Bab 29 - FINAL

437 45 21
                                    

“Encik, tolong tandatangan di sini… Di sini… dan di sini juga…” kata setiausaha Moon sambil wanita itu berdiri di sebelah kerusi Kris dan tangannya menunjuk ke arah dokumen. Ketika wanita itu menunduk, Kris dapat melihat dengan jelas lurah dada gadis itu yang terdedah dari kemejanya. Kris mendesis jengkel. Dia buat lagi nampaknya. Dalam masa yang sama, gadis itu kelihatannya sengaja tersentuh-sentuh tangan Kris.

Kris yang tidak tahan akhirnya melepaskan keluhan berat. “Cik Moon, boleh tak awak duduk di hadapan saya? Saya rimas orang dekat-dekat dengan saya!” katanya tegas membuatkan wanita yang mempunyai S line mantop itu terkesima. Dengan wajah kemerahan, gadis itu terus mengambil tempatnya di kerusi di hadapan Kris.
Setelah selesai segala urusan, gadis itu terus mengambil failnya dan keluar dari ruangan itu.

Tidak lama selepas itu, Kris dapat mendengar dengan jelas setiausaha berusia 28 tahun itu menyumpah seranah di luar.

“…UGHHHH!! DIA REJECT AKU LAGI!!! DIA TAK TAHU KE AKU NI CANTIK!!! DIA BUTA KE!!!! PENAT-PENAT JE AKU GODA DIA!! ENTAH-ENTAH DIA GAY!!”

Kris yang mendengar hal itu hanya mampu tersenyum sebelum memusingkan kerusinya dan memandang pemandangan Seoul yang terbentang luas di tingkap pejabatnya. Fikirannya terus menerawang ke memori lampau ketika itu. Memori lampau yang sudah lama dipendamnya. Memori lampau yang sudah lama tidak diimbasnya. Gay? Kali terakhir aku dengar perkataan itu dilemparkan kepada aku adalah 7 tahun yang lalu. Ketika Luhan masih hidup dan “dia” juga masih lagi di sisiku. Lama benar masa telah berlalu nampaknya. Terlalu lama…

Kring! Kring! Kring! Telefon pejabat tiba-tiba berbunyi membuatkan Kris terus tersentak dari lamunannya. Tidak berlengah, Kris terus mengangkat panggilan dan menekan butang pembesar suara.

“Ya, Kris Wu Yifan di sini…”

“Ah, ini aku… Yixing…”

“Ada apa?”

“Kau baik-baik sahaja kan di Korea? Aku risau kau tak dapat sesuaikan diri di sana…”

“Aku okay. Jangan risau. Aku pernah duduk di Korea dahulu bukan? Lagipun dah 4 bulan aku di sini...”

“Baguslah! Risau juga aku kalau kau tak dapat sesuaikan diri. Kris, sebenarnya aku ada perkara yang dicakapkan ni…”

Mendengar hal itu membuatkan Kris terus mendesis. Ya, semestinya dia ada agenda lain. Dia tidak pernah bertanya khabar kosong-kosong begitu.

“Kau ingat tak cucu perempuan Pengerusi Samsung, Lee Yoo-Bi? Yang makan sama-sama dengan kita sewaktu di New York tahun lepas? Aku dengar dia ada di Korea sekarang…”

Kris mengeluh perlahan. Mesti dia nak…

“…aku sangat suka kalau kau dapat makan tengah hari dengan dia sekali sekala…”

“Bila?” soal Kris malas.

“Tengah hari nanti, di Flower Crown Palace. Jam 12 tengah hari. Jangan lambat. Ini akan menentukan nasib syarikat kita…”

“Aku tak janji…” jawab Kris jengkel sebelum terus mematikan talian. Dia kemudiannya terus mengeluh perlahan. Sejak kebelakangan ini, Yixing mula bersikap jengkel dengan menemukannya dengan ramai anak perempuan chaebol. Katanya aku sudah perlu risau pasal pewaris aku konon. Tak pasal-pasal berpuluh-puluh gadis dah patah hati sebab aku. Aku bukan tak nak tapi aku tak boleh, fikir Kris. Hati aku masih lagi ada pada dia...

Kris baru sahaja memusingkan kerusinya dan memerhatikan pemandangan langit di luar semula apabila dia terlihat sesuatu yang aneh. Jantungnya terus berdebar bagai nak gila. Dengan terketar-ketar, lelaki itu memusingkan semula kerusi itu ke hadapan sebelum menghadap ruang kosong itu. Dia yang berasa sedikit kecewa terus terduduk lemah sebelum mengurut dadanya. Dia mungkin tersilap pandang! Mungkin kerana rindu sangat agaknya! Lelaki itu mengeluh perlahan. Aku ingat aku nampak bayangan Han Jihye tadi!

fated with you :: krishan [completed]Where stories live. Discover now