"Walaupun beta dah mencubit diri beta beberapa kali, beta seperti tidak percaya dengan apa yang beta lihat ini... Mungkinkah beta masih bermimpi?" Kata Puteri sambil memandang Taehyung dengan takjub.
Taehyung pula yang matanya sibuk memandang tasik yang terbentang luas di hadapan mereka hanya tersenyum kecil. Hatinya terasa geli dengan kenyataan Puteri itu.
"Mungkin juga kau masih bermimpi..." usik Taehyung.
Puteri melepaskan keluhan kecil. "Kalau begitu, beta tak mahu bangun dari mimpi ini... Biar beta tidur selama-lamanya... Beberapa bulan ini begitu menyeksakan sekali buat beta, Taehyung! Beta tak sanggup lagi kehilangan tuan hamba..." balasnya sebelum menitiskan air mata dan merangkul Taehyung dengan sekuat-kuat hatinya.
Penjaga masa itu yang terharu dengan tindakan gadis itu menepuk-nepuk belakang Puteri untuk menenangkannya. Senyuman terkuntum di bibirnya. Sayang juga Jihye pada aku, fikirnya.
"Sama ada ini mimpi atau realiti, itu semua tidak penting.. apa yang penting sekarang.. aku di hadapan kau.. aku telah kembali.." pujuk Taehyung sebelum menarik tubuh kecil Puteri agar memandang tepat ke wajahnya. Senyuman dilemparkan ke arah gadis itu agar Puteri tidak risau lagi. Namun, kelihatannya itu tidak cukup untuk menghentikan tangisan gadis itu.
"Beta betul-betul lega Taehyung. Hanya tuhan sahaja yang tahu gusarnya beta ketika beta tahu beta tidak mempunyai peluang untuk bertemu dengan tuan hamba lagi. Beta sangka malam itu adalah kali terakhir beta dapat bertemu tuan hamba.. Beta betul-betul gembira Taehyung.. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan beta sekarang ini.." rintihnya membuatkan Taehyung merasa serba salah. Lelaki itu menelan air liurnya dengan gusar. Adakah tugasan yang diberi Taehyung kepada Jihye terlalu sukar? Tetapi lelaki itu terpaksa meninggalkan Jihye.. Ini bukan kehendaknya pun...
"Tapi yang beta tak faham.. bagaimana tuan hamba boleh selamat? Malam itu, beta lihat dengan mata kepala beta sendiri tuan hamba dihempap dengan tiang itu. Peluang untuk tuan hamba selamat sepatutnya tipis.." soal Puteri kebingungan. Mujur saja tangisnya sudah berhenti membuatkan lelaki itu lega.
Taehyung yang tersenyum mendengar soalan itu terus sahaja mengambil tempat di batu-batu rata yang berada di tepi tasik itu, bersiap sedia untuk bercerita. Memang dia menunggu Puteri menyoal soalan itu.
"Aku dapat katakan ini adalah keistimewaan aku."
"Maksud tuan hamba?" Puteri juga turut duduk di sebelah Taehyung.
"Mungkin kau tidak tahu tetapi penjaga masa seperti aku tidak dibenarkan untuk mati.. Kami diberi keupayaan untuk melihat masa depan, masa lampau dan masa sekarang agar kami dapat memastikan bahawa masa berjalan seperti yang telah ditetapkan oleh takdir. Jadi, malam itu aku dapat katakan aku tidak mati pun.. sebelum aku dihempas oleh tiang itu, aku telah menghentikan masa dan berjaya ghaib kembali ke daratan dengan selamat. Kemudian, aku telah kembali ke rumah lamaku di daerah Haewon ini dan hidup sebagai tuan muda Lee Dongguk di sini, menanti untuk kau menemui aku..," terang Taehyung sambil merenung tasik di hadapannya. Cahaya matahari yang semakin terbenam di kaki langit terpantul di air tasik membuatkan tasik itu kelihatan seperti dipenuhi berlian buat seketika.
Puteri yang masih lagi bingung dengan penerangan Taehyung itu mengerutkan dahinya. Masih banyak lagi perkara yang tidak difahaminya.
"Tetapi.. kalau tuan hamba boleh menyelamatkan diri tuan hamba? Tidakkah ini bermakna tuan hamba mempunyai kuasa untuk menyelamatkan anak-anak kapal itu? Mengapa tuan hamba tidak menyelamatkan mereka? Mengapa tuan hamba membiarkan kami malam itu?" Rasa kecewa mula menguasai Puteri. Adakah ini bermakna Taehyung sebenarnya mementingkan dirinya sendiri?
Taehyung yang dapat membaca fikiran gadis itu terus menggelengkan kepalanya. Dia kemudiannya berkata, "Ianya tidak seperti yang kau fikirkan.. kalaulah kau tahu betapa aku ingin menyelamatkan mereka dan kau! Tetapi aku tidak boleh. Penjaga masa hanya mempunyai kemampuan untuk menyelamatkan dirinya dan juga untuk melaksanakan tugasnya. Kami tidak boleh menggunakan kuasa kami untuk mengganggu tali takdir. Sekiranya kami menghalang kematian seseorang, kami yang akan menerima kematian tersebut sebagai ganti," jelas Taehyung bersungguh.
YOU ARE READING
fated with you :: krishan [completed]
Roman d'amour"Aku gay! Mana boleh suka dengan perempuan?!!! - Kris Wu Yi Fan "Saya cintakan dia. Macam mana dengan awak?" - Xi Luhan "B..beta tak rasa beta boleh berjauhan dengan tuan hamba.." - Puteri Jihye ♥♥ Mengisahkan tentang seorang puteri purba yang sedan...