MEREKA semua selamat tiba di Pulau Langkawi.Sungguh!Qasrina berasa terlalu janggal walaupun dengan kehadiran Qhalif.Orang dah ada isteri lah katakan,asyik nak berkepit je dengan Kak Mimi.Macam lah ada orang lain yang nak kebas.
Raihan saje yang dari tadi melayan nya selain dari Puan Fazila.Belikan dia makanan,bagi minyak angin tatkala di dalam feri tadi.Maklumlah,Qasrina ni mabuk laut.Rayyan pula lebih selesa mendiamkan diri.Oh ya!Qasrina tak nampak pula Rayyan bersama dengan wanita lain tadi.Itu bererti dia tidak membawa bakal isteri nya sekali ke sini. Busy kut.
Sampai sahaja mereka di chalet,Qasrina terus merehatkan diri sehingga jam 9:00 malam.Disebabkan tiada sesiapa lagi yang muhrim dengan nya selain dari Qhalif,jadi die terpaksa lah duduk di chalet ini seorang diri.Tapi chalet Rayyan,Raihan dan Qhalif terletak disebelah nya sahaja.
Selesai mandi dan menunaikam solat,Qasrina keluar dari chalet kerana yang lain semua nya sudah berkumpul di luar.Dari jauh lagi,dia nampak ada unggun api dan bangku-bangku kecil.
Die terus mengambil tempat di sebelah Kak Mimi.Hanya Kak Mimi je lah yang boleh diajak berbual.Yang lain semua lelaki.Malu pulak kita.Mata nya mengerling pada Rayyan yang duduk di sebelah Raihan.Kenapa lah wajah lelaki itu hanya selamba sahaja?takde perasaan ke nak menegur atau tersenyum pada nya?
Tegur kau?tersenyum pada kau?kau dah lupa ke yang kau juga buat benda yang sama pada Rayyan dulu?
Okay.Dia mengaku dia salah.Dah lah!malas nak fikir.
Aktiviti pada malam itu dimulai dengan karaoke.Sorang demi sorang 'diwajibkan' untuk menyanyi di hadapan unggun api.Pentas kecil telah disediakan oleh Qhalif tadi.Pentas nya pun hanya bangku bulat yang berkaki tiga dan microphone's stand.Entah dari mana Qhalif curi benda tu pun dia tak tahu.
Maka dengan itu,Raihan,Qhalif dan Kak Mimi pun telah selesai berkarok tadi.Maka yang tinggal hanyalah Qasrina dan Rayyan saje lagi yang belum menyanyi.
"Baiklah,tinggal dua orang aje lagi ni.Qasrina..silakan", Qhalif memanggil adik nya di atas pentas kecil.Sejak bila pula dia diupah menjadi pengacara acara malam ini?entah lah.
Qasrina angkat muka.Aku?pada mula nya,dia nak menolak.Malu kut nak nyanyi depan Raihan dan Rayyan.Tapi bila dia terfikir sesuatu..laju sahaja punggung nya meninggalkan bangku kecil tadi dan terus dia menuju ke arah pentas kecil yang terletak di hadapan unggun api.
Qhalif yang baru sahaja nak meninggalkan pentas itu terhenti langkah nya tatkala tangan nya ditarik oleh Qasrina.Dia memandang wajah Qasrina.Tak faham.
Dengan itu,Qasrina terus mencapai sebuah gitar yang diletakkan di atas sebuah pangkin kayu sebelum diberikan pada Qhalif."Macam biasa..", dia seperti berbisik pada Qhalif.
Qhalif memandang gitar di tangan nya dan wajah kesian dari Qasrina silih berganti.Beberapa saat kemudian,baru dia tersenyum.Dah faham dah.Maksud Qasrina adalah dia nak meminta tolong nya memainkan gitar sewaktu dia menyanyi nanti.Sebenarnya itu memang hobi mereka berdua dulu.Jika rasa bosan menghantui diri,mereka pasti akan menyanyi bersama.Dan selalu nya,dia lah yang memetik gitar.
Qasrina dan Qhalif sudah duduk di atas bangku berkaki tiga di atas pentas.Qasrina menarik nafas panjang.Dan sempat mata nya mengerling pada Rayyan selama dua saat.Kalau tak salah mata nya,lelaki itu sedang memandang nya tadi.
Dia mengangguk perlahan pada Qhalif.Faham dengan anggukan itu,Qhalif pun mula memetik gitar dan Qasrina pun memulakan nyanyian nya.
" Saat ku berjalan sepi,
Dan menunggu akhir nya perjalanan ini,
Ku putuskan untuk memutuskan,
Cerita cinta kita akhirnya di sini,
Takkan bisa menahan lagi,
Tiba masa nya ku pergi..
YOU ARE READING
Love you,Mr Add Math!
RandomRayyan Zhafrin,seorang guru Add Math yang telah jatuh cinta pada pelajarnya.Sejak insiden yang membawa kepada pertemuan pertama,hatinya benar-benar merasakan gadis comel itu adalah jodohnya.Sejak dari itu,mereka berdua sering terjumpa.Berjiran pula...