"Tak sangka kite bertemu lagi. Betullah orang kata Seoul memang kecil. Hahahah," kata lelaki itu sambil tersenyum. Kris yang berasa segan setelah kejadian hujan tempoh hari hanya mampu tersenyum kelat. Macam mana aku boleh jumpa pelayan ni lagi? Malunya!
"Yalah. Saya pun tak sangka akan bertemu dengan encik di sini," balas Kris. Dia yang berasa kekok segera menghirup kopinya. Matanya memandang ke kanan dan kiri cafe itu, takut ada orang yang dikenalinya muncul di situ. Yalah, malu rasanya untuk Kris mengakui bahawa die telah mendapatkan nasihat cinta dari lelaki asing. Jadi bahan gelak je nanti!
"Itulah. Tapi bila fikir balik, rasa kekok pulak bila jumpa Encik tak pakai uniform. Selalunya kita akan jumpa di cafe. Hahahah. By the way, jangan panggil saya Encik. Formal sangat. Panggil saya Kai je," balas Kai sambil tersenyum manis. Padanlah kalau majikannya mengambil Kai untuk bekerja di cafe. Wajahnya kacak. Pasti ramai gadis datang ke cafe itu semata-mata untuk berjumpanya, fikir Kris.
"Saya pula Kris," jawab Kris pendek.
"Jadi, macam mana?" Soal Kai tiba-tiba.
"Macam mana apa?" Kris menggaru kepalanya, kebingungan.
"Proposal tu?" Soal Kai lagi dengan nada teruja.
Kris yang terkejut dengan soalan itu menelan air liurnya. Kenapa dia nak mention pasal perkara ni pula tiba-tiba?
"Urm.. okay.. berjalan lancar," bohongnya.
Kai yang nampaknya seperti boleh membaca fikiran Kris ketawa kecil. "Cakap jelah. Mana tahu saya boleh tolong. Janganlah malu-malu!"
Kris yang berputus asa mengeluh perlahan. "Erm.. ada halangan sedikit. Tapi, saya yakin boleh diatasi. Jangan risau."
"Halangan jenis apa?" Potong Kai tidak sabar.
Kris menelan air liurnya. "Adalah sikit tu. Sikit ni. Benda kecik je. Tak besar pun. Hahah," kata Kris lagi kekok. Setelah mencurahkan isi hatinya kepada lelaki itu dua kali berturut-turut setiap kali mereka berjumpa, lelaki itu bertekad untuk tidak meluahkan lagi perasaannya. Lelaki perlu menyelesaikan masalah mereka sendiri bukan bergantung kepada orang lain! Fikirnya tegas.
"Kalau macam tu, saya harap awak boleh selesaikan masalah tu secepat mungkin dan bam! Propose dia hahahaha" balas Kai sambil tersenyum lagi.
Kris yang tidak senang berpura-pura tersenyum. "Eh, hampir lupa nak tanya. Apa awak buat dekat Gangnam Tower? Awak duduk dekat situ ke?" Soal Kris sebagai cubaan untuk mengubah topik.
Cubaannya itu ternyata berjaya kerana Kai kelihatan sedikit tegang. Nampaknya ada sesuatu yang mengganggunya.
"Ah, Gangnam Tower! Saya.. nak melawat kawan tadi. Tapi, dia tidak ada di rumah. Hahaha."
"Oh..." balas Kris kekok. Perbualan mereka seolah-olah mati buat seketika apabila Kai mengeluh perlahan. Kris melihat jam di smartphonenya, hampir jam 12 tengah hari. Dia terus teringat akan Puteri yang keseorangan di rumah. Kerisauan terus memuncak dalam dirinya. Aku perlu pulang. Luhan entah pukul berapa dia balik. Kesian Puteri.
"Saya.."
"Kris, saya nak awak terima sesuatu dari saya," kata Kai tiba-tiba. Matanya kelihatan bercahaya.
"Apa?" Soal lelaki itu bingung.
Kai yang pada awalnya kelihatan ragu-ragu akhirnya kelihatan yakin ketika dia mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna hitam dari kocek jeansnya. Kris termengkelan. Itu bukan ke?
"Saya nak awak terima cincin ni," kata Kai sambil menolak kotak itu kehadapan Kris.
Kris mengerutkan dahinya.
"Kenapa?"
##
Luhan meletakkan beg sandangnya di sofa sebelum dia mengambil tempat di sofa empuk itu. Dia menarik nafas dalam. Mesyuarat hari ini betul-betul memenatkan. Ketua Fakulti Jang hampir sahaja bertumbuk dengan Setiausaha Joon kerana salah faham menyebabkan mesyuarat mengambil masa lebih lama dari sepatutnya. Dia mendesis tatkala teringat hal itu. Tak tau ke orang lain penat nak tengok mereka bergaduh, getusnya sendirian.
Luhan membuka televisyen. Dia kemudiannya memandang sekeliling rumah itu. Sunyi. Puteri sudah semestinya berkurung di dalam bilik. Kris pula dari gaya kasut butnya yang tidak ada di rak sudah pasti keluar.
Luhan mengeluh tatkala teringat akan Puteri. Sudah beberapa hari mood gadis itu tidak baik. Tidak henti-henti menangis. Pelbagai cara telah digunakan oleh lelaki itu untuk memujuk gadis itu. Namun, satu pun tidak berjaya. Lagipun siapa yang dapat menahan perasaan kalau kita terpisah dari keluarga secara tiba-tiba bukan?
Bercakap tentang Kris pula, Kris tidak habis-habis bertanyakan tentang Puteri. Sudah pelbagai alasan Luhan gunakan, tetapi ianya semakin tidak masuk akal dari alasan yang semalamnya. Dan setiap kali Luhan memberikan alasan, Kris hanya akan melemparkan pandangan curiga. Haih, kenapalah Puteri tak nak aku kasitau Kris je? Kan senang.
"Beta tak nak susahkan Kris dengan hal remeh temeh," kata gadis itu. Dan Luhan yang sudah terlanjur berjanji dengan Puteri tidak dapat berbuat apa-apa. Janji perlu ditunaikan.
Televisyen ketika itu sedang memaparkan iklan yang dilakonkan oleh anggota kumpulan terkenal Korea EXO. Kelihatannya mereka sedang bermain di Lotte World. Luhan mendesis tatkala melihat iklan itu. Cara pemasaran yang bagus. Menggunakan idol terkenal untuk menarik perhatian pengunjung. Sudah tentu peminat mereka berlari bercicitan ke Lotte World sekarang.
"...merupakan taman tema yang dapat mengimbau kenangan zaman kanak-kanak kita. Tempat dimana yang sedih juga akan merasa gembira. Jangan lupa datang ke Lotte World!" kata salah seorang ahli EXO bernama Chanyeol dengan senyuman manisnya.
Luhan ketawa perlahan sebelum mengalihkan siaran. Taman tema yang dapat mengimbau zaman kanak-kanak kita konon. Yang sedih juga akan merasa gembira la sangat. Yelah tu! Kau fikir siapa aku untuk percaya iklan seperti itu.
Tiba-tiba bagaikan kepalanya disinari lampu, Luhan mendapat akal. Mungkin benar. Mungkin betul. Yang sedih juga akan merasa gembira. Aku patut cuba!
##
"Tuan hamba nak bawak beta ke mana ni?" Soal Puteri jengkel ketika Luhan menarik tangannya beria-ria supaya mengikutinya. Disebabkan kaki Luhan panjang, Puteri terpaksa berlari-lari anak mengejar lelaki itu.
"Sekejap lagi.. sekejap," kata lelaki itu girang. Puteri yang kebingungan hanya menyerah dan mengikut sahaja lelaki itu.
Petang itu, Puteri baru sahaja meratapi akan kerinduannya kepada bondanya ketika Luhan tiba-tiba menerjah masuk ke dalam biliknya dan menggesanya untuk bersiap. Kemudian, dengan secepat mungkin lelaki itu menolaknya masuk ke dalam kereta sebelum lelaki itu memandu ke kawasan yang tidak diketahui. Bukan kedai sushi yang mereka selalu pergi dan bukan juga supermarket. Sebaliknya Luhan melalui jalan yang Puteri tidak pernah lihat sebelum ini. Walaupun Puteri memaksa lelaki itu untuk memberitahunya, Luhan hanya tersengih dan membalas, "Rahsia!" sebelum tersenyum sendiri.
Mereka berjalan laju kira-kira 15 minit sebelum akhirnya Luhan berhenti dan melepaskan tangan gadis itu. Lelaki itu tersengih-sengih memandang Puteri sebelum mendepangkan tangannya. Puteri yang kebingungan hanya menggelengkan kepalanya sebelum tiba-tiba menutup mulutnya. Matanya mula berair.
"Luhan..!"
"Yes, dear! I'll bring you Gyeongbuk Palace."
Puteri yang tidak dapat berfikir apa-apa ketika itu menangis teresak-esak. Dapat melihat bangunan yang menjadi tempat tinggalnya sejak kecil bagaikan mimpi. Lebih-lebih lagi apabila dia sudah terpisah beberapa ratus tahun dari masanya. Cat merah itu, struktur bangunannya, tempat pengawal berkumpul semuanya masih sama. Ketika itu, tanpa disengajakan, tanpa disangka, Puteri yang tidak dapat menahan perasaannya terus memeluk Luhan dengan erat.
"Terima kasih," katanya dengan terharu.
YOU ARE READING
fated with you :: krishan [completed]
Romance"Aku gay! Mana boleh suka dengan perempuan?!!! - Kris Wu Yi Fan "Saya cintakan dia. Macam mana dengan awak?" - Xi Luhan "B..beta tak rasa beta boleh berjauhan dengan tuan hamba.." - Puteri Jihye ♥♥ Mengisahkan tentang seorang puteri purba yang sedan...