BUNYI kompang yang sedang dipalu membuatkan Qasrina semakin gelisah dan gementar.Dia memandang ke kiri dan ke kanan kemudian ke kiri lagi.Kalau ikut hati,nak je dia lari keluar dari dewan ni.Tapi sudah tentu tak boleh.Nanti Raihan mencari nya pula.
Raihan mana?entah lah.Tadi dia kata nak jumpa dengan kawan nya.Sekarang ni dah masuk 20 minit dah dia meninggalkan Qasrina sorang-sorang di bahagian tepi dewan.
Bunyi kompang dipalu semakin kuat kedengaran.Itu tanda nya perarakan pengantin akan masuk ke dalam dewan tidak lama lagi.Qasrina sudah bangun dari duduk nya.Nasib baik lah dia duduk di bahagian belakang dewan.Jadi,dia tak nampak sangat jika Rayyan dan Nia masuk berjalan ke arah pelamin di sebelah kanan nya.
Dalam beg tangan nya juga dia telah sediakan dua packet tisu kecil.Standby kalau-kalau air mata nya tak dapat ditahan bila tengok Rayyan dan Nia duduk berdua di atas pelamin.Cuma dia terlupa pula nak sediakan baldi kecil.Mana lah tahu kut-kut tisu dah habis.Ada baldi nak buat tadah air mata nya nanti.
Bunyi kompang semakin hampir,hampir dan hampir kedengaran.Dan dari jauh,Qasrina nampak susuk tubuh seorang wanita dan seorang lelaki.Tapi wajah mereka itu dia tak nampak kerana terlindung dengan kepala-kepala manusia lain yang sedang sibuk mengambil gambar mereka.
Qasrina hanya memandang pengantin baru tadi melangkah ke arah pelamin.Dan sejurus itu,setitis,dua titis dan bertitis-titis air mata nya jatuh ke lantai dewan.Sebak hati nya tidak terkata.Jika dia meluahkan perasaan nya pada Rayyan terlebih awal,pasti dia lah wanita yang akan berjalan beriringan dengan Rayyan menuju ke arah pelamin dan bukan lah Nia.
"Rina..", Raihan mencuit bahu Qasrina tiba-tiba.Bila dia muncul pun tak tahu lah.
Qasrina pantas menyeka air mata nya sebelum die menoleh pada Raihan.Haish!buat drama Korea pulak kat majlis khawin orang ni.
"Ye?", Qasrina melindungi suara nya yang agak serak-serak basah.
"Jom..saya bawa awak jumpa dengan family saya.Diorang dah tunggu kat sana", Raihan menunjuk ke arah beberapa orang yang sedang berdiri tidak jauh dari pelamin.
"Ha?ohh..okay", Qasrina mengikut langkah Raihan menuju ke arah yang ditunjuk nya tadi.Semasa lalu di sebelah pelamin,dia langsung tiada hati nak pandang wajah Rayyan dan Nia.Takut pulak dia menangis lagi bila nak jumpa dengan Puan Fazila.
Dari jauh,dia nampak wajah Puan Fazila dan ada seorang lelaki di samping nya.Tapi wajah lelaki itu dia kurang nampak.
"Ibu,ni lah orang nya", Raihan terus menunjuk Qasrina pada Puan Fazila dan seorang lagi lelaki yang sedang berdiri di sebelah ibu nya.
Serentak dengan itu,Puan Fazila dan lelaki tadi memandang Qasrina.Kedua mereka terkejut.
"Qasrina?", Puan Fazila ingin kan kepastian dengan pandangan mata nya ketika ini.Qasrina tidak terkejut kerana die sudah sedia maklum bahawa ibu kepada Raihan adalah Puan Fazila,bekas jiran nya.
Terus Qasrina menyalami tangan Puan Fazila.Rindu dia pada wanita lingkungan 60 an ini."Ni Rina,cik Faz.Cik Faz sihat?", terus Qasrina beramah mesra dengan Puan Fazila manakala Raihan pula jadi hairan.Dia baru je kenalkan Qasrina pada ibu nya tadi.Tak sampai lima minit pun.Tapi nampak macam dah 'ngam' je.
"Ibu kenal ke Qasrina ni?", terus Raihan menyoal.
"Ape pula tak kenal?ni jiran ibu masa ibu dengan angah duduk kat Putrajaya dulu", Puan Fazila membuka cerita.Qasrina tersenyum walaupun senyuman nya tidak lebar.Hati nya meronta-ronta untuk memandang Rayyan di pelamin walaupum sekejap tapi dia berkeras tak nak!tak nak hati nya sakit lagi.
"Lah..yeke?kenapa awak tak bagitahu saya?", Raihan berpura-ura marah sambil mencekak pinggang.
Qasrina hanya tersenyum walaupun gaya Raaihan tadi agak comel.Tapi Rayyan lagi comel.Itu pasti!
"Angah..this is my future wife.Macam mana?lulus ke ujian nak jadi adik ipar angah?", Raihan menyoal lelaki yang sedang berdiri di sebelah Puan Fazila.
Qasrina turut sama ingin memandang lelaki tadi memandangkan semua mata sedang tertumpu pada nya.Dan saat dia terpandang wajah lelaki itu..
Jantung nya seakan terhenti selama lima saat.Mata nya juga tidak berkalih dari wajah itu.Dia bagaikan ditampar sekuat hati.Apa yang dia sedang nampak sekarang ini?tak..tak..mustahil!apa yang sedang berlaku?
"Lulus je..", Rayyan menjawab ringkas tanpa alunan.Suara nya mendatar.Die memandang kejap pada Raihan sebelum mata nya kembali memandang Qasrina.
Dan Qasrina pula..
Ya Allah,apa yang dah jadi ni?Qasrina bagikan baru teringat sesuatu.Terus dia meboleh ke arah seorang wanita dan seorang lelaki yang sedang duduk di atas pelamin.Wajah wanita itu dipandang lama.Diperah kembali semua ingatan nya.Okay!wanita itu memang Nia.Kemudian,die beralih pula pada lelaki di sebelah Nia dan dia terus terkedu dan tergamam.
Lelaki itu..bukan Rayyan Zhafrin!
Macam mana?Rayyan bukan berada di sebelah Nia di atas pelamin tetapi Rayyan sedang berada di hadapan nya sekarang ini.Sedang memakai baju melayu berwarna biru sama seperti Raihan.Maksud nya..bukan Rayyan yang akan berkhawin dengan Nia?!!
Qasrina terus lemah.Kepala nya tiba-tiba sakit dan penglihatan nya menjadi kabur.Lutut nya sangat lemah untuk berdiri dan dia hampir terbaring di atas lantai.Mujur Raihan sempat menyambut nya.
**bersambung di bab seterusnya**
-Bukan Rayyan yang berkhawin dengan Nia?habis siapa lelaki yang menjadi suami Nia?kenapa Rayyan dan Nia datang ke butik Lyn nak beli baju pengantin kalau bukan Rayyan pengantin lelaki nya?permainan apa yang sedang terjadi sekarang ini?
YOU ARE READING
Love you,Mr Add Math!
RandomRayyan Zhafrin,seorang guru Add Math yang telah jatuh cinta pada pelajarnya.Sejak insiden yang membawa kepada pertemuan pertama,hatinya benar-benar merasakan gadis comel itu adalah jodohnya.Sejak dari itu,mereka berdua sering terjumpa.Berjiran pula...