanya mampu tersenyum.Malu tu sudah pasti.Kemudian,Puan Fazila pula bersuara "Ibu plan nak ajak kamu ikut family kami bercuti",
"Bercuti?ummi tak ikut?", Qasrina dah gelisah.Takkan lah dia seorang je yang pergi?malu lah dia.Dah lahu semua anak Puan Fazila ni lelaki.
"Ummi tak ikut.Along dengan Kak Mimi je yang ikut", Puan Maizurah bersuara lagi.
Qasrina menghela nafas lega.Nasib baik ada Qhalif walaupun dia dah ada isteri.Tapi takpe.Asalkan ada yang dari keluarga nya.Takde lah dia rasa janggal sangat."Okay je", Qasrina membalas.Tapi mata nya sempat mengerling pada Rayyan di sebelah nya.Lelaki itu masih seperti tadi.Beriak tenang saje.Tapi kenapa?oh..lupa pulak.Rayyan kan bakal berkhawin.
Ohh ya!mesti Rayyan akan bawa sekali bakal isteri nya.Hm..
**bersambung di bab seterusnya**
YOU ARE READING
Love you,Mr Add Math!
RandomRayyan Zhafrin,seorang guru Add Math yang telah jatuh cinta pada pelajarnya.Sejak insiden yang membawa kepada pertemuan pertama,hatinya benar-benar merasakan gadis comel itu adalah jodohnya.Sejak dari itu,mereka berdua sering terjumpa.Berjiran pula...