Matahari masih belum tegak lagi di atas kepala ketika Puteri berjalan keluar dari pagar rumahnya. Wanita itu yang hanya menyarungkan sehelai cardigan nipis menggigil kesejukan ketika angin pagi meniup lembut ke arahnya. Kalau tak sebab sampah, tak nak aku keluar, rungutnya dalam hati.
Wanita berusia 30 tahun itu terus cepat-cepat mencampakkan beg plastik hitam yang dijinjingnya ke dalam tong sampah sebelum segera kembali ke pintu pagar rumahnya. Sungguhpun begitu, niatnya itu tertangguh apabila satu suara menyapanya dari belakang.
"Maafkan saya, puan! Boleh saya tanya...?"
Puteri mendesis perlahan. Aduh, siapa pulak ni?!
"Tanya apa ya?" soal Puteri kembali sambil memalingkan badannya. Sungguhpun begitu, wanita itu terus terpaku apabila dia melihat wajah budak lelaki itu. Jantungnya terus berdegup kencang. Matanya mula berkaca. Tak mungkin! Dia betul-betul mirip dengan...
"Taehyung...?"
***
Joseon Era
Puteri terbaring lemah di tepi sungai itu. Walaupun dia berasa sangat haus, gadis itu langsung tidak mampu untuk mengangkat tangannya untuk mencedok air sungai itu. Tenaganya betul-betul lemah. Teleportasi merentasi masa tadi betul-betul membuatkannya tidak berdaya. Gadis itu hanya mampu menjilat lemah bibirnya yang kering sambil memandang langit biru itu dengan pandangan putus asa. Adakah beta akan mati di sini? Setelah kembali ke Joseon, adakah beta akan mati sia-sia sahaja? Nampaknya takdir sememangnya sesuatu yang kelakar.
Ketika pandangan mata Puteri mula kabur, gadis itu tidak dapat mengelak dari tersenyum sinis. Masanya sudah tiba nampaknya. Beta akan mati... Kris, beta akan mati akhirnya... Rasa sebak menguasai fikirannya apabila dia terfikir akan lelaki itu.
"Aduh! Aduh! Apa kau buat di sini?" bunyi air berkocak berkumandang di udara. Tidak lama kemudian, satu lembaga hitam yang Puteri dapat agak sebagai pemilik suara tadi muncul di hadapannya. Lelaki itu yang kelihatan cemas terus memegang tangan Puteri sebelum menekan nadinya.
"Nasib baik kau hidup lagi!" katanya lega.
Puteri yang semakin lemah cuba memfokuskan pandangannya pada lelaki itu. Siapa dia ni...?
"Jangan risau! Aku akan selamatkan kau! Kau akan hidup," katanya lagi.
Puteri baru menguatkan dirinya untuk melihat wajah lelaki itu sebelum rasa mengantuk yang amat menguasai dirinya. Kepalanya terasa luar biasa pening. Dia yang tidak dapat menahan rasa sakit itu terus tidak sedarkan diri.
***
"Kau dah sedar?" soal satu suara apabila Puteri membuka matanya. Gadis itu yang masih lagi pening-pening perlahan-lahan menegakkan badannya. Dia kemudiannya memandang ke sekeliling bilik itu dengan bingung.
"Beta di mana?"
"Kau dekat rumah aku. Minum ni..." balas lelaki itu sambil menghulurkan semangkuk air berisi bunga-bungaan. Puteri yang masih lagi kebingungan menurut sahaja.
"Air apa ni?"
"Air herba. Dia akan pulihkan tenaga kau. Macam mana kau rasa sekarang?"
"Beta... okay..." jawab Puteri sambil menghulurkan kembali mangkuk itu. "Siapa tuan hamba?" soal Puteri lagi, masih bingung dengan situasi yang sedang dialaminya.
"Ah, aku bukan siapa-siapa... Hanya orang yang berjalan melepasi kehidupan... Tetapi kalau kau nak tahu nama aku, aku Kim Taehyung! Aku yang jumpa kau dekat tepi sungai tadi!"
"Tepi... sungai...?" Puteri mengerutkan dahinya. Ah, ya! Beta terdampar di tepi sungai setelah meninggalkan bumbung hospital tadi. Puteri terus memandang ke sekeliling ruangan itu. Dari struktur seni binanya, gadis itu yakin sekali dia di Joseon sekarang ini.
YOU ARE READING
fated with you :: krishan [completed]
Storie d'amore"Aku gay! Mana boleh suka dengan perempuan?!!! - Kris Wu Yi Fan "Saya cintakan dia. Macam mana dengan awak?" - Xi Luhan "B..beta tak rasa beta boleh berjauhan dengan tuan hamba.." - Puteri Jihye ♥♥ Mengisahkan tentang seorang puteri purba yang sedan...