BAB 36

7.8K 256 0
                                    

PINTU bilik Raihan diketuk dari luar.Dia yang baru sahaja selesai mandi terus menyarung t-shirt lengan pendek sebelum membuka daun pintu.Rayyan tersenyum pada nya.

"Angah?masuk lah",

Rayyan pun melangkah masuk ke dalam bilik Raihan dan terus duduk dibirai katil."Baru lepas mandi?", soal Rayyan pada Raihan yang sedang memakai seluar track suit hitam."Yup..kenapa angah masuk bilik Iyan?ibu mana?", soal Raihan sambil tangan nya menyidai tuala basah di penyidai.

"Aik,nak masuk bilik adik sendiri pun tak boleh?ibu ada kat dapur",

Raihan tersenyum pada Rayyan.Dia mengambil tempat di sebelah abang kedua nya."Bukan tak boleh.Iyan tak cakap pun tak boleh.Cuma nak tanye je",

"Angah saje je datang sini.Oh ya,angah nak tanya ni",

Raihan angkat muka."Tanya apa?", sejak bila lah abang nya yang sorang ni pandai nak mintak izin sebelum nak tanya sesuatu?biasa nya dia main tanya je.

"Er..Iyan dah lama ke kenal Qasrina?", yup!memang itu lah soalan yang dia nak tanya pada Raihan.Soalan tentang Qasrina.Sejak pertemuan Raihan dan Qasrina semalam,hati nya meronta-ronta ingin tahu apa sebenarnya hubungan mereka berdua.

"Lama lah jugak.Dia junior Iyan masa kat universiti Melbourne dulu.Dia bawah dua tahun je dari Iyan.Kitorang kenal pun secara kebetulan je.Lepas tu,Iyan terus click dengan dia", Raihan mula bercerita.

"Click sebagai couple?", Rayyan masih belum berpuas hati dengan jawapan Raihan.

Raihan ketawa kecil mendengar soalan dari Rayyan.Wajah nya pula merona merah."Tak lah.Click sebagai kawan je",

Rayyan mengangguk perlahan.Lega bila dia dengar hubungan Raihan dan Qasrina hanya sebagai seorang kawan.Bagus lah tu.Boleh dia tidur lena malam ni.

~~~ √ ~~~

"WEYH..aku tanya ni", Lia bersuara lagi.Dah dua kali dia tanya Qasrina soalan yang sama.Tapi..tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulut Qasrina.

Qasrina yang sedang membacuh milo panas di dapur kondo nya hanya memandang sekilas pada Lia yang sedang duduk berlunjur di atas sofa.Buat macam rumah sendiri pulak minah sorang tu.

"Woi!aku bercakap dengan manusia ke atau dengan jamban?kau reti nak jawab ke?", Lia sudah geram.Tanya dua tiga kali tak reti nak jawab.Padahal bukan nya Qasrina tak dengar.Cuma saje je tak nak jawab.

"Apa dia?aku tak dengar lah tadi.Kau tanya apa?", bohong Qasrina sambil berjalan mendekati Lia dengan dua gelas milo panas.Segelas dihulurkan pada Lia.

Lia menyambut gelas tersebut.Nasib baiklah Qasrina dah tolong buatkan dia milo panas,kalau tak..memang dia dah gigit cik Qasrina depan nya."Aku tanya tadi,kau dah tahu ke yang Raihan tu adik cikgu Zhaf?",

Sambil dia menghirup milo,Qasrina menggeleng."Kau tak tahu?patut lah aku nampak kau terkejut beruk hutan bila nampak cikgu Zhaf tadi.Anyway,serious ke tu cikgu Zhaf?makin handsome lah aku tengok.Adik dia pun sama.Memang adik beradik diorang ni keturunan handsome erk?",

Keterujaan Lia bercerita tidak langsung menarik perhatian Qasrina untuk bercerita tentang Raihan mahupun Rayyan.Dia hanya mengangkat bahu sambil mata nya tertumpu pada televisyen.Drama Tersuka Tanpa Sengaja yang sedang bersiaran tidak langsung dihiraukan.Walaupun mata nya pada kaca tv,tapi fikiran nya sudah melayang ke tempat lain.

"Oii!", Lia menampar peha Qasrina.Hampeh betul Qasrina ni!sedari tadi dia bercerita pok pek pok pek,rupa nya telinga Qasrina dah ke planet lain.

"Hah?", Qasrina memandang Lia dengan muka blur.Lia pula sudah menepuk dahi."Kau dengar tak aku tanya tadi?",

"Er..ulang lagi sekali boleh?", Qasrina tersengih.

"Hish!ingat aku ni Astro ke nak ulang-ulang?tapi..takpe.Aku ulang jugak sebab aku memang nak tahu jawapan nya.Aku tanya,kenapa kau dengan cikgu Zhaf tak bercakap?pandang pun tidak.Why?",

Soalan Lia menyentakkan Qasrina.Tak sangka pula Lia sedar bahawa mereka tak saling menegur.Ingatkan dia asyik sangat pandang Raihan sampai tak perasan keadaan sekeliling.Dia tersalah sangka rupa nya.Nak jawab apa ni?

"Perlu ke aku tegur dia?aku rasa tak perlu kut", Qasrina menjawab selamba.Jawapan dari Qasrina telah membuatkan Lia sedikit terlopong.Dia tak percaya dengan apa yang dia dengar dari mulut Qasrina.

"Kau cakap apa tadi?aku..tersalah dengar ke ni?biar betul?bukan ke selama ni kau lah satu-satu nya pelajar yang paling rapat dengan cikgu Zhaf.Dan cikgu Zhaf pulak no hal je bila dengan kau.Ni dah kenapa pulak tak nak tegur?kau gaduh dengan dia eh?",

"Gaduh?tak kuasa lah aku nak gaduh dengan dia.Lagipun,kalau aku tegur dia tadi,apa yang aku dapat?tak dapat apa-apa pun kan?", gelas di tangan nya tadi diletakkan di atas meja.

"Sekurang-kurang nya kau boleh lepaskan rindu", Lia masih tak dapat mengerti perubahan Qasrina secara tiba-tiba.Setahu nya,Qasrina tidak pernah begini.Lima tahun lepas,Rayyan adalah satu-satu nya lelaki yang boleh membuatkan kawan baik nya itu tersenyum.Tapi sekarang?apa yang dah jadi sebenarnya?

Qasrina tersenyum sinis."Macam mana aku nak lepaskan rindu kalau rasa rindu untuk dia memang takde?aku tak rindu kan dia pun.Sikit pun tak", Qasrina terpaksa berbohong.Gila ke dia tak rindu Rayyan?rindu tu dah semesti nya.Tapi..ini adalah jalan yang terbaik untuk nya.

Lia terkebil-kebil memandang Qasrina.Dia tak puas hati."Kalau ye pun kau langsung tak rindu dia,sekurang-kurang nya kau tegur lah dia.Tak rugi apa pun kan?tadi aku tengok dia asyik pandang kau je.Tapi kau?buat tak tahu.Lima tahun lepas,korang rapat.Tapi sekarang?mentang-mentang dah habis exam,kau terus lupakan dia.Macam tu?atau kau dah tak kenang jasa dia?",

"Seriously,aku tak sangka yang kau balas jasa-jasa cikgu Zhaf selepas lima tahun dengan cara yang macam ni.Kau sendiri tahu kan yang cikgu Zhaf tu sanggup habiskan masa dia just because of you.Dia ajar kau tanpa henti.Sebab apa?sebab dia nak tengok kau berjaya.Tapi ni balasan yang kau bagi?", tentang kelas tambahan Qasrina dan Rayyan tu Lia dah tahu.Qasrina sendiri yang bagitahu nya.

"Kau tak rasa ke yang cikgu Zhaf akan berfikir dia tak dihargai?bukan aku nak suruh kau campak kereta Lamborghini sebijik depan mata dia baru dia rasa dihargai.Cuma kau perlu tegur dia je.Ni tak.Usah kata tegur,pandang pun kau tak nak kan?kau dah tak sayang dia?", Lia mengeluarkan segala isi ketidak puasan hati nya pada Qasrina.Dia memang tak setuju dengan kelakuan Qasrina pada Rayyan siang tadi.Bukan dia tak nampak yang Rayyan dah banyak kali pandang Qasrina.Cuma Qasrina je yang menganggap Rayyan tu tunggul batu.

Qasrina yang mendengar kata-kata dari Lia itu sudah tidak tahan lagi.Terus dia bersuara tegas "Enough!Lia,kau tak tahu apa yang aku tengah alami sekarang ni.Kau tak rasa bertapa sakit nya aku.Aku tanggung semua ni sorang-sorang,kau tahu tak?kau ingat aku nak sangat ke jadi macam ni?kau fikir aku tak nak tegur cikgu Zhaf?",

"Aku sayang dia.Aku sayang sangat-sangat pada dia.Tapi apa guna nya sayang aku ni kalau dia dah ada yang lain?aku buat semua ni bersebab!dan semua sebab tu untuk kebahagiaan dia jugak.Jadi tolong lah..aku tak mintak semua ni tapi aku terpaksa!", selepas menghembur segala kesakitam yang dia rasa,Qasrina terus melangkah masuk ke dalam bilik nya.Pintu bilik dihempas kuat.

Dia terus terduduk di belakang pintu dan sejurus selepas itu,air jernih yang ditahan sedari tadi dilepaskan semua nya.

Dia memang sayang pada Rayyan.Dia terlalu mencintai lelaki itu.Tapi..ini sahaja jalan yang dia ada untuk menghalang rasa itu dari terus menyeksa diri nya.

Dan Lia pula jadi hairan.Dia kurang faham apa yang Qasrina katakan tadi.Apa dah jadi dengan hubungan antara Qasrina dan Rayyan?apa yang menyakitkan Qasrina?Rayyan ada orang lain?

**bersambung di bab seterus nya**

 

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now