Bab 26

390 35 9
                                    

Mungkin perasaannya sahaja tetapi entah kenapa Puteri dapat mendengar dengan jelas bunyi retakan di mindanya. Retakan-retakan yang semakin lama kedengaran semakin besar. Ya, Puteri yakin itu adalah bunyi hatinya. Hatinya yang mula hancur sedikit demi sedikit. Gadis itu menekup mulutnya. Setelah semua perkara yang terjadi, ianya tidak berakhir lagi rupanya. Dugaan jenis apakah ini tuhan?

"Kris... Ini beta, Han Jihye... Tuan hamba tak cam beta kah?" soal Puteri dengan nada bergetar. Air mata mula bergenang di kolam matanya. Ini tidak mungkin... Pasti ada kesilapan di mana-mana. Orang Ajaib dah hancur. Sepatutnya semuanya sudah selesai.

"Maaf, tapi awak ni siapa?" soal Kris lagi. Wajah lelaki itu kelihatan benar-benar kebingungan. Dia kelihatannya langsung tidak dapat mengecam Puteri.

Puteri yang tidak dapat menahan perasaannya lagi terus menitiskan air mata deras. Dia memandang lelaki itu dengan pandangan tidak percaya. "Ini beta, Puteri Han Jihye! Han Jihye! Han Jihye! Han Jihye! Takkan awak tak ingat beta?!" Sengaja gadis itu menyebut namanya berulang kali supaya Kris dapat mengingati dirinya. Namun, tindakannya itu tetap tidak berhasil.

Kris mengangkat keningnya yang tebal itu sebelum menggelengkan kepalanya beberapa kali. "Aku rasa kau salah orang! Aku tak rasa aku kenal kau!"

Puteri yang masih tidak berputus asa memegang tangan lelaki itu. "Krisss..... Ini beta.... Beta Puteri Han Jihye dari kerajaan Han! Puteri yang selalu menyusahkan awak... Puteri yang..."

"ARGHH!! APA PEGANG-PEGANG NI??!!" pekik Kris terkejut sambil menepis tangan gadis itu. Dalam masa yang sama, beberapa orang jururawat masuk ke dalam ruangan itu. Kelihatannya mereka masuk ke dalam bilik itu kerana terdengar jeritan Kris yang kuat tadi. Puteri memandang jururawat itu dengan cemas. Dia yang semakin terdesak kemudiannya menarik tangan Kris.

"KRISSSS!!! CUBA INGAT BALIK!!!! KRISS!!!! INI BETA!!"

"EH, APA NI??!!!"

Jururawat itu terus mendekati Puteri dan menarik badan gadis itu agar menjauhi Kris. Namun, Puteri yang lebih pantas terus menarik tangan Kris dengan sekuat-kuat hatinya. Dia tidak mahu melepaskan Kris. Entah kenapa hatinya mengatakan sesuatu yang buruk bakal berlaku sekiranya die melepaskan Kris sekarang itu. Air matanya mengalir bagai nak gila ketika itu. Kenapa?! Kenapa mesti semua ini berlaku?!

"KRISSSSS!!!!!"

Dalam suasana huru-hara itu, tiba-tiba gadis itu dapat merasakan ada sesuatu mengigit tangannya. Rupa-rupanya jururawat itu sedang menyuntik sesuatu ke dalam dirinya. Gadis itu yang semakin cemas meronta-ronta. Sungguhpun begitu, semakin lama rontaannya semakin lemah. Gadis itu yang semakin kuyu berusaha untuk memegang tangan Kris dengan sekuat hatinya. Namun, badannya tidak mahu mendengar katanya lagi. Tenaganya semakin lemah. Tangan Kris hampir terlepas dari pegangannya. Hanya air mata sahaja yang mengalir deras ketika itu.
"Tak mungkin... Kris..." bisik Puteri sebelum tidak sedarkan diri.

##

"Tak apa, Kris... Kau ikut je dulu aku balik Beijing. Sampai sana, kita fikirkan langkah seterusnya. Aku tahu kau keliru sekarang dengan keadaan yang berlaku. Kematian Luhan, kau hilang ingatan lagi... Tak apa. Sedikit-sedikit dahulu. Biar aku tolong kau," kata Yixing sambil memeluk bahu adiknya. Ketika mereka berdua berjalan di taman itu, seperti biasa orang suruhan Yixing akan membuntuti mereka.

"Tapi, aku tak faham... Aku tak rasa aku hilang ingatan. Aku ingat semua benda yang berlaku. Cuma memori aku macam... "

"Tak apa, Kris... Jangan fikirkan dahulu semua tu. Perlahan-lahan... " potong Yixing sambil menepuk-nepuk lembut bahu lelaki itu. Kris yang kebingungan dengan keadaan dirinya hanya mampu mengeluh perlahan sebelum menggaru kepalanya. Kenapa macam ada sesuatu yang kosong di mindanya? Apa bendanya? Kalaulah aku boleh tahu...

fated with you :: krishan [completed]Where stories live. Discover now