"Macam mana? Macam mana?" Soal Puteri sejurus Luhan masuk ke dalam rumah itu. Sungguhpun begitu, reaksi wajah Luhan yang tidak begitu ceria, membuatkan Puteri dapat mengagak hasilnya.
"Tak ada ya?" Balasnya sugul.
Luhan yang kelihatan kepenatan terus mencampakkan beg sandangnya ke atas sofa. "Dia ada dekat rumah. Tapi saya tak tahu apa kena dengan dia?! Tak nak bercakap langsung!"
"Dia ada?" Soal Puteri lega.
"Ada. Paling bodoh sekali esok dia dah nak naik flight balik China. Saya tak tahu apa benda merasuk dia sampai dia gila macam tu.
Seperti yang dijangka Kris, raut wajah Puteri bertukar kebingungan. Dahinya berkerut cuba mencerna perkara yang baru didengarinya itu. Balik China?
"Tuan hamba tak tanya dia ke kalau-kalau dia ada masalah?"
"Bercakap pun tak nak. Saya tak taulah Jihye. Kris nampak lain sangat. Kena sampuk agaknya!"
Puteri terdiam mendengar ayat Luhan itu. Benaknya cuba memikirkan sesuatu. Takkan tiba-tiba Kris nak pergi bukan? Pasti ada sebabnya!
"Bawa beta ke sana boleh Luhan?" Pinta Puteri tiba-tiba.
Luhan yang terkejut menaikkan keningnya. "Nak buat apa?"
"Beta nak bertanya sendiri dengannya tentang kenapa.."
"Tak payahlah awak nak menyusahkan diri. Saya sendiri kena halau tadi," jelas Luhan bersungguh.
Sungguhpun begitu, Puteri yang masih tidak berputus asa memujuk Luhan lagi. "Mana la tau kalau beta yang berjumpa.."
"Apa pentingnya awak pada dia sampai dia nak jawab soalan awak?! Awak kekasih dia ke?! Bukan kan?!" Tengking Luhan tiba-tiba. Entah kenapa darahnya naik pula melihat kelakuan gadis itu. Perlu ke jumpa Kris? Dengar cakap aku cukup la kan? Bisik hatinya.
Luhan ternyata menyesali tindakannya itu tadi apabila Puteri terus mendiamkan dirinya. Wajah gadis itu juga kelihatan sedikit terkejut dan ketakutan.
Kehilangan kata-katanya dengan situasi itu, Luhan hanya mendengus sebelum masuk ke dalam biliknya dengan fikiran lebih serabut. Kenapa aku buat begitu? Desisnya sendirian.
Puteri pula mengerutkan dahinya ketika Luhan membawa dirinya. Gadis itu memerhatikan sahaja belakang Luhan ketika lelaki itu masuk ke dalam biliknya. Perasaan kecewa menguasai dirinya.
"Kenapa dengan Luhan ni? Beta nak jumpa Kris je pun.."
##
Jam sudah menunjukkan pukul 7 petang ketika Puteri yang sudah tidak dapat menahan perasaannya untuk bertemu Kris bertekad untuk mencari rumah lelaki itu walau dengan apa cara sekalipun. Pada awalnya dia berkira-kira untuk merayu kepada Luhan supaya membawanya ke rumah Kris, tetapi, entah kenapa Luhan tidak pula keluar-keluar dari biliknya.
Gadis itu yang sedikit cemas menyeluk tangannya ke bawah rak kasut untuk mencari wang kecemasan yang disediakan Luhan untuknya. Terdapat beberapa keping not hijau di dalam sampul itu. Puteri masih ingat lagi dengan jelas Kris menceritakan bahawa rumahnya tidaklah jauh mana dari rumah Luhan, hanya 20 minit perjalanan sahaja. Jadi, rasanya wang ini sudah lebih dari cukup untuk membayar tambang ke rumah lelaki itu. Andainya wang ini tidak mencukupi, lari sajalah pilihan yang ada, fikirnya nakal.
Puteri yang sudah siap berpakaian luar menelan air liurnya tatkala berdiri di hadapan pintu rumah itu. Entah kenapa jantungnya sedikit berdebar-debar. Yalah, manakan tidak! rumah Kris pun dia tidak tahu di mana! Hanya nasib sahaja yang akan menentukan gadis itu bertemu dengan Kris ataupun tidak.
"Harap ada orang mengenali Kris," katanya sambil memejamkan matanya, berharap yang rancangannya untuk bertanya orang ramai tentang Kris berkesan.
Luhan pula yang sedang duduk di tepi katilnya melepaskan satu keluhan besar apabila dia mendengar dengan jelas bunyi pintu berdentum. Lelaki itu mengusut-ngusutkan rambutnya sebelum menumbuk bantal dengan geram.
Luhan sememangnya sudah dapat mengagak yang Puteri tetap akan keluar mencari Kris. Budak tu memang keras kepala, desisnya.
Tanpa berfikir panjang, Luhan terus mencapai smartphonenya dan menaip sesuatu di atas skrin sebelum menekan butang hantar. Dia kemudiannya menarik nafas lega apabila melihat balasan "okay," di skrin.
Mengenangkan kedegilan Puteri membuatkan Luhan mengeluh kembali.
"Sekurang-kurangnya aku patut buat ni untuk dia."
##
"Pakcik kenal tak Kris Wu Yifan?"
"Maaf.."
"Cik kenal tak..?"
"Sorry, saya sibuk"
"Encik.."
"Nanti ye.."
Reaksi yang diterima oleh Puteri hampir sama bagi setiap orang yang ditanyanya. Kebanyakan dari mereka tidak mengenali Kris ataupun terlalu sibuk untuk memandang wajahnya sekalipun. Rintihan mula meniti di bibir gadis itu. Takkanlah seorang pun tak kenal Kris??!!
Puteri yang hampir berputus asa menyepak tin kosong yang tergeletak di sebelah kakinya. Bibirnya dimuncungkan sebelum dia memandang bangunan apartment Luhan dengan pandangan jengkel.
"Dah lama beta keluar, tapi beta tak bergerak pun dari sini. Berangan nak cari Kris konon!" Dengusnya.
Gadis itu baru sahaja ingin melepaskan lelahnya di stesyen bas berdekatan apabila seorang lelaki gemuk separuh abad datang mendekatinya dengan senyuman manis. Puteri yang berasa curiga mengerutkan dahinya.
"Adik ni tadi ada cari Kris Wu Yifan kan?"
Mendengar nama Kris, wajah Puteri terus bertukar girang. "Pakcik kenal dia ke?"
"Lebih kuranglah. Nak cari rumah dia ke?"
"Haah! Pakcik boleh hantarkan?" Soalnya lagi dengan gembira.
"Boleh. Naiklah teksi pakcik," pelawanya sambil menunjuk ke arah sebuah teksi lama di seberang jalan.
Tanpa berfikir panjang, Puteri terus mengekori pakcik itu dari belakang dengan girang untuk menaiki teksi itu. Kini impiannya untuk bertemu Kris kelihatan tidak mustahil. Sebelum teksi itu bertolak, gadis itu sempat menjelirkan lidahnya ke arah apartment Luhan.
"Tengok, Luhan! Taklah susah mana beta nak cari Kris, hehe!"
##
Luhan yang berdiri di tepi tingkap memerhatikan Puteri ketika gadis itu menaiki teksi pakcik gemuk itu. Gadis itu kelihatan gembira sekali seolah-olah baru memenangi acara sukan. Senyuman jelas terukir di wajah gadis itu.
Luhan yang merasa lega segera mencapai telefonnya, menaip sesuatu dengan pantas dan menekan butang hantar. Keluhan kemudian keluar lagi dari bibirnya.
"Sometimes people can be stupid for someone we love," bisiknya perlahan sambil memerhatikan teksi itu bertukar menjadi titik di kejauhan.
YOU ARE READING
fated with you :: krishan [completed]
Dragoste"Aku gay! Mana boleh suka dengan perempuan?!!! - Kris Wu Yi Fan "Saya cintakan dia. Macam mana dengan awak?" - Xi Luhan "B..beta tak rasa beta boleh berjauhan dengan tuan hamba.." - Puteri Jihye ♥♥ Mengisahkan tentang seorang puteri purba yang sedan...