Puteri merenung kosong dataran hijau kosong yang luas di hadapannya. Kabus memutih memenuhi dataran itu membuatkan Puteri tidak dapat melihat apa disebalik kabus itu. Gadis itu mengeluh perlahan. Jadi ini adalah mimpi?
Taehyung yang duduk bersama-samanya di kerusi taman itu menyentuh tangan Puteri sebelum menepuk-nepuknya lembut. Dia seperti ketika hidupnya sentiasa melemparkan senyuman petaknya. Air mata Puteri sekali lagi menitis melihat senyuman itu. Betapa beta rindukannya.
"Jadi, kalau ini adalah mimpi.. tuan hamba adalah ilusi bukan?"
Taehyung ketawa kecil. "Aku tak pasti. Mungkin juga ya. Mungkin juga tidak. Ia bergantung kepada diri kau sendiri."
Puteri menundukkan kepalanya. "Beta tak tahu.."
"Aku juga tak tahu. Kau yang perlu buat keputusan kau sendiri.."
Puteri mendiamkan dirinya. Kepalanya ditundukkan. Air matanya masih lagi mengalir deras. Apa yang ditangiskan juga dia sendiri tidak tahu. Jika ini mimpi, beta tak sepatutnya menangis seperti ini. Ini hanya mimpi Jihye! Mimpi! Jangan cengeng!
Taehyung melepaskan pegangannya pada tangan Puteri membuatkan gadis itu terkejut. Mata lelaki itu kemudiannya dipakukan ke kabus itu yang perlahan-lahan menipis dan akhirnya mendedahkan sebuah tasik yang agak luas sama seperti di Joseon dahulu. Senyuman tidak lagi terpamer di wajahnya. Hanya riak sugul dan kecewa.
"Kenapa kau buat begitu?" Soalnya perlahan.
Puteri mendiamkan dirinya. Dia tahu benar apa yang disoalkan lelaki itu.
"Buat apa?" Soal Puteri kembali berpura-pura tidak tahu.
Taehyung mengeluh perlahan. "Buat apa yang kau sedang buat sekarang ini, seksa diri kau."
Puteri mengelap air matanya. "Beta tidak menyeksa diri beta!" Tegasnya.
"Kau sedang melakukannya."
"Beta tidak-"
"Aku mahu kau bahagia dengan hidup kau. Kenapa kau buat begini?"
"Mana ada! Beta sangat bahagia sekarang ini!" Puteri semakin teresak-esak.
"Habis kenapa kau tidak kembali kepada Kris?" Suara Taehyung ditinggikan. Lelaki itu kemudiannya memandang tepat ke arah Puteri. Gadis itu menjadi tidak keruan. Air matanya mengalir dengan lebih deras lagi apabila dia mendengar nama Kris.
Taehyung pula mengusut-ngusutkan rambutnya. Matanya dipejamkan. Nampak benar yang sudah lama dia memendam hal ini.
"Jihye, aku tak korbankan diri aku untuk kau melakukan perkara seperti ini terhadap hidup kau. Aku mahu kau bahagia dan kecapi segala impian yang kau inginkan.. bersama Kris.."
"Beta cintakan tuan hamba.."
"Tak.. kau tak cintakan aku. Kau pernah mencintai aku bukannya sedang mencintai. Bezakan antara rasa cinta yang sebenar dan serba salah, Jihye. Aku rasa ini semua salah aku.."
Taehyung bangun dari duduknya.
"Aku tak sepatutnya tunjukkan pada kau memori aku dahulu. Kalau aku tahu ini yang akan terjadi, aku lagi rela mati dalam keadaan dilupakan dari kau menyeksa diri seperti ini."
"Taehyung!"
Puteri menekup wajahnya. Mata Taehyung juga berair kelihatannya.
"Ya, semua ini salah aku. Aku tidak sepatutnya kalah dengan nafsuku sendiri. Nafsu untuk mencintai. Kalau aku tahu, ini yang akan berlaku. Aku tidak akan sesekali berani mencintai kau pun, Han Jihye!"
"Jangan cakap begitu.."
"Kalau begitu, baliklah kepada Kris, Han Jihye.. balik kepada takdir kau.."
YOU ARE READING
fated with you :: krishan [completed]
Romance"Aku gay! Mana boleh suka dengan perempuan?!!! - Kris Wu Yi Fan "Saya cintakan dia. Macam mana dengan awak?" - Xi Luhan "B..beta tak rasa beta boleh berjauhan dengan tuan hamba.." - Puteri Jihye ♥♥ Mengisahkan tentang seorang puteri purba yang sedan...