Bab 1

1.1K 85 15
                                    

Puteri Jihye memuncungkan bibir pinknya sebelum mengeluh. Gadis itu sekali sekala memandang ke langit mendung yang ternyata mencerminkan perasaannya ketika itu. Dia mengeluh. Apalah yang nak jadi agaknya, rungut gadis itu perlahan.

"Kenapa tuan puteri?"
"Ya, tuan puteri.. kenapa?"
"Kenapa tuan puteri murung?"
Soal dayang-dayang bertalu-talu.

Puteri menundukkan pandangannya sebelum mengeluh. Dia menitiskan air matanya.

"Beta teringin nak berkahwin sebenarnya," balas gadis itu dengan nada pilu.

Mendengar jawapan itu, dayang-dayang yang tadinya kerisauan semuanya ketawa terkekek-kekek.

"Apa yang tuan puteri perlu risaukan. tuan puteri kan cantik. pilih sajalah putera-putera di luar sana.. pasti ada yang mahu terima tuan puteri. Lainlah macam kami ni." pujuk salah seorang dayang sambil ketawa kecil.

Puteri mengerutkan dahinya. Berani-beraninya mereka ini mengetawakan beta, bentaknya dalam hati. Sedikit jengkel, gadis berusia 20 tahun itu berlalu dari situ. Dayang-dayang itu yang mula cemas dengan rajukan Puteri cuba mengekorinya. Namun, gadis kecil itu menegahnya kerana dia ingin bersendirian, melayan perasaannya yang sayu. Yalah, puteri-puteri dari kerajaan lain yang sebayanya semua sudah berkahwin. Tinggal beta sahaja. Sudah tentulah beta sedih, bisik hati kecilnya.

Puteri baru sahaja melalui tasik besar di tepi istananya apabila satu suara sayup-sayup memanggilnya, membuatkannya terhenti.

"Psst~ Psst~"

Puteri yang terkejut memandang ke kanan dan ke kiri.

"Psst~ Psst~" bisik suara halus itu lagi.

Puteri menelan air liurnya. Hantukah? Tapi masih siang ni, fikirnya. Puteri yang separa ketakutan dan separa ingin tahu memberanikan dirinya bersuara.

"Ya?"

"Tuanku dapat mendengar suara patik?" Soal suara aneh itu kembali. Mengejutkannya, suara itu sangat sayup-sayup tetapi cukup jelas di telinga gadis itu dan dalam masa yang sama bulu roma Puteri mula meremang.

"Ya.. beta dapat mendengar suara tuan hamba dengan begitu jelas. Dimana tuan hamba?" Balas Puteri lagi sambil memandang ke kanan dan ke kiri, cuba mencari kelibat pemilik suara itu.

"Tuanku tidak akan dapat melihat patik. Tetapi patik dapat melihat tuanku. Patik lah yang digelar Manusia Ajaib, tuanku." jawab suara itu.

Bulu roma Puteri meremang. Tiba-tiba dia teringat akan kisah Manusia Ajaib yang diceritakan bondanya, manusia buangan yang disumpah oleh nenek moyangnya dahulu kerana mengamalkan ilmu hitam. Puteri yang semakin ketakutan menggenggam tangannya dengan erat. Nafasnya turun naik.

"M..manusia ajaib..?" Suaranya menggeletar. Jelas benar gadis itu ketakutan.

"Ya.. benar tuanku.."

"Tuan hamba mahu apa dari beta?" Soal puteri semakin ketakutan. Mahu sahaja dia melarikan diri dari situ. Namun, entah mengapa.. nalurinya menyuruhnya untuk kekal di situ. Mendengar kata-kata manusia ajaib itu.

"Patik mahu tolong tuanku. Bukankah tuanku mahu berkahwin? Patik boleh bawa tuanku bertemu dengan cinta sejati tuanku," jawab suara itu dengan bersungguh-sungguh.

Puteri mengerutkan dahinya. Cinta sejati? Entah kenapa gadis itu yang tadinya ketakutan semakin tenang. Orang ajaib ini nak tolong betakah?

"Macam mana?"

"Tuanku jangan fikirkan hal itu dulu. Tetapi apa yang tuanku perlu risaukan adalah tentang bayarannya."
"Ba.. ba..yaran?"

"Ya, bayaran. Bayarannya sangat mahal. Patik takut tuanku tidak mampu membayarnya."

"Apa bayarannya?" Soal puteri sambil mengerutkan dahinya, sedikit terhina dengan kenyataan itu. Dia itu puteri kerajaan Han. Seluruh harta di kerajaan itu milik ayahandanya, cakap sajalah apa sahaja, sudah tentu dia mampu membayarnya.

"Tuanku sudi membayarnya?"

"Ya. Beritahu sahaja bila dan berapa. Beta akan bayar nanti," balas Puteri dengan bongkak. Memikirkan tentang kekayaan keluarganya membuatkan dia berasa sedikit berkeyakinan.

Manusia Ajaib itu ketawa mendengar jawapan puteri muda itu.

"Baiklah. Jadi, tuanku sudi menerima tawaran saya ini?"

Puteri mengigit bawah bibirnya. Cinta sejati.. ya.. memang beta sudah lama menginginkannya. Lagi-lagi setelah majlis perkahwinan Puteri Mongolia tempoh hari. Tidak habis-habis beta diketawakan puteri tak guna itu kerana lambat berkahwin. Patutkah? Atau tidak patut?

"Tuanku jangan risau. Caranya langsung tidak menyakitkan. Hanya perlu masuk ke dalam tasik itu sahaja."

"Tasik?" Soal puteri kehairanan. Gadis itu yang tertanya-tanya mendekati tasik itu. Bayangan bulan yang mengambang terpantul di atasnya. Gadis itu mencelupkan tangan kecilnya ke dalam tasik berlumut itu. Sejuknya.

"Tuan hamba.. macam mana tasik ini boleh menyebabkan beta dapat mencari cinta sejati beta? Tuan hamba akan gunakan kuasa ilmu hitamkah?" Soal Puteri yang semakin ketakutan. Entah mengapa dia berasa menyesal pula berbual dengan Manusia Ajaib itu. Wajah bondanya tiba-tiba muncul di fikirannya. Adakah ini petanda tidak baik?

Gadis itu baru sahaja berniat untuk mengeluarkan tangannya dari air apabila satu tangan merentap kuat tangan gadis itu. Puteri ingin menjerit dengan sekuatnya tetapi seolah-olah disekat, suaranya langsung tidak keluar. Gadis itu cuba menarik tangannya dengan sekuat hati. Namun, ianya sia-sia. Tangan misteri itu menariknya lagi dengan kuat menyebabkan dia terus terjatuh ke dalam tasik itu.

Puteri menggapai-gapai tangannya dengan cemas. Habislah beta. Beta tidak tahu berenang, fikirnya. Tetapi sesuatu yang aneh berlaku apabila gadis itu tidak merasa sejuk. Bukankah air sepatutnya sejuk? Sebaliknya entah mengapa air tasik itu berasa hangat pula. Apa yang berlaku ni?

Dalam masa yang sama, sayup-sayup di telinganya gadis itu dapat mendengar dengan jelas satu melodi yang lembut. Seolah-olah ada orang bermain alat muzik dalam tasik itu.

"Sungguh tenang... Sungguh mendamaikan... Sungguh..."

Belum sempat dia memikirkan perkataan seterusnya, gadis itu terus tidak sedarkan dirinya, seolah-olah lena dibuai mimpi.

##

Satu cahaya yang terang membuatkan gadis itu tersedar dari tidurnya. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Tempat apakah ini? Anehnya...

"B..beta dah matikah?"

fated with you :: krishan [completed]Where stories live. Discover now