Bab 4

514 61 15
                                    

Puteri menundukkan wajahnya tatkala dia kembali semula ke ruang tamu. Wajahnya betul-betul kemerahan. Pertama kali dalam hidupnya dia telah melihat orang bercium dan tanpa disangka-sangka pasangan itu adalah lelaki! Puteri memejamkan matanya kuat-kuat. Beta kena lupakan! Beta kena lupakan!

"Untuk orang gila macam kau, kau ni naif," kata Kris tiba-tiba. Puteri membuka matanya dan mendapati Kris sedang duduk di kerusi hadapannya dengan wajah sinis. Wajah gadis itu kemerahan kembali. Video lelaki itu bercium seolah-olah di replay kembali di mindanya. Tolonglah pergi! Rayu Puteri.

Puteri menarik nafas dalam dan cuba menenangkan dirinya. Tindakannya ini diketawakan Kris.

"Kelakar lah kau ni."

Lelaki itu baru sahaja bangun dari tempat duduknya apabila gadis itu yang separa dapat menenangkan dirinya tiba-tiba bersuara. Beta kena tanya. Beta perlu tahu!

"Orang Muda Kris, adakah beta dah mati?" Akhirnya soalan itu terkeluar dari mindanya. Setelah beberapa lama ianya terperap, akhirnya gadis itu berjaya meluahkan soalan itu. Kris mengerutkan dahinya kebingungan. Apakah..?

"Apa..?!

"Beta dah jatuh dalam tasik. Beta bangun dan sedar-sedar beta berada di sini? Ini alam akhirat kah?" Soal gadis itu dengan wajah serius.

Kris memandang gadis itu atas dan bawah sebelum tidak semena-mena ketawa berdekah-dekah. Ini lagi teruk dari tadi!!! Lelaki itu yang memegang perutnya ketawa berguling di lantai. Aku tak kuat untuk soalan macam ni. Betullah Luhan kata orang gila kadang-kadang kelakar.

Puteri mengerutkan dahinya dengan kebingungan. Kenapa dia ketawa?

"Orang Muda Kris, jawablah!"

Kris menyeka air matanya sebelum cuba mengawal dirinya. Dia menarik nafas dalam lalu berkata dengan wajah yang merah, "Jangan jadi gila sangat! Kalau kau dah mati, kau fikir kau boleh bercakap dengan aku ke? Kau masih hidup lagi lah!"

Jawapan itu kelihatannya lebih dari cukup untuk Puteri apabila dia tiba-tiba menangis. Nampaknya peluangnya untuk kembali dan bertemu dengan keluarganya masih ada! Beta fikir beta dah mati!

Melihat Puteri menangis membuatkan Kris mengundurkan dirinya beberapa langkah dari Puteri. Gadis ini memang tidak normal! Lelaki itu kemudiannya berjalan mendekati tingkap dan menyelak langsir labuh di situ sekaligus mendedahkan pemandangan cantik bandar Seoul dari tingkat 17 rumah itu. Bangunan tinggi-tinggi jelas kelihatan dari jendela itu.

Puteri yang terkejut melihat pemandangan itu segera bangun dan menolak Kris ke tepi. Mulutnya melopong. Nafasnya turun naik. Bangunan mencancang tinggi bersusun-susun diikuti dengan jalan-jalan yang dipenuhi kenderaan aneh. Tiada lagi jalan berdebu Hanyang. Tiada lagi kereta lembu dan rakyat yang berjalan kaki. Semuanya aneh! Dunia apakah ini?

"Orang Muda Kris, tuan hamba kata beta tak mati lagi?"

"Yalah. Kau tak mati lagi," balas Kris sambil melemparkan pandangan aneh.

Puteri melekatkan wajahnya di tingkap dan merenung pemandangan itu dengan lebih dekat. Tiba-tiba satu fikiran muncul di benaknya. Takkan mungkin.. tidak! Terlalu banyak membaca Fantasi Confucius pasti menjadikan beta begini. Namun, beta perlu bertanya juga.

"Ini tahun berapa?"

Kris mengangkat keningnya. Dia ni kenapa?

"2016."

Mendengar jawapan itu membuatkan kaki Puteri lemah. Dia terduduk di lantai kayu itu. Benar sangkaannya. Gadis itu sudah menggembara merentasi masa!

##

Puteri mengesat air matanya dengan lengan baju hanboknya. Dia yang kusut hanya mampu duduk di sofa Kris dan meratap. Tiada apa yang dapat dilakukan. Dia telah mengembara merentasi masa dan kini satu-satunya cara untuk pulang adalah dengan mencari orang ajaib. Dengan keberadaan orang ajaib yang entah di mana dan di dunia yang aneh ini, ianya kelihatan mustahil untuk gadis itu pulang ke Joseon. Fikiran itu membuat gadis itu lebih sebak dan dia menangis semakin teresak-esak.

Kris keluar dari biliknya setelah bersiap-siap. Jam tangannya baru sahaja menunjukkan jam 10 pagi. Dia memerhatikan belakang Puteri yang sedang menangis. Keningnya diangkat. "Aduh! Kenapa pula ni?!"

Dengan berhati-hati, Kris mendekati Puteri dan menepuk lembut belakang gadis itu. "Weyh.. jom!"

Puteri yang terkejut mengangkat wajah cantiknya yang berlumuran air mata. "Nak ke mana?"

"Ikut jelah.." kata Kris malas.

##

"Pakcik.. pagi ni saya bangun tidur, saya tengok budak perempuan ni ada dekat bilik air saya. Saya tak tahu siapa dia.. macam mana dia masuk rumah saya.. apa yang saya tahu saya tak kenal dia" kata kris kepada pakcik polis di kaunter. Pakcik itu yang kelihatan sedikit mamai akibat tidak cukup tidur memandang puteri seketika sebelum memandang kris semula.

Dia kemudiannya berkata, "Awak pasti awak tak kenal dia? Budak-budak muda macam awak ni.. macam saya tak tau.. one night stand dengan siapa-siapa entah.. bawak org balik rumah.."

"Tapi pakcik.. sya tak kenal dia.." tegas Kris lagi.

"Kalau orang dah mabuk.. awak ingat ke apa awak buat? pakcik pun tak ingat pakcik cium siapa kalau mabuk.. dah, balik sana! pakcik malas nak layan cerita awak.."

Kris melopong. Polis itu baru sahaja menolak kesnya. Hampir sahaja dia berteriak dia gay ke arah pakcik itu. Namun, ditahannya mengenangkan dia tidak mahu dipandang serong masyarakat. Dengan wajah sugul lelaki itu keluar dari balai. Puteri yang kebingungan hanya mengikut dari belakang.

Namun, sesuatu yang aneh berlaku apabila Kris tiba-tiba berlari. Dengan sekali petik, bunyi lock kereta terus berbunyi dan Kris tanpa berlengah lagi laju sahaja melayangkan kakinya masuk ke dalam kenderaan itu.

Puteri yang baru sahaja keluar memerhatikan sahaja ketika lelaki itu menderum pergi. Fikirannya menjadi kosong.

Dengan fikiran bingung dengan kejadian mendadak itu, gadis itu terus bermonolog luaran.

"B..beta baru lepas kena tinggal ke apa ni?"

fated with you :: krishan [completed]Where stories live. Discover now