Bab 16

282 42 1
                                    

"Tuanku tidak akan pulang ke Joseon!"

Begitulah kenyataan yg disampaikan manusia ajaib kepada Puteri malam tadi dan sejak itu jugalah, Puteri Joseon berusia 20 tahun itu tidak dapat menghentikan lelehan air matanya. Dia yang langsung tidak dapat melelapkan matanya sejak malam tadi sesekali akan tersedu-sedu semula tatkala mengingat kenyataan itu.

"Jika begini beta akan terpisah dengan ibu bapa beta buat selamanya bukan? Beta tak mahu jadi begini manusia ajaib.." kata gadis itu dengan nada terkejut. Matanya mula berair. Mana mungkin?

"Tapi tuanku yang meminta patik untuk membawa tuanku bertemu dengan cinta sejati tuanku."

"Bukan ini yang beta pinta manusia ajaib!" Bentaknya lagi.

"Inilah yang menyebabkan manusia selalu dalam penyesalan. Mereka tidak meminta sesuatu mengikut keperluan mereka sebaliknya mengikut hawa nafsu mereka. Tiada apa yang patik dapat lakukan. Tuanku meminta untuk patik membawa tuanku bertemu dengan cinta sejati tuanku. Patik sudah melaksanakannya. Tiada apa-apa yang boleh dilakukan lagi."

Gadis itu yang pilu terus menekup wajahnya. Tidak!!! Ayahanda!!! Beta nak jumpa ayahanda dan bonda!!

"Pasti ada cara..." kata Puteri lagi sebak.

"Tidak. Tidak ada cara." Balas manusia ajaib tegas. Kemudian, dengan satu bunyi letusan, lembaga berkelubung itu terus menghilang dari situ.

Mengimbau kenangan itu membuatkan Puteri semakin kecewa dengan dirinya.

"Beta tak patut bercakap dengan makhluk buangan seperti itu. Beta memang tak berguna!"

##

Puteri menarik selimutnya hingga menutupi kepala sebelum menangis teresak-esak lagi. Matanya yang sudah membengkak membuktikan bahawa gadis itu langsung tidak berhenti menangis sejak malam tadi. Kepalanya juga semakin berdenyut-denyut akibat kekurangan tidur. Bantal yang menjadi alas kepalanya sudah basah lencun dek air matanya yang tidak henti-henti mengalir. Perutnya yang berkeroncong juga diabaikan. Siapa yang ada selera makan lagi jikalau sudah terpisah dengan keluarga selamanya? Ini boleh dikira sebagai mati tahu tak? Fikirnya sebak.

Luhan baru sahaja ingin mengambil air minuman sejuk dari peti aisnya apabila menyedari botol susu masih lagi ada 7 botol sama seperti jumlah ketika dia menyimpannya semalam. Eh budak ni tak makan kah? Dengan perasaan hairan, lelaki itu menolak almari kecil di atas kanan kepalanya. Kotak bijirin juga tidak terusik. Kenapa dengan dia?

Luhan yang risau terus mengaturkan langkahnya ke bilik Puteri. Dia mengetuk pintu bilik Puteri beberapa kali sebelum menunggu balasan suara lembut gadis itu menjawab, "masuk" seperti kebiasaanya. Namun, hampa. Tiada balasan diberikan.

Luhan mengangkat keningnya. Takkanlah dia keluar dengan Kris? Kris masih tidur lagi di bilik sebelah. Takkan pula dia keluar sendiri kan?

Dengan perasaan risau, lelaki itu membuka pintu bilik itu perlahan-lahan. Dia menarik nafas lega apabila mendapati Puteri terbaring selamat di katilnya. Tapi...

"Jihye, apa yang terjadi?!" Soal Luhan cemas sambil mendapatkan gadis itu.

##

Kris tahu ada sesuatu yang berlaku dalam rumah itu apabila Puteri lebih banyak menghabiskan masanya dalam biliknya dan Luhan tidak habis-habis menghantarkan makanan ke dalam bilik gadis itu. Dia ada bertanya dengan Luhan akan keadaan gadis itu. Namun, bekas teman lelakinya itu hanya menjawab, "dia tak sihat sikit," sebelum berlalu pergi. Luhan juga turut menegahnya jika dia ingin masuk melawat Puteri di kamarnya. "Biarlah dia rehat," kata lelaki itu sebelum menolak Kris jauh dari bilik gadis itu. Namun, jauh dari sudut hatinya dia tahu pasti ada benda yang berlaku dan kedua-dua mereka ingin merahsiakannya. Tapi kenape perlu rahsiakan dari aku?

Hari itu merupakan hari keenam Puteri berkurung di biliknya dan Kris tidak dapat menahan rasa ingin tahunya lagi. Yalah, bila crush kau sakit mesti la kau risau kan? Fikirnya. Kebetulan pula Luhan keluar menghadiri mesyuarat fakultinya hari itu. Jadi, inilah peluangnya! Fikir Kris girang. Sebelum ini, jika dia ingin curi-curi masuk ke dalam bilik Puteri, Luhan tidak habis-habis akan menghalangnya. Budak tak guna tu! Fikir Kris geram.

Lelaki itu berdiri di hadapan bilik Puteri sebelum mengetuk pintu itu beberapa kali. Senyap. Kris mengetuk lagi. Masih lagi senyap. Dia yang tidak sabar memusingkan tombol pintu itu. Nampaknya ianya berkunci.

"Jihye, kau okay tak?" Soal Kris dengan suara garaunya. "Jihye?"

"Pergi!" Kedengaran suara sayup-sayup dari dalam bilik itu. Jawapan Puteri itu membuatkan hati Kris sedikit sebanyak runtun. Kenapa ni? Aku ada buat salah apa-apa ke?

Tidak berpuas hati dengan reaksi Puteri itu, Kris bertekad untuk bertanya lagi. Kalau dia tak nak buka pintu, aku pecahkan pintu kalau perlu, fikirnya. Kris baru sahaja mengangkat tangannya untuk mengetuk apabila ada sesuatu mengganggunya.

Tret tret tret

Samsung Galaxy Note 5 Kris yang berada di koceknya bergetar ketika itu. Dengan malas, lelaki itu mengeluarkan telefonnya dan menolak ke tepi butang angkat. Kacau betullah..

"Hello.."

"Hello! Maaf. Ni Encik Wu YiFan ke?" Kedengaran suara lelaki garau dari hujung talian itu.

"Ya..?"

"Pihak kami mendapat aduan ada bau gas bocor dari kediaman Encik. Saya harap Encik boleh datang ke kediaman Encik sekarang. Pihak kami perlu melakukan pemeriksaan."

"Hah? Gas bocor? Okay, saya datang sekarang," jawabnya sebelum panggilan diputuskan.

Kris mengeluh perlahan. Dia memandang pintu bilik itu dengan sugul. Nampaknya bukan hari ni.

Sebelum pergi, Kris mengetuk pintu bilik gadis itu dan bercakap dengan nada suara yang jelas dan kuat, "Aku keluar dulu tau. Aku balik apartmen aku kejap. Apa-apa hal call tau. Kau tahu kan guna phone?"

Lelaki itu melekapkan telinganya di pintu bilik gadis itu. Namun, tiada balasan. Kris yang berputus asa hanya mengeluh sebelum pergi.

##

Kris menyumpah seranah tatkala dia tiba di apartmennya. Langsung tiada siapa-siapa di situ dan apabila dia bertanya dengan Encik Song, jirannya tentang aduan gas bocor di rumahnya, lelaki tua itu hanya mengangkat keningnya dengan pandangan pelik. Nombor syarikat yang menelefonnya tadi juga tidak dapat dihubungi. Ada orang nak troll aku kah? Fikirnya geram.

Lelaki itu yang geram menekan-nekan butang turun dengan kasar. Kalau aku dapat orang tu, jagalah!

Ting! Pintu lif terbuka dan kelihatannya ada orang lain menunggu di situ.

"Ground floor?" Soal lelaki asing itu.

"Ya.. thanks.." balas lelaki itu acuh tak acuh. Kris baru sahaja ingin memeriksa notification di smartphonenya kalau-kalau Puteri ada menelefonnya ketika lelaki asing itu menyapanya secara tiba-tiba.

"Eh, encik ni.. Encik ingat saya tak?"

Kris mendongakkan kepalanya. Eh.. dia ni kan..

fated with you :: krishan [completed]Where stories live. Discover now