"Jihye?" Soal lelaki itu. Matanya terbeliak. Dia menekup mulutnya. "Puteri Jihye?!"
Puteri terpaku. Kenapa dengan dia ni?
"Hahahahhahahaahha.. kau ingat kau boleh bodohkan aku ke? Puteri Jihye dari kerajaan Han konon.. deyy puteri tu dah lama mati la.. aduhaiii" lelaki itu yg tidak dapat menahan ketawa akhirnya jatuh terjelepok sebelum ketawa dengan lebih kuat. Entah apa yg kelakar pun puteri tak tahu.
"Beta... tak.. menipu.." bisik gadis itu perlahan.
##
"Kejap lagi kawan aku datang. Dia akan settlekan ko. Dia akan check sama ada otak ko elok lagi ke tak," kata lelaki itu sambil tersenyum sinis. Puteri yang tidak pasti untuk memberi reaksi apa hanya mendiamkan dirinya. Beta nak di"chek"? Apa tu?
"Nah minum ni."
Lelaki itu menghulurkan segelas cawan berisi cecair kuning kepada gadis itu. Gadis itu yang berasa curiga merenung bekas itu. Selamatkah beta minum minuman ini? Macam mana kalau ada racun?
"Aku tak la kejam sangat nak bubuh racun weyh.. minum je la," tambah lelaki itu seolah-olah dapat membaca fikiran Puteri. Puteri yang kemerahan wajahnya terus merentap gelas itu sebelum meneguk minuman itu dengan takut-takut. Masamnya...
"Awak.. mana perempuan tu?"
Seorang lelaki tinggi, kurus, berwajah cengkung dan mempunyai kulit pucat menerjah masuk ke dalam ruangan itu. Dia yang kelihatan tidak sabar terus menerpa ke arah lelaki pertama tadi. Ketinggiannya yg sedikit pendek dari lelaki pertama membuatkan dia kelihatan seperti anak gadis. Ditambah lagi dengan wajahnya yang keanak-anakkan dan potongan rambutnya yg kemas membuatkan dia kelihatan tidak tumpah seperti wanita.
"Tu dia, Luhan" kata lelaki itu seraya menuding jarinya ke arah Puteri. Luhan berpaling ke arah yang ditunjuk lelaki pertama dan memandang Puteri. Matanya yang kelihatan sedikit bercahaya membuatkan Puteri sedikit ketakutan. Luhan pula, dengan langkah perlahan dan berhati-hati mendekati gadis itu.
"Awak.. Puteri Jihye dari kerajaan Han?"
"Y..ya.." balas Puteri sedikit menggeletar. Luhan yang masih berhati-hati mengambil tempat di hadapan Puteri. Sungguhpun begitu, matanya masih lagi tidak berkelip, berterusan memandang Puteri seolah-olah tindakannya itu mampu membaca fikiran Puteri. Gadis itu yang berasa tidak senang menundukkan pandangannya.
"Macam mana awak ke sini?"
"B..beta jatuh ke dalam tasik dan kemudian beta tak pasti bagaimana.. beta pun sampai ke sini," jawab Puteri ringkas. Dia yang ketakutan menggenggam tangannya. Jangan cemas! Jangan cemas!
"Awak tak menipu kan?"
"Beta tak pernah menipu," balas Puteri lagi. Suaranya kedengaran seperti hampir menangis. Menyedari perkara ini, Luhan segera bangun dari tempatnya dan mendapatkan rakannya. Puteri memandang mereka dengan rasa geram. Berani mereka melayan beta seperti penjenayah. Nasib bukan di Han, jika tidak sudah lama mereka berdua dipancung!
"Kris, saya nak cakap sedikit dengan awak," kata Luhan sambil menarik tangan lelaki bernama Kris ke ruangan yang lain. Puteri yang masih berasa gementar memerhatikan sahaja kelibat mereka. Mereka tak fikir bukan-bukan pasal beta kan?
Puteri yang cemas menarik nafas sedalam-dalamnya. Air matanya hampir sahaja menitis namun ditahan-tahan oleh gadis itu. Ketika itu, suara pengasuhnya yang mengatakan, "Orang lemah sahaja yang akan menangis tuanku," terngiang-ngiang di telinganya. Namun, siapa yang tidak ketakutan bukan? Dia telah ditawan oleh dua lelaki aneh di dalam istana yang pelik. Walau di mana dia berada, dia yakin sekali dia berada beratus-ratus batu jauhnya dari Hanyang.
"Tuan hamba.." Puteri yang gusar ditinggalkan seorang diri untuk suatu tempoh yang lama berjalan mengekori arah yang dilalui Luhan dan Kris tadi. Tanpa berfikir panjang, gadis itu terus menolak pintu kayu berwarna kelabu di hujung laluan itu kerana itu satu-satunya pintu yang tidak berkunci.
Namun, pemandangan yang dilihatnya di balik pintu itu bukanlah pandangan yang mengenakkan. Dengan begitu rakus sekali, lelaki bernama Luhan dan Kris tadi sedang berkucupan. Mereka kelihatannya langsung tidak menyedari kehadiran gadis itu.
Wajah puteri terus kemerahan. Dia yang terkejut melihat situasi itu segera ingin beredar. Sungguhpun begitu, Kris telah menyedari kehadiran puteri dan segera menolak luhan dari dakapannya. Luhan pada awalnya kebingungan dan ingin bertanya Kris namun termengkelan apabila memandang pintu yang terbuka luas. Wajah ketiga-tiga mereka sama-sama kemerahan.
Tidak tahan dengan situasi itu, Luhan terus berjalan keluar dari ruangan itu dan mungkin keluar terus dari rumah itu. Sebelum beredar dia sempat berteriak kepada Kris, "nanti saya call awak!"
Kris yang tidak tahu cara untuk menghilangkan suasana kekok itu hanya mengusap-usap rambut hitamnya. Bercium di hadapan gadis sememangnya kelakuan yang janggal ditambah lagi apabila pasangan bercium itu adalah lelaki!
Suasana senyap seketika sebelum Puteri akhirnya bersuara, "Maaf.. B..beta tak tahu.. t..tuan hamba.."
"Lupakan jelah.."
"Tapi.. t..tuan hamba.. l..lelaki.."
Kris mengangkat sebelah keningnya sebelum menyeringai. Dia kemudian medekati Puteri dan merapatkan wajahnya kira-kira seinci dari wajah gadis itu membuatkan wajah Puteri yang sudah sedia kemerahan semakin kemerahan. Mata mereka bertemu seketika sebelum gadis itu menundukkan pandangannya. Namun, lelaki itu langsung tidak berganjak.
"Kau tak pernah nampak gay ke?" Soal Kris.
Puteri mengerutkan dahi merahnya.
"G..gay?"
Kris tersenyum sinis melihat reaksi itu. "Lelaki suka lelaki? Tak tahu ke? Nampak la kau naif dekat situ," balasnya sebelum berjalan melepasi Puteri dan keluar dari bilik itu.
Puteri yang masih terpaku terus menekup wajahnya dengan tangan.
YOU ARE READING
fated with you :: krishan [completed]
Roman d'amour"Aku gay! Mana boleh suka dengan perempuan?!!! - Kris Wu Yi Fan "Saya cintakan dia. Macam mana dengan awak?" - Xi Luhan "B..beta tak rasa beta boleh berjauhan dengan tuan hamba.." - Puteri Jihye ♥♥ Mengisahkan tentang seorang puteri purba yang sedan...