RAYYAN masih tidak berganjak dari atas kerusi.Tubuh nya terkaku di situ.Harini dia tidak pulang ke rumah Puan Fazila di Shah Alam seperti selalu.Lepas selesai sahaja majlis perkhawinan abang sulung nya,Raizul.Terus dia pulang ke rumah nya yang terletak di Cheras.Dia sungguh tiada hati nak melihat muka Raihan.
Mata nya kini hanya untuk skrin telefon bimbit di tangan nya.Wajah seorang gadis yang sedang tersenyum manis di dalam nya dipandang dengan pandangan sayu.Dia sukar untuk tafsirkan apa yang dia rasa sekarang ini.Tapi apa yang boleh dikatakan,hati nya terlalu sakit.Bertapa hancur nya hati dia bila gadis yang dicintai dan dirindui nya selama lima tahun diperkenal kan oleh adik nya sebagai 'bakal isteri'.Selama ini dalam diam-diam Qasrina menjalinkan hubungan cinta bersama Raihan?
Selama lima tahun dia menunggu dan terus menunggu tanpa mengetahui pengakhiran nya.Walaupun pada mula nya agak mustahil untuk dia berjumpa kembali dengan Qasrina.Dia banyak berkorban sampaikan dia sanggup menolak gadis-gadis lain yang ingin mendekati nya selama lima tahun penantian kerana di dalam hati nya hanya untuk Qasrina.Tapi pengorbanan apa yang gadis itu lakukan buat nya?tiada!
Malah Qasrina boleh lagi menjalinkan hubungan cinta dengan Raihan.Jadi apa makna penantian nya selama ini?hanya sia-sia?dia bagai kan orang gila kerana terpaksa menahan rindu yang semakin membuak terhadap Qasrina selama dia di Los Angeles.Gambar ini lah yang membuatkan dia dapat menjalani hari-hari nya di sana tanpa Qasrina.Tapi sebalik nya,Qasrina sewaktu di Australia sedang mengenali Raihan.Langsung Qasrina tidak mempunyai perasaan rindu terhadap Rayyan.
Ketika dia terjumpa dengan Qasrina selepas lima tahun di butik,sejujur nya dia lah manusia yang paling gembira sekali walaupun pada waktu itu Qasrina langsung tidak memandang atau menegur nya.Dia tak kisah kerana dia tahu bahawa gadis itu hampir dengan nya dan yang paling penting,gadis itu dalam keadaan yang sihat.Tapi sejak dari pertemuan itu,Qasrina semakin mengelak untuk berjumpa dengan nya.Bila dia ajak Qasrina keluar atau berbual,seribu alasan yang dikeluarkan oleh dia.
Semua kerana apa?
Semua sebab nya adalah kerana Qasrina mencintai Raihan.Hati Qasrina hanya buat adik nya dan langsung tiada ruang buat nya dalam hati Qasrina.Tidakkah dia nampak seperti orang bodoh?selama ini dia menanti sesuatu yang takkan dia dapat?dia mengharap dan berdoa agar pintu hati Qasrina terbuka untuk nya.Tapi malang nya,ia telah terbuka untuk Raihan.Semua buat Raihan!
Gambar ini lah yang membuatkan dia dapat menjalani kehidupan nya di Los Angeles selama lima tahun.Gambar ini juga yang membuatkan dia tersenyum.Dan gambar ini membuatkan dia berani untuk menolak cinta gadis-gadis lain di sana.Qasrina segala-gala nya buat diri nya.Dia lah yang menguatkan semangat nya dan telah mewarnai setiap saat dalam hidup nya tapi kini..semangat nya telah runtuh dan setiap saat dalam hidup nya menjadi gelap.
DADA Rayyan berombak kuat.Hati nya benar-benar sakit.Tidak pernah sekali pun dia rasa sakit yang begitu dalam seperti ini.Gambar Qasrina di dalam telefon bimbit nya dipandang sebelum jari nya mencari perkataan 'delete'.
Tapi jari nya hanya mampu berada di atas perkataan itu.Tak..tak.Dia tak sanggup untuk melihat gambar Qasrina dipadam.Dan terus jari nya menekan 'cancel'.Tapi bila dia teringat kesakitan yang dia alami kini...
Terus telefon bimbit nya tadi di campak pada dinding.Jatuh berterabur.Tanpa dia sedar,setitis air mata lelaki nya gugur juga disebabkan seorang gadis yang bernama Qaseh Qasrina.Kesakitan yang dia dapat sekarang ini lebih pedih dari luka yang berada di kedua belah tangan nya ketika dia menumbuk meja kaca dengan kuat suatu ketika dulu.Apa makna penantian nya selama ini?penantian yang dia mengharapkan ada pengakhiran yang gembira tapi sebaliknya penantian itu menemui jalan buntu.
Dia kecewa.Terlalu kecewa.
~~~ √ ~~~
"AWAK dah okay?", soal Raihan pada Qasrina yang sedang duduk dibuaian besi di rumah Puan Maizurah.Semalam dia terus menghantar Qasrina pulang ke sini selepas dia lihat yang muka Qasrina tiba-tiba saje pucat.
YOU ARE READING
Love you,Mr Add Math!
RandomRayyan Zhafrin,seorang guru Add Math yang telah jatuh cinta pada pelajarnya.Sejak insiden yang membawa kepada pertemuan pertama,hatinya benar-benar merasakan gadis comel itu adalah jodohnya.Sejak dari itu,mereka berdua sering terjumpa.Berjiran pula...