Puteri hanya mendiamkan dirinya ketika Taehyung membaringkannya di atas katil. Lelaki itu yang masih kelihatan risau kemudiannya memandang Puteri dengan sugul sebelum menarik selimut agar menutupi gadis itu. Keluhan keluar dari bibir Taehyung ketika itu. Kenapa kau bertindak bodoh, Jihye?
Taehyung baru sahaja ingin keluar dari bilik apabila Puteri tiba-tiba bersuara.
"Apakah...?"
Taehyung berpaling ke belakang. "Ya...?"
"Apakah ianya benar tuan hamba akan membawa beta bertemu dengan Kris?" soal Puteri dengan air mata mengalir. Dia seperti tidak percaya dengan tawaran yang diberikan Taehyung tadi. Adakah ini bermaksud beta masih boleh bertemu dengan Kris?
Taehyung menundukkan pandangannya sebelum menganggukkan kepalanya beberapa kali. "Ya..."
"Dan beta perlu tunaikan tiga permintaan tuan hamba supaya beta dapat bertemu dengan Kris?" soal Puteri lagi.
"Ya, betul tu..."
Puteri terus mendiamkan dirinya ketika itu, hanyut dalam fikirannya yang serabut. Entah kenapa peristiwa Orang Ajaib tiba-tiba bermain dalam fikirannya. Bagaimana kalau ini helah sahaja? Bagaimana kalau...
"Kau tak nak lakukannya?"
Puteri tersentak. "T-Tak, bukan begitu..."
"Jadi, apa masalahnya?"
Air mata menitis lagi di pipi putih Puteri. Gadis itu kelihatan teragak-agak "Beta... tak tahu... Ini mungkin satu-satunya peluang yang beta ada untuk bertemu dengan Kris..."
"Kau tak percayakan aku?"
"Beta..."
"Lihat ini..." Taehyung membuka telapak tangannya sebelum sebuah tetingkap kecil muncul terapung. Tidak lama kemudian, wajah Kris muncul di dalam tetingkap itu.
"Encik jangan risau! Pihak kami akan sahkan jumlah stok nanti dan akan menghubungi encik!" kata Kris sambil tersenyum. Kelihatannya dia sedang memakai kot hitam yang segak dan sedang duduk di dalam pejabat. Sejurus panggilan itu tamat, Kris terus meletakkan ganggang itu sebelum mengeluh perlahan. Lelaki itu kemudiannya meregang-regangkan badannya yang lenguh.
"Penatnya," rungut Kris.
Air mata Puteri terus mengalir deras. Dapat melihat lelaki itu membuatkan gadis itu terasa seperti baru menyedut udara yang nyaman. Buat seketika, dirinya terasa seperti hidup semula. Gadis itu semakin teresak-esak. Kalaulah beta dapat bertemu dengan Kris lagi...
"Jadi, bagaimana?" soal Taehyung sebelum menutup telapak tangannya sekaligus menghilangkan tetingkap itu. Puteri yang tersentak dengan tindakan mendadak Taehyung itu terus menundukkan pandangannya sebelum menangis perlahan.
"Kau nak lakukannya atau tidak?"
Puteri mendiamkan dirinya. Keliru.
"Kalau kau tak nak..."
"Be-Beta lakukannya..." potong Puteri tiba-tiba. Dia akhirnya bernekad. "Kalaulah ini sahaja caranya untuk beta bertemu dengan Kris... Beta bersetuju dengan tawaran tuan hamba..." tambah Puteri lagi.
Senyuman terus tertampal di bibir Taehyung ketika itu.
"Baiklah..."
***
"Taehyung, beta sudah bersedia..." kata Puteri ketika dia menemui Taehyung di sungai berdekatan rumah lelaki itu keesokan harinya. Setelah difikir-fikirkan gadis itu, lebih cepat lebih bagus untuk dia menyelesaikan permintaan penjaga masa itu.
Taehyung yang keliru dengan butir percakapan Puteri mengerutkan dahinya ketika dia memasukkan umpan ke dalam mata kailnya. Dia memandang Puteri dengan pandangan bingung. "Bersedia untuk apa?"
"Per-Permintaan tuan hamba..." jawab Puteri sedikit tergagap.
"Oh, permintaan itu!" balas Taehyung. "Jadi, kau sudah bersedia? Kau bersedia untuk lakukan apa yang aku suruh walaupun ianya mungkin akan mengorbankan nyawa?" tambahnya lagi sambil tersenyum.
Puteri yang sedikit terkejut dengan kenyataan itu tidak dapat mengelak dari berasa takut. Ditambah lagi dengan senyuman lelaki itu yang kelihatan mencurigakan. Gadis itu menelan air liurnya. Jadi, permintaan ini boleh mengorbankan nyawa beta lah ya? Lebih baik mati mencuba dari mati sia-sia. Beta sudah tiada sesiapa pun di dunia ini selain Kris. Beta perlu melakukannya, fikirnya bertekad.
Taehyung yang seolah-olah dapat membaca fikiran Puteri terus ketawa kecil. Riak wajah gadis itu yang kelihatan ketakutan entah kenapa membuatkan hati kecilnya terhibur.
"Jadi, kau nak lakukannya atau tidak?" soal Taehyung lagi. "Kalau kau tidak mahu, aku boleh saja membatalkan perjanjian ini," tambah penjaga masa itu lagi.
Puteri yang tersentak dengan kenyataan lelaki itu terus membalas, "Beta akan lakukannya! Demi Kris! Beritahu sahaja apa permintaan tuan hamba yang pertama! Beta akan cuba laksanakannya!"
Taehyung terus tersenyum ketika itu. "Aku ingat kau tidak mahu tadi. Baiklah, permintaan pertama aku mudah sahaja! Dah bersedia?"
Puteri menelan air liurnya. "Ya, beta bersedia!"
"Ianya adalah... senyum!" kata Taehyung yang spontan melemparkan senyuman petaknya.
Puteri yang kebingungan mengangkat keningnya. "Senyum?"
"Ya, senyum! Aku hanya ingin kau tersenyum. Mudah bukan?"
"Tapi... kenapa...?" soal Puteri bagai tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi.
"Sebab aku paling suka lihat manusia senyum. Jadi, senyum sekarang! Angkat pipi kau! Kalau kau tidak senyum, aku anggap kau gagal laksanakan permintaan pertama aku!"
Puteri yang ketika masih dalam keadaan bingung hanya mampu melemparkan senyuman kelatnya. Takkan ini sahaja permintaan lelaki ini?
YOU ARE READING
fated with you :: krishan [completed]
Romansa"Aku gay! Mana boleh suka dengan perempuan?!!! - Kris Wu Yi Fan "Saya cintakan dia. Macam mana dengan awak?" - Xi Luhan "B..beta tak rasa beta boleh berjauhan dengan tuan hamba.." - Puteri Jihye ♥♥ Mengisahkan tentang seorang puteri purba yang sedan...